Jan 30, 2010

(^.^) Update

Bismillahirrahmanirrahim…

Dah lama rasanya x menulis.Alhamdulillah,akhirnya terupdate jua blog using ini walaupun mungkin agak sedikit berhabuk..huk3

Kehidupan diteruskan seiring dengan detik waktu…

Langkah diatur sekemas mungkin dengan iringan doa,mudah-mudahan jalan yang dipilih sentiasa lurus dan diredai-Nya. Sudah sampai ke Semester 5,tanggungjawab juga dirasakan makin bertambah.

InsyaALLAH, praktikum dijangkakan pada bulan Mac nanti. Doakan supaya segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar…..=) ameen.



Jan 13, 2010

Oh HeaRTYku....

HATI YANG SEDAR
Firman ALLAH,maksudnya:
“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu,tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (Surah Qaf 50:37)

Ya ALLAH,KURNIAKAN kepadaku hati seperti ini….
HATI YANG BERSIH
Firman ALLAH,maksudnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya- yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).” (Surah as-Syams 91:9)

HATI YANG LURUS
Firman ALLAH,maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,kurniakanlah kepada kami limpah rahmat-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Surah Ali’Imran 3:8)

Dan Kau PELIHARA daripadaku hati ini…..
HATI YANG TERHIJAB (TERTUTUP)
Firman ALLAH,maksudnya:
“Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran),padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka,yang menghalang mereka daripada memahaminya,dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar).”
(Surah al-An’am 6:25)


Jan 10, 2010

Two Years to Go>>>

Bismillahirrahmanirrahim……

Two Years to Go

Alhamdulillah,hingga saat ini aku masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk bernafas meneruskan perjuangan hidup.Ya! HIDUP berupa suatu perjuangan.Selagi masih terus hidup,selagi itu jua perjuangan harus diteruskan.Syukur atas nikmat ini.

Two years to go. Ya,setelah dihitung2 pejam celik,pejam celik rupa2nya lebih kurang 2 tahun saja lagi aku akan graduate. InsyaALLAH…Cepatkan? Masa berlalu begitu pantas,sedar tak sedar aku hampir menghabiskan pengajianku. Rupa-rupanya sudah 3 tahun setengah aku di bumi Perlis ini. Bagaikan sebati bumi ini di hatiku…;) Ini bermakna lagi 2 tahun aku akan berada di bumi ini (jika bukan posting di sini ).Ya ALLAH,syahdunya perasaan ini.!.

Dan selepas ini juga,masing-masing akan membawa diri dan meneruskan perjuangan hidup…Tersenyum aku bersendirian memikirkan planning hidup kengkawan.Mantap! Planning tentang posting…hala tuju hidup…dan tidak lupa pasal kahwin!( topic terhangat) Ada yang merancang untuk bertunang dan menikah dalam tempoh dua tahun ini ,insyaALLAH mudah-mudahan ALLAH memudahkan urusan kalian untuk membina masjid! Ameen,,.Aku sebagai sahabat sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian=).

Walau apa jua perancangan kita,lakukan sebaik mungkin.Mudah-mudahan terlaksana dengan jayanya. Tahun 2009 ,tahun yang penuh bermakna dan banyak mendewasakanku. Bakal menginjakkan kaki ke usia 22 tahun,mudah2an aku cukup kuat untuk berhadapan dengan apa jua cabaran dan dugaan! InsyaALLAH…moga tahun 2010 lebih baik dan lebih berjaya daripada tahun lepas tidak kira sama ada dalam urusan duniawi + ukhrawi. Manusia hanya mampu merancang,ALLAH jua yang menentukan. Yakin dengan ALLAH,pasti segalanya berjalan dengan lancar…