Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua
Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua muslimin & muslimat....moga Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding sebelumnya...;) InsyaALLAH...
Alhamdulillah,hari ini (20 Ogos 2009) merupakan hari terakhirku menjalani PBS di SK Kampong Keda,setelah lima hari berada di sini bermula 16 Ogos. Alhamdulillah,setakat ini semua maklumat dan bahan2 yang diperlukan telah berjaya diperoleh...Cuma tinggal untuk digoreng secukup rasa sahaja..hu3
Sk Kampong Keda memiliki banyak keistimewaannya. Merupakan sekolah yang baru sahaja beroperasi pada tahun 2002,memiliki lanskap yang sangat menarik dan pemandangan yang sangat cantik.
Guru-guru di sini sangat peramah dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan memberikan tunjuk ajar kepada kami. Guru Besar sangat prihatin tentang kebajikan murid-murid dan guru-guru Penolong Kanan pula sangat komited dengan tanggungjawab masing-masing.Maka,ianya memberikan tanggapan yang positif buatku tentang profesion ini untuk terus bersemangat dan tegar dalam menjalankan tanggungjawab nanti.:) InsyaALLAH..
...perhimpunan pagi...
...laluan utama...
...pemandangan dari atas bangunan sekolah...
...satu sudut sekolah yang menarik...
...suasana dalam kelas ketika membuat observation(pengalaman yang sukar untuk dilupakan)...
Buat warga SK Kg Keda,terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama dan tunjuk ajar yang dihulurkan..Moga setiap usaha kita dinilai oleh ALLAH sebagai amal kebajikan...;) InsyaALLAH..
Aug 14, 2009
Bismillahirrahmanirrahim...
InsyaALLAH next week suma PISMP sem 4 IPGM Kampus Perlis akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu. Paling menyeronokkan PBS kali ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah pilihan masing2 dan semestinya sekolah2 di kampung halaman masing2...;)
Kepada semua sahabat2 yang terlibat,selama menjalani PBS...mudah2an segala2nya berjalan dengan lancar dan task yang diberi dapat disiapkan sebaik mungkin...
Sekolah pilihanku untuk PBS semester ni x jauh dari rumah. Sekolah Kebangsaan Kg.Keda menjadi pilihan...terletak di atas bukit dan memiliki lanskap yang sangat menarik. Dipendekkan cerita,kalau duduk di sekolah nampaklah bumbung rumah....hu3
Seminggu PBS di rumah,ditambah dengan cuti seminggu lagi...ini bermakna saya akan berada di rumah selama 2 minggu....bestnya!!...he3 ( jangan jeles kpd y berada di jauh & tidak boleh balik umah 2..=P )
Dan insyaALLAH sempat berpuasa dan berbuka puasa bersama keluarga tercinta....;)
Daripada saya,Selamat Menjalani PBS...Selamat Bercuti... & Selamat Berpuasa...Akhir kalam semoga kita berjumpa lagi biiznillah....wallahu'alam.
Alhamdulillah selesai sudah BIG siri 4 yang diadakan pada 7-9 Ogos lalu. Program Keluarga Angkat ini diadakan di Kg.Banggol Saga,Baling memang best dan meninggalkan 1001 kenangan.:)
BIG siri 4 dalam kenangan...
Datuk Dr. Mashitah Ibrahim merasmikan Majlis Penyerahan Anak Angkat...
Tinggal selama hampir 3 hari 2 malam di rumah keluarga angkat dapat menimba banyak pengalaman baru yang menyeronokkan. Sepanjang program ini berlangsung,banyak peristiwa telah berlaku dan meninggalkan 1001 nostalgia tidak kira sama ada bersama keluarga angkat,kawan-kawan mahupun penduduk kampung itu sendiri. Yang pastinya "Ukhwah terjalin dan kasih sayang terbentuk"...;)
Keluarga Pak Su Din yang hidup dengan penuh kesederhanaan sebenarnya membuka mataku dan menyentuh jiwaku. Seronok sekali tinggal di kampung yang penuh ketenangan dan kedamaian. Bangun pagi2 terasa kesejukan airnya...buka sahaja pintu dapat menghirup udara segar yang bebas dari pencemaran. Dan suasana pohon2 yang menghijau di luar rumah memberikan satu kedamaian pada hati..Benarlah kata orang tinggal di kampung di memang mendamaikan..
Ibu ayam bersama 13 ekor anaknya yang baru sahaja menjengah dunia lebih kurang seminggu yang lalu...comel2 belaka..hu3
Yang menariknya di Baling ni (promote sket), waktu sekarang ni musim buah-buahan. Macam-macam buah ada...rambutan,durian,ramabai,dokong,manggis...Sampaikan x larat nak makan..hu3 yang best lagi berpeluang amik sendiri buah2 tersebut..buah2an yang segar dari pokok...best! Masa nak balik keluarga angkat masing2 sediakan bekal lagi! Memang murah betul rezeki budak2 IPGM ni...hu3 alhamdulillah..
ESoknya macam2 aktiviti yang dibuat.Bagi budak2 perempuan ni,biasa la kembali ke dapur.hu3 Tolong ibu-ibu menyediakan makanan untuk makan tengah hari. Bagi bebudak lelaki plak,tolong bapa2 dan pak cik2 gotong-royong di kawasan perkuburan. Masing2 menunjukkan skill....hu3 semuanya rajin2...bagus2..
Menariknya lagi makanan tengah hari kami untuk 2 hari berturut-turut disediakan oleh penduduk sendiri. Gulai ikan masin + nanas,kerabu pucuk paku+kerang,gulai daging batang pisang (masakan special Baling),ikan keli yang dibakar masak tempoyak,ulam-ulaman dan sambal belacan menyeliurkan...memang menyelerakan! Sempat belajar wat kerabu...hu3
Pada sebelah petang ada acara sukaneka...untuk kanak-kanak dan penduduk kampung sendiri. Kerjasama daripada penduduk kampung sangat baik..semuanya sporting2...dan alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar...
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program BIG....
Senaman pagi bersama penduduk kampung.. Belon beracun.. Music chair..
Demo memancing botol oleh Mak Nyah...hehe
pertandingan futsal berkain pelikat antara ipgm vs penduduk kg Banggol Saga...Terbukti penduduk2 kampung ini memang mantap kerana IPGM tertewas 1-0...huhu
...dan banyak lagi...
Wajah ceria seorang peserta menerima hadiah...comelnya adik ni;)
Alhamdulillah Program BIG Keluarga ANgkat siri 4 ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya...Segala penat lelah dalam usaha menjayakan program ini berbaloi sekali .Sesungguhnya pengalaman berkampung di Kg. Banggol Saga ,Baling sangat manis dan menyimpan 1001 kenaangan yang pastinya akan tersemat di sanubari.Moga silaturrahim yang terjalin bersama keluarga angkat tidak terhenti di sini sahaja bahkan sehingga ke akhir hayat...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Mohon ampun dan maaf atas segala silap dan keterlanjuran kata...
Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan.
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Alhamdulillah..syukur kupanjatkan pada Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menungkilkan secebis bingkisan sekadar perkongsian bersama. Sudah lama tidak menjengah blog,rindu rasanya. Masalah internet yang berlaku di ipp menyebabkan terputus sudah hubungan. Namun,'hubungan' dengan-Nya tetap berjalan seperti biasa....alhamdulillah...
Kebelakangan ini pelbagai masalah yang berlaku secara mendadak dan bertimpa-timpa meruntun hatiku. Mungkin itu 'peringatan' daripada-Nya,menegur kealpaanku yang kadangkala aku sendiri tidak sedari. Alhamdulillah,itu tandanya Dia masih sayang dan amik peduli padaku. SYukur!
Dugaan demi dugaan yang menimpa sememangnya menguji kesabaranku. Saat itu barulah kusedar bahawa aku tidaklah sekuat mana. Sebenarnya dugaan-dugaan itulah yang mematangkan aku menjalani hidup.Hanya Dia setia menemaniku tika aku kegoyahan dan memerlukan tempat untuk mengadu kerana Dialah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Kesedihan yang mengisi ruang hati sedikit terubat tatkala terbaca bait-bait kata ini…..
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damai hatimu kerana
Masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan ALLAH tidak tahu derita hidupmu
Retaknya hatimu tapi mungkin itulah
Yang Dia mahukan kerana Dia tahu
Hati yang sebeginilan selalunya
Lebih lunak dan
Mudah untuk akrab dan dekat dengan-Nya….
Kudoakan agar ALLAH memberiku kekuatan yang cukup untuk menempuh liku-liku kehidupan ini.Moga kasih dan rahmat ALLAH sentiasa menemaniku,juga menemani insan-insan yang kusayangi selamanya.Ameen.
BuMi PerMai, Kedah-Perlis-Sarawak-Kedah Penang (Alhamdulillah), Malaysia
-Blog khas untuk Muhasabah Diriku-
Keredhaan Ilahi cita-cita di hati...Bukanlah insan yang 'terbaik',namun insyaALLAH berusaha menjadi yang terbaik duniawi + ukhrawi...
Ya Rabb,pimpinlah daku untuk menjadi seorang muslimah,mukminah,mujahidah dan muslihah yang kuat mempertahankan akidah & agama-Mu...
Ya ALLAH..ampunilah dosa2ku juga dosa2 kedua orang tuaku..Moga2 syurga-Mu menjadi destinasi terakhir kami...insyaALLAH...ameen.
Moga memberi manfaat utk orang lain jua.=)
Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia, ingatlah Tuhan mu yang menjadikan siangmu, diwarnai dengan cabaran sebagai tarbiah dari-Nya dan menjadikan malam mu penuh dengan CINTA, KASIH dan SAYANG dari-Nya.. Alunkan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentah kalamullah, renungilah surat cinta dari-Nya, dengarkanlah kalimat indah bacaan Quran.. Moga kita menjadi pengemis cinta Ilahi.. Perindu SYAHID abadi.. InsyaAllah...
Jom Berkempen!!! ^_^
.: Jadilah Wanita yG SoleHaH:.
Wanita ibarat epal... Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah... Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak Susah dipetik... Sukar digapai... Kekadang epal itu risau kenapa dirinya masih belum dipetik Lantas ia merendahkan martabatnya Menggugurkan diri menyembah tanah sehingga tiada siapa yang berani memetiknya... Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu! Andai CINTA itu hadir,moga ianya lebih mendekatkan kita dengan ILAHI & menambahkan kecintaan kita pada-Nya...insyaAllah...ameen.
.: Ikan Peliharaanku :.
.:Renungan Bersama:.
.: Kalam Berbicara :.
...::Bingkisan Doa::...
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yg lembut, basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kpd perintah-Mu...
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna, hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar2 mantap...
Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yg jitu dan unggul, selamat dari segala bahaya dan petaka...
Kami mohon pada-Mu Ya Allah, kecukupan yg tak sampai kami meminta jasa org lain...
Berikanlah kami Ya Allah iman sebenarnya sehingga kami tidak lagi takut atau mengharapkan kpd org lain selain dari Engkau atau menyembah selain dari Engkau...
Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat-Mu ke atas kami dan keluarga kami serta sesiapa saja yg bersama-sama kami...
Janganlah Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau sekadar masa yg lebih pendek dari itu...
Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah permohonan kami. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad s.a.w, Nabi yg mulia, kpd keluarga baginda dan para sahabat baginda semuanya.
Ameen... Ya Rabbal 'alamiin.
.:Indahnya Berdoa’:.
Bila ALLAH cepat makbulkan doamu,
Maka dia menyayangimu.
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu.
Bila DIA tidak memakbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH dalam apa jua keadaan pun…kerana kasih ALLAH itu mendahului murka-Nya…
.: Topup Iman :.
.: 10 Muwassafat Tarbiyah :.
* Kuat tubuh badan *Akhlak yang mantap *Fikiran yang berpengetahuan *Mampu berusaha *Akidah yang sejahtera *Ibadah yang betul *Mampu melawan nafsu *Menjaga waktu * Tersusun dalam urusan *Berguna untuk orang lain
Saudaraku... janganlah engkau mudah berputus asa, kerana sifat itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat kita untuk menwujudkan kedamaian masih lagi tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. Bangkitlah dari lenamu wahai pemuda-pemudi pilihan Allah!