Apr 25, 2011

Senyumlah pada Dunia...~ =)

Secawan Mutiara Kata

“Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu, kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum...”~Imam as-syahid Hassan al-Banna

Kata-kata Imam Hassan al-Banna ini telah menyentuh perasaan saya. Tatkala itu, saya berhenti berfikir sejenak maksud yang ingin disampaikan. Maksudnya, sekiranya kita disakiti, maka kita harus membalas kepada mereka dengan kebaikan.

Sekali lagi membuatkan kita berfikir.

“Kenapa mesti buat baik pada orang yang dah menghina dan menyakiti kita? Baik dibalas baik. Buruk mesti dibalas buruk!”

Rata-rata kita selalunya berfikiran seperti ini jika disakiti atau dicemuh, kan? Saya sendiri kadang-kadang berfikiran sedemikian. Contohnya, seseorang telah menikam kita dari belakang. Maksud saya ‘menikam dari belakang’ ini bukanlah kita ditikam dengan pisau, tetapi kita dipergunakan atau difitnah. Saya fikir ini satu perkara yang selalu dalam masyarakat, depan nampak baik, tapi di belakang kita memfitnah itu ini. Dan kita yang difitnah selalunya tidak akan berdiam diri. Kita membalas dengan fitnah itu ini juga. Kita buka aib si pemfitnah pula. Inilah yang dikatakan bertindak mengikut nafsu, tanpa pertimbangan akal dan ilmu. Sedar tak sedar, kita juga dapat dosa.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi Nak Buat Apa?

Mungkin ramai yang memikirkan bahawa diam adalah langkah terbaik. Ya, tidak salah sekadar mendiamkan diri. Satu langkah yang bijak yang mengelakkan pertelingkahan. Tapi diam mungkin hanya bertahan sehingga tahap tertentu saja mengikut keadaan. Jadi, bersuara adalah pilihan seterusnya. Di sinilah isunya. Adakah dengan kita bersuara, masalah dapat diselesaikan? Adakah dengan bersuara kita dapat mempertahankan hak dan maruah kita? Atau, dengan bersuara itu, kita semakin dipandang serong dan mendapat dosa pula?

Inilah yang dipanggil pilihan. Dunia ini merupakan fasa ujian. Pilihan kita membawa kepada kesan. Dan kesannya akan kita rasai di akhirat kelak. Maka, jom kita pilih jalan yang membawa kebaikan. Tidak susah. Belalah maruah diri dengan cara yang bermaruah dan yang mencerminkan akhlak-akhlak Islam. Sesungguhnya cerminan akhlak mulia yang kita pantulkan kepada orang lain ialah salah satu dakwah.

Biarlah apa yang kita suarakan itu berlandaskan ilmu. Biarlah suara kita bertepatan dengan akhlak dan adab yang dituntut Islam. Mungkin ada yang mudah down apabila menghadapi situasi sebegini. Sahabat pembaca sekalian, jangan mudah marah,

Senyumlah!

Senyumlah pada dunia, dan dunia akan senyum kembali pada kita!

Senyum itu sedekah

senyum itu awet muda

senyum itu kemesraan

senyum itu pengikat sahabat

senyum itu penambah kasih

senyum itu pelaris jualan

senyum itu pengiktirafan

senyum juga pemanis wajah

senyum menambahkan kecantikan

dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas

senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah

senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul

Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.

Semudah ABC

Senyum adalah sesuatu yang sangat mudah. Simple but nice! Tak perlukan tenaga seperti berjoging, tak perlukan duit atau saman, tak perlu masa yang lama. Percuma. Apa yang perlu? Tanamkanlah ikhlas dalam hati. Dengan senyuman yang ikhlas, mudah-mudahan ukhwah lebih erat dan Allah memberikan kita ganjaran pahala.

Senyum itu satu sedekah bukan? Kalau hari ini kita bagi alasan kita tiada duit nak bersedekah, ingatlah bahawa senyum juga satu sedekah!

Ada orang yang sangat susah nak senyum. Kita jangan mudah berprasangka buruk pada orang yang susah senyum. Mungkin dia ada masalah. Siapa tahu? Kitalah yang harus membantu supaya sahabat itu senyum kembali...


Senyum,senyum dan terus tersenyum....=)

Aku ingin mencintaiMu dgn Sebenar-benar Cinta...


Ya Allah, betapa aku malu atas apa yang telah engkau berikan sebagai manusia, segala khilaf tertuju padaku, sungguh tidak ada apa-apa pada diriku yang kecil ini.

Terlena, sungguh aku sering terlena pada pesona nafsu dunia dan diri. Aku ingin kembali, tertunduk pilu dalam sujud syukur kembali pada cahayaMu..

Ya Rabbi, menghamba padaMu adalah tujuan akhir penantianku, setiap degupan yang berdetak kerana Izin KuasaMu. Setiap langkah yang tak putus beriring dengan Asmamu Ya Rabbi.

Segala keluh kesah hanya tercurah padaMu, tidak akan berkat langkahku tanpa redha Mu Ya Rahman. Cahaya Mu, cahaya dalam sepi hidup menjadi senyum ikhlas yang tak putus pada Rahmat Mu, melahirkan kembali kepada fitrah yang suci dengan Selawat yang menggema pada jagat raya Mu.

Dalam sepi, aku sering hilang, tidak mengingati Mu, namun Engkau tetap menjagaku dalam nikmatnya nafas yang ku hembus dalam raga, tak putus-putus Engkau mengingatkanku dan Halusnya Peringatan Mu. Tidak Engkau terus memberikanku hukuman, walaupun betapa kuasanya diriMu Ya Robbi.

Sujud yang mengalun merdu dalam sepertiga malam membuat terhanyut dalam ribuan titisan air mata taubat.. Sebiji zarrah pun dihitung baik kebaikan dan keburukan.. Berkatilah kami Ya Rabbi...

“Aku ingin mencintai-Mu setulusnya sebenar-benar aku cinta dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku,..Aku ingin mendekati-Mu selamanya sehina bagaimanapun diriku, kuberharap untuk bertemu denganMu Ya Rabbi... “


Apr 17, 2011

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?

Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia...


Hidup penuh harapan dengan bersandarkan penuh keyakinan & kepercayaan hanya pada ALLAH! :)


iluvislam.com.

Life is colorful....

full of hopes...

and meaningful...

if everything because of Allah...:)

Put your trust in ALLAH!~

Apr 12, 2011

PuT TrusT in ALLAH!~

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar...!

Bismillahirrahmaanirrahim...


Alhamdulillah,thanks Allah for everything....

kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku

sehinggakan membuat diri terasa begitu lemah tak berdaya

segalanya di luar kawalan...

hanya Tuhan sahaja yang tahu keperitan untuk menghadapi saat-saat itu...


Kadangkala terasa mahu putus asa atas apa yang berlaku

menyalahkan diri sendiri

namun takdir Ilahi mengatasi segalanya....

sebagai seorang hamba

tiada apa lagi yang mampu dilakukan

hanya berdoa dan takkan pernah putus berdoa'...

moga Dia Yang Maha Mendengar

memberikan kekuatan yang secukupnya

dan dipermudahkan segalanya....


banyak urusan yang belum settle..
it's takes time..
but i'm trying my best to handle it...
in everything...
i just put my trust in ALLAH...
what should i do without His Permission?
that's nothing....

so....

hopefully...

everything will become smoothly...

duniawi wa ukhrawi...


Align Left
Never stop praying to Allah...^_^


Ameen.ameen,ameen.
insyaALLAH...

*full of hopes*

Apr 8, 2011

^_^

.:FORGET and DON'T FORGET:.


***

Forget about the days when it's been cloudy,
but don't forget your hours in the sun...

Forget about the times you've been defeated,
but don't forget the victories you have won...

Forget about the mistakes that you cant change now,
but don't forget the lesson that you have learned...

Forget about the m
isfortunes you've encountered,
but don't forget the times you luck has turned...

Forget about someone who broke your heart yesterday,
but don't forget someone who loves you tenderly today...

***
Keep Fighting!!!


Happy alwayz! (:

Don't be sad!^_^

Apr 2, 2011

Bersangkalah baik...

Muhasabah Diri : Bersangkalah baik (husnuzhon)...!

Pesan Sheikh Abdul Qadeer Al Jailani:Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


P/s: Thanks to "adik" yang share artikel ini di FB...Sentiasa belajar dan berusaha untuk husnuzhon dgn orang lain...moga Allah redha..:)

Thanks for everything,ALLAH!

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"Ujian adalah tarbiyah ALLAH
apakah kita akan sabar
ataupun sebaliknya..."

Oh Tuhan,
kuatkan aku untuk menghadapi hari-hari mendatang...
jangan sesekali pernah tinggalkan aku bersendirian...
susah itu tarbiyah
dan
sabar itu indah...

Selagi namanya HIDUP selagi itulah kita tidak akan pernah berhenti DIUJI...Sungguh ujian itu menguatkan jiwa kita. Mudah-mudahan kita dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang cukup oleh ALLAH untuk menghadapi setiap ujian oleh-Nya...

Moga aku sentiasa menjadi hamba yang penuh redha...

23 Mac 2011

hapPy belated birthday to me..:)
masa yang sentiasa mencemburuiku
agak terlewat rasanya untukku melakarkan kenangan di blog kesayanganku ini
tentang hari bersejarah dalam hidupku
sudah 23 tahun rupanya aku di tahun 2011 ini...

eh! sudah 23 tahun atau baru 23 tahun??:P

:)

moga dipanjangkan umur dgn kesihatan yang baik agar dapat beramal semaksimum mungkin

moga setiap usiaku diberkati...

semoga kehadiranku di dunia ini bermanfaat buat semua...

moga dipermudahkan segalanya...

moga segala yang terindah menjadi milikku...

...biiznillah...

insyaAllah

:)


Terima kasih Allah....
alhamdulillah...
thanks for everything...

"i received nothing i wanted,but i got everything i needed"