Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,ketemu lagi Ramadhan kali ini.

Ramadhan menyaksikan sekali lagi pemergiaan seorang insan yang kusayangi dalam hidupku. Tanggal 1 Ramadhan...Al-Fatihah untuk arwah Tok. Semoga arwah berbahagia di sana dan di tempatkan di kalangan hamba2-Nya yang beriman. InsyaAllah,ameen.
Kesyahduan Ramadhan. Sayu. Tanggal 13 Ramadhan pada tiga tahun lepas arwah abah dijemput Ilahi. Tahun ini,arwah Tok. Tahun hadapan? Wallahu'alam. Kita yang hidup tetap perlukan hidup. Sediakan sebanyak mungkin 'bekalan' ke sana. Kadang-kala 'jemputan' itu tiada terduga,kita yang masih hidup hanya perlu sentiasa bersiap sedia. Sediakah kita andai jemputan datang tiba-tiba? Allah....
Hari ini dan saat ini,hidup terlalu sibuk dengan urusan duniawi. AR,segala mcm assignment...Allahuakhbar! Semoga masih ada masaku untuk-Mu Ya Allah...
Demam,selesema. Baru kini terasa nikmatnya sihat. Walau apa pun,jaga diri baik2 ye!:)
(Pesanan untuk diri sendiri).huhu~
Teringat pesan seorang nenek sewaktu pergi berurut minggu lepas...Tiba-tiba nenek 2 cakap," Jaga diri elok2...". Dalam maksud tu. Allah! Dalam hatiku," insyaAllah..." Semoga Allah menjagaku dan melindungi sebaiknya...kerana Dialah sebaik-baik Penjaga dan Pelindung...
Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Topup semaksimum mungkin amal kebajikan. Usah dipersiakan masa yang masih tersisa. Semoga Allah memberkati setiap waktuku. Ameen.
Moga Allah redha.







