Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Alhamdulillah..syukur kupanjatkan pada Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menungkilkan secebis bingkisan sekadar perkongsian bersama. Sudah lama tidak menjengah blog,rindu rasanya. Masalah internet yang berlaku di ipp menyebabkan terputus sudah hubungan. Namun,'hubungan' dengan-Nya tetap berjalan seperti biasa....alhamdulillah...
Kebelakangan ini pelbagai masalah yang berlaku secara mendadak dan bertimpa-timpa meruntun hatiku. Mungkin itu 'peringatan' daripada-Nya,menegur kealpaanku yang kadangkala aku sendiri tidak sedari. Alhamdulillah,itu tandanya Dia masih sayang dan amik peduli padaku. SYukur!
Dugaan demi dugaan yang menimpa sememangnya menguji kesabaranku. Saat itu barulah kusedar bahawa aku tidaklah sekuat mana. Sebenarnya dugaan-dugaan itulah yang mematangkan aku menjalani hidup.Hanya Dia setia menemaniku tika aku kegoyahan dan memerlukan tempat untuk mengadu kerana Dialah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Kesedihan yang mengisi ruang hati sedikit terubat tatkala terbaca bait-bait kata ini…..
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damai hatimu kerana
Masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan ALLAH tidak tahu derita hidupmu
Retaknya hatimu tapi mungkin itulah
Yang Dia mahukan kerana Dia tahu
Hati yang sebeginilan selalunya
Lebih lunak dan
Mudah untuk akrab dan dekat dengan-Nya….
Kudoakan agar ALLAH memberiku kekuatan yang cukup untuk menempuh liku-liku kehidupan ini.Moga kasih dan rahmat ALLAH sentiasa menemaniku,juga menemani insan-insan yang kusayangi selamanya.Ameen.
0 comments:
Post a Comment