16 Mei muncul lagi...:)
Selamat Hari Guru kepada semua guru,mua'llim,murabbi,sifu,sensei dan semua warga pendidik di seluruh dunia...
" Cikgu ni,kalau kita dah pencen atau dah mati pun orang tetap akan panggil kita cikgu...." kata arwah abah. Maksud abah sebenarnya itulah nilai dan tanda hormat masyarakat buat insan bergelar guru. Masih terngiang-ngiang kata arwah abah waktu mula2 menghantar aku masuk maktab. Pada waktu tu,air mata bergenang. Sedih! Separuh hati menjejakkan kaki ke maktab lepas keluar dari matrik. Itulah kata-kata keramat yang keluar dari mulut abah. Aku akur! Aku simpan kemas kata-kata itu.
" Itulah,mujur hang dengaq cakap abah. Kalau tak menyesal tak sudah...sebab tulah orang kata kena ikut cakap orang tua..," kakak sulungku pernah bersuara.Kata-katanya masih terkesan di hati hingga kini.
Dalam hati aku berkata," Ya....tak pernah menyesal malahan bersyukur yang teramat!"
Tiada siapa yang dapat menyangkal tugas guru yang sungguh mulia. Tidak rugi rasanya aku memilih profesion perguruan ini sebagai sebahagian dari hidupku. Andai diberi peluang kedua untuk membuat pilihan dalam kerjaya, GURU tetap akan menjadi pilihanku!:)
Alhamdulillah,terima kasih Tuhan kerana memilihku untuk menjadi sebahagian daripada insan yang bakal menggalas tanggungjawab yang mulia ini. Walaupun ada segelintir pihak yang memandang rendah profesion keguruan ini,namun tanpa kita sedari tugas mendidik ini adalah suatu tugas yang mulia.Siapalah kita tanpa guru? Lahirnya seorang Perdana Menteri, doktor,peguam,jurutera atau arkitek itu bermulanya dari curahan bakti seorang guru! Maka,usahlah memandang rendah kerja guru ini. That's why i'm proud to be teacher! Biarlah kerjaya guru tidak sehebat kerjaya-kerjaya lain,namun nilai kerjaya ini sungguh tinggi di sisi Allah...
"Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan,kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" (Surah An-Nisa' : 122)
Kuakui sesungguhnya tugas mendidik bukanlah mudah,harus sentiasa dibajai dengan kesabaran dan keikhlasan. Pengalaman menjalani praktikum di sekolah banyak mendedahkan aku kepada kehidupan sebenar seorang guru yang harus berdepan dengan 'kliennya' yang memiliki pelbagai akal dan karenah! Maka,kuncinya adalah SABAR dan IKHLAS...insyaAllah.
Khas buat insan bergelar guru dan BAKAL2 guru...
Ikhlaskanlah niat kita dalam mendidik kerana Allah. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita dalam mendidik dan mencurah ilmu demi melahirkan anak bangsa yang berguna untuk keluarga,AGAMA,bangsa,negara! insyaAllah...
Apabila mata dipejamMoga pahala kebaikan itu menjadi saham di akhirat dan mengalir secara berterusan...
pasti ada doa yang diucap
Namun sebesar mana rasa sayang dan cinta itu
Pasti tidak akan menemani kita di alam sana
Kecuali tiga perkara
Ilmu yang bermanfaat,amal jariah
dan doa' daripada anak-anak yang soleh!
Buat guru-guruku...
Terima kasih! Segala jasamu dikenang...Moga ALLAH sentiasa merahmati kalian!
" Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"- Tema Hari Guru Tahun 2011.
Selamat Hari Guru! :)

0 comments:
Post a Comment