May 22, 2011

.:Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga:.


Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

  1. Bertakwa
  2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk
  3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu
  4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
  5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
  6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata
  7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
  8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki
  9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
  10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia
  11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk
  12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)
  13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
  14. Berbakti kepada kedua orang tua
  15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

(Ciri-ciri Wanita Penghuni Syurga dalam Kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423)

" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

insyaAllah,mudah-mudahan menjadi salah seorang wanita penghuni syurga....Ameen Ya Rabb!~

Semoga Allah redha...:)
http://perindusyurga21.blogspot.com/



May 17, 2011

Hanya Pada-Mu kubermohon!


Oh Tuhan!
Janganlah Kau mengujiku dengan sesuatu yang tidak mampu aku harungi...
berilah aku kekuatan secukupnya untuk menghadapi saat-saat sukar itu...

"Allah tidak akan membebani sesorang kecuali dengan kesanggupanya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa),"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebani kami dengan dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami,maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. "
( Surah al-Baqarah:286)

Ya Allah,berkati & redhailah aku!

Peringatan buat diriku yang sentiasa alpa dan leka...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Subhanallah,alhamdulillah,Allahuakhbar!

***
"...Kita undur selangkah ke belakang, untuk melonjak beberapa langkah ke hadapan. Merenung kesilapan dan kesalahan silam, betapa dungunya dan terburu-burunya sikap kita yang selalunya sangat merugikan.

Akibatnya, sering kita kehilangan sahabat terapat. Renggang dengan orang tersayang. Dan yang paling tragis kehilangan rasa hati yang lembut, halus dan beradab.

Namun, segera teringat kata-kata pengukuhan yang bersemi dalam hati (terutamanya akhir-akhir ini), “sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada masa silam… lupakan dan pandanglah masa depan – yesterday ended last night!

Jika punya kesempatan carilah ruang untuk memohon maaf, memohon doa dan melakukan amalan-amalan baik sebagai penebus kesalahan silam. Jika tidak, bertekadlah untuk tidak mengulanginya. Jangan jadikan ia trauma yang menghalang pencapaian kita hari ini dan esok. Menyesal itu baik, tetapi ia bukan belenggu yang menghalang kita untuk mencipta kebaikan dan kecemerlangan baru.

Ya, pagi ini mentari masih bersinar, awan gemawan masih mewarnai dada langit dan udara masih dapat kita hirup seadanya. Alhamdulillah syukur… Apapun yang akan berlaku, asalkan kita dekat dengan Allah, lurus, tulus dan telus dalam hati, kesilapan kita akan diperbaiki. Bukankah kesilapan ini bukti yang kita masih manusia? Lalu kita akan selalu dan sentiasa memperperbaharui taubat. Come what may… pahit, kita belajar bersabar, manis… kita melatih diri bersyukur.

Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita berusaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk.

Pesan ku buat diri dan sahabat-sahabat, kekalkan taubat. Istighfar dan selawat jadikan basahan bibir. Bila terlintas dan terjebak dengan dosa, bertaubat dan terus ‘hukum’ diri dengan melaksanakan satu kebaikan walaupun yang kita tidak suka. Ingat, orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia yang melaksanakan sekurang-kurangnya 3 perkara yang tidak disukainya (walaupun sangat perlu) dalam satu hari.

Apakah 3 perkara itu? Mungkin minta maaf kepada orang yang kita tidak sukai, mungkin membuat aktiviti yang selama ini kita tangguhkan atau membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). Carilah, carilah 3 perkara itu. Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah. Ah, matahari telah cerah… mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Pamitkan segala gelisah.

Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci… siap siaganya untuk memberi senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan.Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!

Ya, mentari kehidupan masih ada. Hari ini… esok? Belum tentu kita masih ada! ...." -Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

***

Ya,mentari kehidupan masih ada!


Kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi di atas sangat terkesan dihati! Everything...i want to change! I need to think postive...really!

Tiba-tiba teringat ayat-ayat Allah. Allah S.W.T berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh,ia musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah:208)

"Masuklah Islam secara keseluruhan..." Hatiku berbisik,"Inilah masanya untuk berubah. Harus kukikis habis-habisan karat-karat jahiliah yang masih melekat dalam diri!

Bagaimana?

Jagalah mutaba'ah amal.InsyaAllah...lagi..seperti kata Ustaz Pahroi di atas, kekalkan taubat,istigfar dan selawat jadi basahan bibir...insyaAllah,kerapkan diri beristigfar. Mohon keampunan daripada Allah semoga diampuni dosa-dosa lalu. Banyakkan amalan2 sunat. Bacaan ma'thurat pagi dan petang jangan tinggal,berpuasa sunat Isnin dan Khamis paling kurang sebulan 1x,tilawah sekurang2nya 1muka surat sehari ( slalu kuingatkan adik2ku)...dan..latihlah diri untuk bangun berqiamullail...

"Dan pada sebahagian malam,lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu,mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji. ( Surah Al-Isra':79)

Kawan, harus kau ketahui bahawa sebagai manusia biasa,aku bukanlah kalis dosa..aku bukannya Rasulullah S.A.W yang maksum dan aku bukannya malaikat! Walaupun aku bertudung labuh dan join usrah ,tapi itu tidak bermakna aku tidak pernah buat silap! Tidak! Aku juga manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan...cukuplah kesilapan2 lalu yang banyak mengajar diri,paling penting takkan kuulangi lagi kesilapan semalam!

Sentiasalah memohon kepada Allah semoga diampuni dosa-dosa lalu dan terpelihara daripada melakukan sebarang noda...

" Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya,mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang beriman bersama dengannya; sedang cahaya memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata ." Ya Tuhan kami,sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami,sungguh, Engkau Maha berkuasa atas segala sesuatu." (Surah At-Tahrim:8)


"Selagi bernama manusia tiada yang sempurna."

Benar,itu lumrah manusia. Namun,jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita berubah menjadi baik dan lebih baik. InsyaAllah,moga aku terus diberi kekuatan dan kesempatan untuk terus memperbaiki kelemahan diri...

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Alah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sungguh,dia menang dengan kemenangan yang agung." ( Surah Al-Ahzab: 70-71)
Wallahu'alam.

May 16, 2011

..::..Selamat Hari Guru..::..

Bismillahirrahmanirrahim...

16 Mei muncul lagi...:)

Selamat Hari Guru kepada semua guru,mua'llim,murabbi,sifu,sensei dan semua warga pendidik di seluruh dunia...

" Cikgu ni,kalau kita dah pencen atau dah mati pun orang tetap akan panggil kita cikgu...." kata arwah abah. Maksud abah sebenarnya itulah nilai dan tanda hormat masyarakat buat insan bergelar guru. Masih terngiang-ngiang kata arwah abah waktu mula2 menghantar aku masuk maktab. Pada waktu tu,air mata bergenang. Sedih! Separuh hati menjejakkan kaki ke maktab lepas keluar dari matrik. Itulah kata-kata keramat yang keluar dari mulut abah. Aku akur! Aku simpan kemas kata-kata itu.

" Itulah,mujur hang dengaq cakap abah. Kalau tak menyesal tak sudah...sebab tulah orang kata kena ikut cakap orang tua..," kakak sulungku pernah bersuara.Kata-katanya masih terkesan di hati hingga kini.

Dalam hati aku berkata," Ya....tak pernah menyesal malahan bersyukur yang teramat!"

Tiada siapa yang dapat menyangkal tugas guru yang sungguh mulia. Tidak rugi rasanya aku memilih profesion perguruan ini sebagai sebahagian dari hidupku. Andai diberi peluang kedua untuk membuat pilihan dalam kerjaya, GURU tetap akan menjadi pilihanku!:)

Alhamdulillah,terima kasih Tuhan kerana memilihku untuk menjadi sebahagian daripada insan yang bakal menggalas tanggungjawab yang mulia ini. Walaupun ada segelintir pihak yang memandang rendah profesion keguruan ini,namun tanpa kita sedari tugas mendidik ini adalah suatu tugas yang mulia.Siapalah kita tanpa guru? Lahirnya seorang Perdana Menteri, doktor,peguam,jurutera atau arkitek itu bermulanya dari curahan bakti seorang guru! Maka,usahlah memandang rendah kerja guru ini. That's why i'm proud to be teacher! Biarlah kerjaya guru tidak sehebat kerjaya-kerjaya lain,namun nilai kerjaya ini sungguh tinggi di sisi Allah...

"Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan,kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" (Surah An-Nisa' : 122)

Kuakui sesungguhnya tugas mendidik bukanlah mudah,harus sentiasa dibajai dengan kesabaran dan keikhlasan. Pengalaman menjalani praktikum di sekolah banyak mendedahkan aku kepada kehidupan sebenar seorang guru yang harus berdepan dengan 'kliennya' yang memiliki pelbagai akal dan karenah! Maka,kuncinya adalah SABAR dan IKHLAS...insyaAllah.

Khas buat insan bergelar guru dan BAKAL2 guru...

Ikhlaskanlah niat kita dalam mendidik kerana Allah. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita dalam mendidik dan mencurah ilmu demi melahirkan anak bangsa yang berguna untuk keluarga,AGAMA,bangsa,negara! insyaAllah...

Apabila mata dipejam
pasti ada doa yang diucap
Namun sebesar mana rasa sayang dan cinta itu
Pasti tidak akan menemani kita di alam sana
Kecuali tiga perkara
Ilmu yang bermanfaat,amal jariah
dan doa' daripada anak-anak yang soleh!

Moga pahala kebaikan itu menjadi saham di akhirat dan mengalir secara berterusan...

Buat guru-guruku...
Terima kasih! Segala jasamu dikenang...Moga ALLAH sentiasa merahmati kalian!

" Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"- Tema Hari Guru Tahun 2011.

Selamat Hari Guru! :)


Semoga menjadi murabbiah yang hebat! insyaALLAH:)

May 10, 2011

Berdoa'lah!

Allah berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina”. (Al Mukmin : Ayat 60)

Sabda Nabi s.a.w: “Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai” (Riwayat al-Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w : "Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya baginda : Apa itu tergopoh-gapah ?. Sabda baginda : Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti dan meninggalkan doa". (Riwayat Muslim).

Sabda Nabi s.a.w : “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulannya, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la)

Allah berfirman: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Hargailah mereka...

.: Doa Untuk Ibu Bapa :.


Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Cara berbakti kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia...

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya :

"Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ?" Nabi menjawab : "Ya,bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala". (Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ? Rasul menjawab :" Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silaturahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya." (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)



Ya Allah,I really miss them so much! Al- Fatihah buat mereka...Semoga Allah sentiasa merahmati kedua -dua arwah (mak & abah) dan ditempatkan bersama golongan yang beriman...ameen Ya Rabbal'alameen...

May 2, 2011

Menjadi Wanita Yang Cantik...


Wanita yang cantik...

“Wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya“.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dipakainya. Bukan pula pada perhiasan yang menghiasi tubuhnya atau pada bentuk tubuh yang mengancam.

Kerana kecantikan wanita itu terpancar dari caranya melihat kehidupan dan berpegang pada prinsip yang sering berlainan dengan prinsip dunia. Saat dia melihat kehidupan, disitulah mata hatinya akan menyusuri erti dari kehidupan dan menjalaninya, sesuai dengan nuraninya.

Kecantikan bukan terletak pada eloknya wajah, tetapi dari kecantikan jiwanya yang penuh kasih sayang, dan mengambil berat sesama mereka.

Apa yang boleh membuat wanita dapat dihargai oleh lelaki apabila harga dirinya tidak dijaga ?

Mengapa banyak wanita yang rela menyerahkan dirinya hanya untuk kemewahan dan kesenangan dunia?

Mereka berdandan bak puteri, menghiasi dirinya dengan perhiasan dan me”mekap” wajahnya dengan keindahan. Nampak indah dilihat, hingga tak seorang pun menyedari, ada sesuatu yang tersembunyi disebalik pesonanya.

Berani menanggalkan harga dirinya hanya untuk dapat menaiki kenderaan mewah, tinggal di apartment mewah, melancong diluar negeri dan sebagainya.

Wanita yang cantik, tidak akan menghalalkan semua cara untuk memenuhi keperluan dan keinginannya…

Wanita yang cantik, tidak akan mengganggu suami orang hanya untuk mendapatkan hartanya dengan mengatakan atas nama cinta…

Wanita yang cantik, tidak akan menjajakan dirinya dijalanan hanya untuk sebuah alasan “demi membantu keluarga”

Wanita yang cantik, tidak akan melakukan “one nite stand” hanya untuk memuaskan hasratnya hingga melupakan martabatnya sebagai wanita…

Wanita yang cantik, tidak akan meninggalkan prinsip-prinsip yang dapat memagari dirinya dari berbagai macam godaan dunia…

Wanita yang cantik, tidak akan menjadi ibu yang membiarkan anaknya terjerumus dalam dunia kelam…

Wanita yang cantik adalah…

Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan

Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.

Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.

Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.

Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan syurga yang lebih penting dicarinya.

Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.

Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.

Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya, ditengah gelap dan gemerlapnya dunia ini.”

Wallahu a’lam.