Jul 21, 2010

.:Kisah Wanita Penjual Tempe:.

Seorang wanita tua kelihatan bersandar keletihan didapur rumahnya.Jarum jam di dinding sudah menunjukan waktu dinihari.Namun dia masih tekun menyiapkan tempenya untuk dijual di pasar keesokan paginya. Diwajahnya jelas kelihatan kegusaran apabila melihat tempe yang sedang dibungkusnya itu. Sepatutnya dia menyiapkan tempenya itu lebih awal untuk dijual esok, tapi kesibukanya pada hari ini, menyebabkan dia hampir terlupa akan rutinya setiap hujung minggu. Dalam fikiranya, sempatkah tempe ni menjadi untuk dijual esok pagi?....

Awal-awal subuh dia sudah bangun untuk menyiapkan barang jualan tempenya itu. Dia masih memikirkan tentang tempenye itu menjadi ataupun tidak, dibukanya daun pisang yang membalut tempenya itu, ternyata, tempenya masih belum menjadi. Namun dia tetap berhasrat untuk menjual tempeya itu, mungkin tempenya itu akan menjadi nanti.

Dalam perjalanan menuju ke pasar hatinya makin gusar, bagaimana jualan tempenya nanti.Kemudian dia teringat pesanan seorang ustaz, “Sentiasalah berdoa, dan yakin setiap doa yang kita minta pasti akan diperkenankan oleh-NYA, janganlah kita jemu untuk berdoa kpd Nya”.Dia terus berdoa, "Ya Allah, kau jadikanlah tempe ini menjadi untuk aku jualnya pada hari ini..jadikanlah tempe ini menjadi..jadikanlah tempe ini menjadi..." Terkumat kamit mulutnya berdoa disepanjang perjalanan.

Setibanya dia di pasar itu, kelihatan sudah ramai penjual yang menyusun barang jualan mereka. Dia menuju ke tempat yang selalu dia duduk untuk berniaga. Dia duduk disitu, sambil mulutnya masih tak henti berdoa, jadikanlah tempe ini jadi, jadikanlah ianya menjadi...Sekali lagi dia membuka tempenya, dia berharap tempenya akan menjadi. Tapi tempenya masih jugak belum menjadi. Dia menutup kembali bungkusan tempenya itu, mulutnya terus berdoa.

Matahari semakin naik, orang semakin ramai datang untuk membeli barang di pasar. Kelihatan begitu meriah para peniaga menjual barang masing-masing. Wanita tua itu hanya duduk di situ dan melihat peniaga lain berniaga. “Mungkin tiada rezeki aku hari ini hasil jualan tempe hari ”. Namun dia terus berdoa dan berdoa.

Setelah beberapa jam berlalu, tempe yang ingin dijual masih belum menjadi. Suasana di pasar itu semakin lengang, ramai peniaga yang sudah membersihkan tempat masing-masing, diwajah mereka menunjukkan kepuasan, mungkin hasil jualan mereka sudah habis dijual dan mendapat keuntunganya. Wanita tua penjual tempe itu masih disitu dan terus berdoa, tidak jemu dia berdoa walaupun belum menampakan hasilnya.

Peniaga dipasar, sudah ramai yang pulang, hanya beberapa orang yang tinggal dan juga wanita tua itu. Dia masih lagi berdoa dan berdoa.Tiba-tiba datang seorang lelaki berdiri di hadapannya.

“Makcik, saya nak beli tempe, makcik ada jual tempe tak?"

Wanita tua itu memandang lelaki muda itu,”Ada, tapi tempe makcik belum menjadi lagi.

"Saya memang mencari tempe yang belum menjadi makcik."

Wanita tua itu kehairanan, “Kenapa encik mahu membeli tempe yang belum menjadi, sedangkan semua orang mencari tempe yang menjadi?"

Lelaki muda itu tersenyum dan berkata “sebab saya nak hantar kepada keluarga saya, mereka tinngal jauh dari sini, jadi sempatlah tempe itu menjadi bila sampai kepada dia nanti”.

Wajah wanita tua itu terus berubah, hatinya makin gusar...kemudian dia berdoa,"Ya Allah , Janganlah kau jadikan tempe ini menjadi!!!" Begitu doanya kali ini..terus terkumat kamit mulutnya.. Dia membuka bungkusan tempenya itu, kali ini dia amat berharap agar tempenya itu betul-betul tak menjadi. Dan ternyata, tempenya masih belum menjadi.

Pemuda itu kemudianya membeli kesemua tempe yang dibuatnya. Wanita tua tersenyum. Akhirnya tempenya berjaya dijual. Kini dia yakin Allah telah memperkenankan doanya pada hari ini, tetapi dalam keadaan yang berbeza....=)

::Pernah berlaku situasi sebegini? The moral of the story.....Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.Teruskan berdoa, kerana Allah pasti memakbulkanya.Cepat atau lambat...Sungguh,kesabaran itu terlalu indah bagi mereka yang mengerti....:) Maka,bersabarlah selalu.....


Allah is alwayz right! PuT TrusT in ALLAH!~



Jul 9, 2010

Hadapi dengan Tenang....


Buat diri yang diuji dan teruji...




Melarikan diri daripada sesuatu masalah bukanlah tindakan yang bijak. Walau sejauh mana kita berlari menjauhi,namun ia tetap membelenggu!

Mengambil masa itu perlu,tetapi tidaklah terlalu lama sehingga menyusahkan individu lain (jika masalah yang dihadapi melibatkan pihak lain). Bincanglah,dan carilah kata sepakat....mudah2an dapat mencari jalan keluar.


Positifkan fikiran,hadapi masalah dengan tenang!

Maafkan andai dilukai atau disakiti. Pujuk hati,elakkan berdendam! Walau sesukar mana,belajar untuk memaafkan....moga hati lebih tenang...

Bersyukur dan setiap masalah yang menimpa...Allah menguji tanda sayang-Nya pada hamba. Berprasangkalah baik dengan Allah...Yakinlah,setiap masalah yang dihadapi pasti ada jalan keluar....


Didiklah diri dengan bersabar. InsyaAllah,sabar dan terus bersabar...Semoga sabar itu 'berbalas' oleh-Nya...


" Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

(Surah Al-Imran :200)

Berdoa,berdoa dan terus berdoa. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah...


" ....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

(Surah Yusof: 12)



Jul 7, 2010

Mencari @ Menjadi?...


Soleh vs Solehah

Jika mahu mencari yang SOLEH, kurangkan sedikit agenda menCARI yang SOLEH, tetapi berusahlah untuk menjadi yang SOLEHAH...Jika inginkan yang SOLEHAH, janganlah cerewet sangat mencari yang SOLEHAH, tetapi berusahalah untuk menjadi yang SOLEH...


Jika bertemu yang SOLEHAH, SOLEHAHnya belum tentu kekal..Jika bertemu yang SOLEH, SOLEHnya pun belum tentu kekal..Kerana yang SOLEHAH dan SOLEH itu juga manusia, insan biasa yang boleh sahaja berubah dan bertukar menjadi sebaliknya..

Oleh itu, fokuslah kepada usaha untuk menJADI yang SOLEH dan SOLEHAH dari agenda menCARI yang SOLEH dan SOLEHAH, kerana disitulah sebenarnya pemudah jalan untuk mencari pasangan yang SOLEH dan SOLEHAH.

Akhir kata, fokuslah kepada JADI dan bukannya CARI…fikir-fikirkan…

Semoga berbahagia sampai ke syurga sambil meraih redha Ilahi....=)

Jul 6, 2010

.: Solat Tengah Malam :.



Menurut Syeikh Muhammas Solih al-Munajjid,ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tangah malam. Antaranya :

*
Ikhlas kepada Allah (SWT) dalam setiap tindakan dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

* Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah (SWT) menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

* Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

* Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para solihin di kalangan sahabat dan ulama.

* Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.

* Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah dalam sabda yang bermaksud: “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra’Bin ‘Azib)

* Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan dilakukan Rasulullah SAW.

* Berzikir dengan wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membawa ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur dan membaca tiga Qul.

* Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.

* Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

* Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.

* Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama mudah untuk bangun di tengah malam.

* Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

* Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah (SWT) selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.”

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

::Tahajjud @ solat tengah malam merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.s.w dan dikatakan kemuliaan seseorang itu terletak pada tahajudnya. Indahnya apabila seseorang itu bangun di tengah malam untuk bermunajat kepada ALLAH.Ayuh sahabat2 sekalian! Biasakan diri dengan solat tengah malam. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita dan mengelakkan daripada maksiat....


Jul 5, 2010

.:Aku,MEREKA & Kehidupan:.

Salam terindah buat seluruh alam...

Alhamdulillah,kembali mengupdate blog. Agak busy kebelakangan ini dengan Praktikum 2 namun ia bukanlah satu alasan untuk ‘meninggalkan’ sesuatu yang menjadi kebiasaan. Rindu untuk menulis,rindu untuk meluangkan masa bersama blog…huk3 kini melepaskan rindu….^_^ Alhamdulillah…

Sebuah coretan tentang kehidupan. Kini, hanya aku,MEREKA, dan kehidupan. Praktikum selama 2 bulan ini aku ditempatkan di SK Santan. Praktikum telah pun bermula seminggu yang lepas,iaitu 28 Jun 2010 sehinggalah 20 Ogos 2010. Tempoh 2 bulan pastinya akan melakarkan sejarah dalam hidupku bersama mereka,anak didikku =)

Praktikum kali ini,aku diamanahkan untuk mengajar Tahun 4 dan Tahun 2,iaitu mengajar Matematik kelas 4 Maju dan Pendidikan Jasmani kelas 2 Jaya. Dan inilah pertama kali aku akan mengajar PJ! Huhu macam tak percaya,tapi inilah hakikatnya…insyaALLAH,I’ll try my best…Please pray for me!

Hari pertama di sekolah,banyak kena relief class. Tahun 1,2 dan 3…murid2 comel2…nakal2…huhu dan yang menariknya murid2 di sekolah ini,bila ditanya tentang cita-cita….wah…rupa2nya ramai yang nak jadi ustaz… Ustaz @ doctor,bomba,polis,dan..pramugari pun ad! Hu3 X ketinggalan ada yang nak jadi pemain bola sepak…erm..semua ni mesti gara-gara demam bola Piala Dunia…huhu alahai budak2…nakal pun boleh tahan…

Kini,hari2 yang dilalui akan dihabiskan bersama mereka. Mengutip pengalaman berharga bersama mereka..mudah-mudahan menikmati saat2 yang manis juga bersama mereka….dan harap2,kenangan yang bakal dikutip manis2 dan indah2 belaka….

Semester ini praktikum selama 2 bulan. Next year,masuk tahun baru,semester baru,insyaALLAH praktikum yang ke-3 (terakhir) pula,3 bulan! Then,next2 semester adalah final semester @ final year…pantasnya masa berlalu..dan saat untuk posting akan tiba….erm…negeri pilihan? Semenanjung@ Sabah@ Sarawak???........still thinking…….(?)

Moga ALLAH mengurniakan yang terbaik buatku,dan memudahkan segala urusanku d’ dunia dan akhirat..ameen.

Kita hanya mampu merancang,ALLAH jualah yang menentukan. Namun,takdir Tuhan mengatasi segalanya. Kini,berdoa,berdoa & terus berdoa…
ALLAH is always be with u…forever…PuT TrusT in ALLAH!~


:: Pic? After this.....^_^