Aug 30, 2011
Aug 14, 2011
Hari INI...14.2.2011.
“hari ini, saat ini adalah milikku sepenuhnya kelmarin bukan lagi milikku dan esok belum tentu ianya milikku...”
hari ini, di pagi ini adalah hari aku
aku takkan menunggu petang kerana petang itu belum tentu lagi akan aku lalui
hari kelmarin yang penuh dengan warna-warna ceria dan duka juga tidak perlu aku pikirkan
begitu juga dengan hari esok yang aku sendiri tidak tahu lagi warnanya
hari ini, saat ini adalah waktu yang patut aku fikirkan.
hari ini aku akan hidup dengan penuh kebaikan,
tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian
aku akan membuat sebanyak mungkin kebaikan,
akan ku manfaatkan setiap detik yang berlalu dengan kebaikan
hanya hari ini sahaja aku mampu berbuat baik
hanya hari ini sahaja aku mampu mengemaskan rumahku hanya hari ini saja aku ada waktu untuk siapkan semua kerjaku
hanya hari ini saja aku mampu gembirakan semua orang
hanya hari ini saja aku hidup,
maka aku akan selesaikan segalanya hari ini hanya hari ini.
tidak esok atau tulat...
Kepada Encik Kelmarin
“Wahai Encik Kelmarin yang telah berlalu dan selesai,
tenggelam engkau seperti mataharimu.
aku takkan pernah menangisi pemergianmu dan kamu jugak tidak akan pernah
melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu.
Kau telah pergi meninggalkan aku
pergi dan tidak akan pernah kembali lagi..”
Kepada Encik Esok
“Wahai Encik Esok,
Engkau masih lagi dalam kekaburan
maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri untuk sebuah dugaan
aku jugak tidak akan mengejar sesuatu yang belum ada
kerana esok mungkin tiada sesuatu untukku…”
Jangan bersedih jika kelmarin berlalu dengan kedukaan
Jangan bersedih jika hari ini tidak seindah yang diharapkan
Jangan bersedih jika esok tidak akan kita temukan
“Terimalah semua yang telah Allah swt berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang yang bersyukur..” (Al-A'raf : 144)

Aug 12, 2011
'Sebuah Kemaafan'
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukakan hati kita...Tetapi hanya dengan KEMAAFAN sahajalah kita akan dapat mengubat hati yang telah terluka...
Salam Ramadhan Kareem!
Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita...
Salam Ramadhan Kareem!
Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita...
.:Kemaafan:.
Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri
Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur
Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan semua bahagia
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!
Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri
Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur
Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan semua bahagia
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!
Aug 3, 2011
Ramadhan...
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,ketemu lagi Ramadhan kali ini.

Ramadhan menyaksikan sekali lagi pemergiaan seorang insan yang kusayangi dalam hidupku. Tanggal 1 Ramadhan...Al-Fatihah untuk arwah Tok. Semoga arwah berbahagia di sana dan di tempatkan di kalangan hamba2-Nya yang beriman. InsyaAllah,ameen.
Kesyahduan Ramadhan. Sayu. Tanggal 13 Ramadhan pada tiga tahun lepas arwah abah dijemput Ilahi. Tahun ini,arwah Tok. Tahun hadapan? Wallahu'alam. Kita yang hidup tetap perlukan hidup. Sediakan sebanyak mungkin 'bekalan' ke sana. Kadang-kala 'jemputan' itu tiada terduga,kita yang masih hidup hanya perlu sentiasa bersiap sedia. Sediakah kita andai jemputan datang tiba-tiba? Allah....
Hari ini dan saat ini,hidup terlalu sibuk dengan urusan duniawi. AR,segala mcm assignment...Allahuakhbar! Semoga masih ada masaku untuk-Mu Ya Allah...
Demam,selesema. Baru kini terasa nikmatnya sihat. Walau apa pun,jaga diri baik2 ye!:)
(Pesanan untuk diri sendiri).huhu~
Teringat pesan seorang nenek sewaktu pergi berurut minggu lepas...Tiba-tiba nenek 2 cakap," Jaga diri elok2...". Dalam maksud tu. Allah! Dalam hatiku," insyaAllah..." Semoga Allah menjagaku dan melindungi sebaiknya...kerana Dialah sebaik-baik Penjaga dan Pelindung...
Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Topup semaksimum mungkin amal kebajikan. Usah dipersiakan masa yang masih tersisa. Semoga Allah memberkati setiap waktuku. Ameen.
Moga Allah redha.
Subscribe to:
Posts (Atom)