Jun 18, 2011

Moga Allah redha~

Dengan lafaz "bismillah",insyaAllah bakal menjejakkan kaki ke semester terakhir. Allahuakhbar! Hanya Tuhan yang mengerti perasaan hati ini yang bercampur baur...moga dipermudahkan segala urusan & dikurniakan yang terbaik oleh-Nya.

Untuk semester terakhir ini, banyak misi yang harus dilaksanakan. InsyaAllah,mohon doanya mudah-mudahan setiap perancangan berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya. Paling penting semangat harus sentiasa kuat.

Akhawat fillah,
Masa semakin suntuk. Ayuh kita melangkah beriringan melaksanakan tanggungjawab yang takkan pernah ada istilah 'berhenti' dalam menghidupkan hati-hati yang kegersangan. Hati kita juga harus sentiasa dibasahi agar kita tidak selama-lamanya terus terlena di atas nikmat kurniaan Allah kepada kita.

Firman Allah SWT:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami."
(Al-Ankabut 29: 69)


Keep jihad because jihad is never end!

Kita harus terus kuat untuk melangkah. Tiada kata 'berehat' dalam berjihad.

Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna pernah berwasiat:

"Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok."

"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali."
(Hud 11:88)

Jangan Menyerah


tak ada manusia yang terlahir sempurna
jangan kau sesali segala yang telah terjadi

kita pasti pernah dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasa-Nya
bagi hamba-Nya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Jangan Sesekali Menyerah...



Let's back to work! Work lillahita'la...
Moga ALLAH redha.
:)

Jun 16, 2011

.:.Peringatan Buat Diri.:.


" Setiap yang berJIWA pasti akan merasakan MATI. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.Barangsiapa diJAUHkan dari NERAKA dan diMASUKkan ke dalam SYURGA,maka sungguh ia telah BERUNTUNG . Kehidupan di DUNIA ini tidak lain hanyalah kesenangan yang MEMPEDAYAKAN."
(Surah Ali Imran :185)