Dec 27, 2010

.: 11 Golongan yang Didoa Malaikat :.

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari,pelbagai ujian dan cubaan yang dihadapi. Rohani dan jiwa kita memerlukan kekuatan yang secukupnya bagi berhadapan dengan segala dugaan itu.Beruntunglah bagi mereka yang didoakan oleh malaikat kerana keistimewaan itu pastinya ada.Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:
"Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:
'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:
"Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan
mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata:
'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang
hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

.: Moga kita termasuk dalam golongan yang didoakan oleh malaikat. Ameen Ya Rabb!~

.:. My Friends' Wedding of Year 2010 .:.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
seinfiniti kesyukuran buat yang Maha Esa di atas setiap nikmat pemberian-Nya...
tahun 2010 bakal melabuhkan tirai beberapa hari sahaja lagi...


dan bagi tahun 2010 ini 2 orang sahabat saya (schoolmates) telah melangsungkan perkahwinan mereka...

Siti Kamariah binti Manas
pada 18 Dis 2010



&


Siti Balqis binti Wan Hassan
pada 19 Dis 2010



kedua-duanya adalah bakal graduan UPSI...

macam berpakat je..hehe


anyway..

Selamat Pengantin Baru buat Che Kam & Balqis...




" Semoga ALLAH memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan."


antara yang hadir memeriahkan majlis sempat merakamkan gambar kenangan...
lepas ni giliran sapa plak ye? ^_*

semoga tahun 2011 lebih ramai sahabat2 y akan menamatkan zaman bujang...

:)


Semoga Allah memberkati & meredhai kita semua...

ameen.

Dec 26, 2010

Sayang mereka kerana ALLAH!^_^

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,syukur atas segala nikmat kurnian-Nya...

.: Aku,mereka & kehidupan:.

Saat bertemu dengan sahabat2ku adalah saat yang paling manis buatku..sangat mendamaikan,sangat gembira dan hati jua sentiasa ceria...Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepada-Nya kerana mengurniakan mereka buatku. Dan ianya anugerah yang tidak ternilai dan sukar dicari ganti...



Hingga ke penghujung tahun 2010 ini,ukhwah kami tetap mekar bersemi. Alhamdulillah.Every year tidak pernah sekalipun termiss renion.Pasti jumpa! Agenda wajib waktu cuti...;)

Persahabatan itu suatu ikatan yang suci. Sukar untuk mencari sahabat sejati yang sangat memahami dan baik hati. Mujurlah Allah sentiasa memelihara ikatan hati-hati kami sehinggakan di dalam hati ini dapat merasai betapa kemanisan ukhwah fillah itu. Nama mereka sentiasa di hati. Cukup dihatiku. Sungguh! Aku Sayang mereka kerana ALLAH^_^...

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku...
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku...
Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku
dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati...
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati
yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka...
Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku
untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.
Semakin banyak aku perolehi sahabat,
aku semakin percaya diri.

-Imam As-Syafi'e-


Dec 25, 2010

Hanya Tuhan Saja Yang Tahu

Bismillahrrahmanirrahim...

Allahuakhbar!

Terkejut beruk dan terkejut tahap dewa bila buka FB beberapa minit yang lepas..huh! Application yang x sepatutnya kuar terpampang di profile...kebetulan dah lama x buka FB pelik bila buka je ada banyak notification...dalam hati notification apa la 2....

Bila buka Fb...Ya Allah....huhuhu terkejut tahap gaban bagaikan kena shock elektric...terkejut tersangat2! Berdegup2 jantung...dalam hati..patutla mata kiri berkelip2 sejak tadi rupa2nya nk tgk sesuatu yang 'kurang baik'...huhu Allahu Rabbi....astagfirullahal'azim...

Aku bertekad dalam hati untuk terus pandang ke hadapan. Mahu lupakan segala yang banyak menyesakkan dadaku. Hidup perlu diteruskan walau apa yang berlaku.

Sedih memanglah sedih. Tapi begitulah selalunya yang berlaku. Setiap orang ada kenangan indah dan kenangan pahit yang tersendiri. Yang manis ingin saja mahu dikenang-kenang dan kenangan pahit kalu boleh mahu dilupakan terus. Tapi,sukar bukan?

Makin kita ingin melupakan sesuatu,makin teringat-ingat. Bila kita hampir lupa dalam kesibukan hidup,akan ada2 saja sesuatu yang berlaku menggamit kembali memori itu...sukar...hanya Allah yang mengerti..





Semua lintasan hati dan ingatan itu dari Allah. Kita perlu tahu itu. Mungkin Dia ingin menduga kita,menduga keimanan kita. Misalnya,kita pernah bertekad untuk melupakan sesuatu..dia akan menguji kita untuk melihat sejauh mana tekad kita itu. Saat ini kita harus kuat. Keimanan harus kuat!

Tinggal setahun di bumi Perlis,niat di hati untuk melakukan sesuatu yang bermakna di sini. Sibuk2kan diri dengan sesuatu yang lebih bermanfaat. Mudah-mudahan tercapai...ameen.