Showing posts with label PERSAHABATAN. Show all posts
Showing posts with label PERSAHABATAN. Show all posts

Dec 27, 2010

.:. My Friends' Wedding of Year 2010 .:.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
seinfiniti kesyukuran buat yang Maha Esa di atas setiap nikmat pemberian-Nya...
tahun 2010 bakal melabuhkan tirai beberapa hari sahaja lagi...


dan bagi tahun 2010 ini 2 orang sahabat saya (schoolmates) telah melangsungkan perkahwinan mereka...

Siti Kamariah binti Manas
pada 18 Dis 2010



&


Siti Balqis binti Wan Hassan
pada 19 Dis 2010



kedua-duanya adalah bakal graduan UPSI...

macam berpakat je..hehe


anyway..

Selamat Pengantin Baru buat Che Kam & Balqis...




" Semoga ALLAH memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan."


antara yang hadir memeriahkan majlis sempat merakamkan gambar kenangan...
lepas ni giliran sapa plak ye? ^_*

semoga tahun 2011 lebih ramai sahabat2 y akan menamatkan zaman bujang...

:)


Semoga Allah memberkati & meredhai kita semua...

ameen.

Dec 26, 2010

Sayang mereka kerana ALLAH!^_^

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,syukur atas segala nikmat kurnian-Nya...

.: Aku,mereka & kehidupan:.

Saat bertemu dengan sahabat2ku adalah saat yang paling manis buatku..sangat mendamaikan,sangat gembira dan hati jua sentiasa ceria...Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepada-Nya kerana mengurniakan mereka buatku. Dan ianya anugerah yang tidak ternilai dan sukar dicari ganti...



Hingga ke penghujung tahun 2010 ini,ukhwah kami tetap mekar bersemi. Alhamdulillah.Every year tidak pernah sekalipun termiss renion.Pasti jumpa! Agenda wajib waktu cuti...;)

Persahabatan itu suatu ikatan yang suci. Sukar untuk mencari sahabat sejati yang sangat memahami dan baik hati. Mujurlah Allah sentiasa memelihara ikatan hati-hati kami sehinggakan di dalam hati ini dapat merasai betapa kemanisan ukhwah fillah itu. Nama mereka sentiasa di hati. Cukup dihatiku. Sungguh! Aku Sayang mereka kerana ALLAH^_^...

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku...
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku...
Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku
dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati...
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati
yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka...
Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku
untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.
Semakin banyak aku perolehi sahabat,
aku semakin percaya diri.

-Imam As-Syafi'e-