Jun 29, 2009

..:Berilah MaaF:..

Jangan mencari cari kesalahan orang lain.Ia bisa memenuhi ingatan kita dengan kekeliruan dan mengobarkan kebencian pada orang. Dengan demikian, ia akan mengaburkan pandangan kita untuk kemajuan diri. Lebih teruk lagi ia menjadi beban yang berat bagi diri kita...

Bebaskan diri dari bebanan-bebanan tersebut.Lepaskan,maka diri kita akan menjadi ringan untuk melangkah.Diri kita mungkin tak bisa menghapus luka yang sudah tertoreh namun kita harus sedia berikan maaf.Meskipun tak diminta, namun tetap berikan maaf...Jadilah pemaaf.Belajar untuk memaafkan...

Yang terpenting,kita harus meminta maaf pada diri anda sendiri karena telah memberatkan hidup kita dengan hal-hal yang tak perlu. Bila sudah, maafkanlah. Rasakan betapa ringannya hati kita. Rasakan bagai belon gas yang terlepas di udara.

Selama kita menyimpan maaf maka kita menyediakan ruang kosong yang memungkinkan kita terbang melepaskan diri dari belenggu bumi...

"Tidaklah ALLAH menambahkan kepada hamba-Nya yang memberi pintu maaf kecuali darjat kemuliaan."

(HR Al-Bukhari dan Muslim)

To all my friends and who knows me,sorry for everything...Maafkan atas segala kesilapan dan kekurangan.Mungkin diri ini banyak melakukan dosa dan menyakiti kalian secara langsung atau tanpa disedari,...kususun sepuluh jari memohon seribu kemaafan...Moga2 dengan kemaafan yang kalian hulurkan, kehidupan ini lebih diberkati oleh-Nya.May Him bless us alwayz..(^_^)

Jun 22, 2009

**Semester Baru Bermula**

Bismillahirrahmanirrahim...

Welcome back to Perlis!!! (+_+)

To all my friends,especially my classmates,welcome back!!! Selamat kembali ke IPGM Kampus Perlis yang tercinta...

Alhamdulillah semester baru bermula...pejam celik pejam celik rupa2nya dah masuk semester 4...huhu lagi berapa sem lagi nak habis??..hu3 dah x lama...

Semester baru bermula,seperti biasa semua orang sibuk mengemas bilik masing-masing yang ditinggalkan hampir 3 minggu...hu3 penuh berhabuk dan bersawang...pandai2 la ringan-ringankan tulang bersihkan mana yang patut..^_^

Kuliah bermula ari ni,22 June. Rutin harian sebagai pelajar IPGM akan bermula...Kesibukan juga bakal melanda..;)

Semua orang kelihatan bersemangat memulakan sem baru. Bagus3!!! Harap2 semangat tu kekal sampailah sem akhir n tahun akhir...Insya-Allah,do the best in whatever u do...




Jun 15, 2009

.: ConTohi Rasulullah S.A.W :.

Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran...

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran .Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."