Showing posts with label KALAM BERMADAH. Show all posts
Showing posts with label KALAM BERMADAH. Show all posts

Dec 24, 2010

Cukuplah Allah...

Cukuplah Allah bersamamu

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah sudah menghitung air matamu...

Ingatlah di manapun kau berada, Allah akan mengetahui dan sentiasa berada d sampingmu..

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja, Allah sedang menunggu bersama denganmu...

Ketika segalanya menjadi sesuatu yg tidak masuk akal dan kau merasa tertekan, Allah bersamamu untuk menenangkanmu...

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur, Allah telah pun memberkahimu...

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu, Allah sentiasa berada d sampingmu...

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dgn namamu...

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Allah mempunyai jawapannya...

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan, sebenarnya Allah sedang berbisik kpdmu...

Bila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya...

Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, Allah telah mengira titis air matamu...

Cukuplah Allah saja di hatimu...

Yakinlah pada Allah...

Percayalah pada Allah...

Serahkan seluruh jiwa dan ragamu pada Allah...

Biar Allah yang menjaganya...

Allah....Allah....

Ya Allah....


Semoga damai hatimu,tenang jiwamu & lancar hidupmu di bawah dakapan kasih Ilahi...

Jul 7, 2010

Mencari @ Menjadi?...


Soleh vs Solehah

Jika mahu mencari yang SOLEH, kurangkan sedikit agenda menCARI yang SOLEH, tetapi berusahlah untuk menjadi yang SOLEHAH...Jika inginkan yang SOLEHAH, janganlah cerewet sangat mencari yang SOLEHAH, tetapi berusahalah untuk menjadi yang SOLEH...


Jika bertemu yang SOLEHAH, SOLEHAHnya belum tentu kekal..Jika bertemu yang SOLEH, SOLEHnya pun belum tentu kekal..Kerana yang SOLEHAH dan SOLEH itu juga manusia, insan biasa yang boleh sahaja berubah dan bertukar menjadi sebaliknya..

Oleh itu, fokuslah kepada usaha untuk menJADI yang SOLEH dan SOLEHAH dari agenda menCARI yang SOLEH dan SOLEHAH, kerana disitulah sebenarnya pemudah jalan untuk mencari pasangan yang SOLEH dan SOLEHAH.

Akhir kata, fokuslah kepada JADI dan bukannya CARI…fikir-fikirkan…

Semoga berbahagia sampai ke syurga sambil meraih redha Ilahi....=)