Showing posts with label Palestine. Show all posts
Showing posts with label Palestine. Show all posts

Jun 9, 2010

Bebaskan Palestine!!!!!




Isu Palestine berkisar soal akidah dan keimanan.Kewajipan membebaskannya terpikul di bahu setiap muslim.

Palestine merupakan :
  • Kota suci bagi para nabi sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
  • Bumi ini adalah warisan para nabi yang diamanahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan para muslimin
  • Kota yang menjadi bukti Rasulullah diisrakkan dan dimikrajkan ke langit
  • Kiblat pertama dan masjid suci yang ketiga
  • Tanah waqaf bagi kaum muslimin
  • Peristiwa akhir zaman akan berlaku di sini.

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

P/s : Sajak yang pernah dimainkan di radio IKIM. Sama2lah kita hayati bait-bait sajak ini agar kita berasa lebih bersyukur di atas nikmat kesenangan dan keamanan yang telah ALLAH berikan kepada kita. Mudah-mudahan sajak di atas dapat menimbulkan bibit-bibit keinsafan di dalam diri kita bahawa betapa jauhnya nilai kita dengan nilai yang ada pada diri rakyat Palestine.

Sesungguhnya jalan ke Syurga itu bukanlah mudah....

Bersyukurlah sentiasa...ingatlah selalu...bahawa kita hidup untuk akhirat!

Ya ALLAH,hancurkanlah Yahudi laknatullah!!!!