Jul 26, 2011

Allah!


Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat
Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan
Allah telah mengira setiap titis air matamu

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa
Allah sentiasa menunggu taubatmu

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak berhasil
Allah mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tidak terduga

Yakinlah pada Allah...
Dia sentiasa bersamumu suka dan duka...
Mintalah dan berdoa'lah hanya pada Allah...




insyaAllah

:)

Alhamdulillah...

Ya Allah...alhamdulillah a'la kulli hal...

Saat ini, penuh kesibukan dengan tanggungjawab yang tidak pernah henti...namun rasa rindu sangat menusuk di hati...Ya Allah...sungguh hamba-Mu ini amat merindui-Mu...

Syukur Dia memilihku untuk menghadiri Training ESQ pada 23 & 24 Julai 2011...
Tiada siapa yang menyangka,tiada siapa yang menduga...namun takdir dan perancangan Allah mengatasi segalanya...

Terima kasih kepada kedua sahabatku yang tidak putus2 melobiku untuk mengikuti training ini. Dalam hatiku,banyak perkara yang difikirkan...'teringin sangat nak join,tapi memandangkan yurannya yang terlalu tinggi...budgetku semester ini pasti akan lari. Ditambah denga rindu yang membuak-buak pada family,hajat di hati nak pulang ke kampung minggu ini..jadi,keputusan akhirku pada mereka..aku tak jadi pergi.'

Namun, ALHAMDULILLAH...di saat-saat akhir aku dimaklumkan oleh sahabatku bahawa terdapat alumni ESQ ,yakni hamba Allah yang pemurah mahu mengsponsor RM100 daripada yuran penyertaan iaitu RM350.Oleh itu,aku hanya perlu membayar RM250 sahaja berbanding orang lain yang kebiasaannya harus membayar yuran ESQ Rm1000 lebih...Allahuakhbar! Apa lagi yang harus difikirkan panjang,jika dalam perancangan-Nya, Dia telah mempermudahkan jalan dan sangat jelas Dia telah 'memilihku' untuk berada di sana....Subhanallah! Maha Suci Allah Kasih sayang-Mu mengatasi segalanya...T_T Bagaimana mungkin aku menjadi hamba-Mu yang tidak bersyukur sedangkan nikmat-Mu padaku tidak terhitung banyaknya...alhamdullilah...


ESQ Best!!!~ :)

Cukuplah ALLAH bagiku...alhamdulillah...kini kumerasainya Ya Allah...moga perasaan sebegini sentiasa menyelimuti hatiku dan perasaanku pada-Mu...

Allah datangkan guruh dan kilat pada kita rupa-rupanya Dia mahu hadiahkan kita pelangi yang indah. Subhanallah...kehilangan demi kehilangan insan yang aku cintai,rupa2nya ini hikmah yang terbesar yang aku peroleh. Andai tiada kehilangan tersebut,pasti aku tidak merasai erti sebuah cinta, sayang dan rindu yang mendalam pada-Mu Ya Rabb! Sungguh,inilah cinta hakiki yang patut ada pada diri seorang hamba,iaitu cinta seorang hamba kepada Khaliqnya yang Agung.

Sayang seseorang itu biarlah berpada-pada. Sayang benda juga begitu. Tapi aku,bila sayangkan seseorang itu berlebih-lebihan sayangnya. Sayang aku pada mak dan abah pada hayat mereka terlalu menggunung tinggi sayangnya. Maka,Dia telah menjemput mereka lebih awal untuk mengajarku bahawa sayang aku haruslah berpada-pada pada makhluk dan kebendaan kerana cintaku yang tertinggi selayaknya hanyalah pada DIA...hanya pada ALLAH! Terima kasih Ya Allah atas pengajaran ini...


Ya Allah,
moga perasaan rindu dan sayangku pada-Mu sentiasa membuak-buak dan tiada pasang surutnya...
Ya Allah,
moga aku sentiasa menjadi insan yang dipilih-Mu untuk sentiasa mendapat hidayah dan berada di bawah rahmat kasih-Mu...
Ya Allah,
jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan tidak pernah kenal erti putus asa...
Ya Allah,Ya Rahman wa Ya Rahim...
sayangilah aku,lindungilah aku dan peliharalah aku dari azab api neraka-Mu...
Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...
Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku sepanjang hayat mereka Ya Allah...
dan ampunilah dosa-dosa seluruh ahli keluargaku,guru2ku dan sahabat2ku...
terangilah kami dengan nur dan hidayah-Mu Ya Allah...

Allah,Allah,Allah...
Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk-Mu...
cukuplah Engkau di hatiku...

Ya Rahim
Andai aku mati,berikanlah aku kesudahan yang baik...
Kau temukanlah aku dengan-Mu...
di Syurga yang abadi


Damai Bersama-Mu

Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu


Jul 22, 2011

.:. Aku Ingin Dicintai Kerana ALLAH .:.

Jika kau mencintaiku kerana sifatku yang ceria
Menjadi semangat yang menyala di dalam hati mu
Kemudian aku bertanya
Bila keceriaan itu kelam dirundung duka
Seberapa muram cintamu kan ada?

Jika kau mencintaiku kerana kecantikanku
Menyejukkan setiap mata yang memandangnya
Kemudian aku bertanya
Saat kecantikan itu memudar ditempuh usia
Seberapa pudarkah kelak cintamu padaku?

Jika kau mencintaiku kerana ramah hatiku
Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu
Kemudian aku bertanya
Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka
Seberapa mampu cintamu memendam praduga?

Jika kau mencintaiku kerana cerdasnya diriku
Membuatmu yakin pada putusanku
Kemudian aku bertanya
Ketika kecerdasan itu berangsur hilang menua
Seberapa bijak cintamu tuk tetap mengharapku?

Jika kau mencintaiku kerana kemandirian yang ku miliki
Menyematkan rasa bangga mu yang mengenalku
Kemudian aku bertanya
Jika di tengah itu rasa manjaku tiba menyeruak
Seberapa tangguh cintamu tuk tetap bersamaku?

Jika kau mencintaiku kerana tegarnya sikapku
Menambatkan rasa kagum pada kokohnya pertahananmu
Kemudian aku bertanya
Andai ketegaran itu rapuh diterpa badai
Seberapa kuat cintamu bertahan?

Jika kau mencintaiku kerana pengertian yang ku berikan
Menumbuhkan ketenangan kerana kepercayaan yang ku tanam
Kemudian aku bertanya
Kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat
Seberapa kau mampu mengerti cinta ini?


Jika kau mencintaiku kerana luasnya danau kesabaranku
Menambah dalamnya rasa cinta semakin kau mengenalku
Kemudian aku bertanya
Mungkin kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku
Seberapa besar cinta mampu memaafkan?

Jika kau mencintaiku kerana keteguhan imanku
Bagai siradj yang benderang mengantarkan cahaya
Kemudian aku bertanya
Kala iman itu jatuh menurun
Seberapa berkurang akhirnya cintamu padaku?

Jika kau mencintaiku kerana
Aku yang telah kau pilih sebagai cinta yang kan kau pegang sepanjang hayat
Kemudian aku bertanya
Pun hati ini tergoncang
Seberapa mantap cinta ini tuk tetap setia?

Andai sejuta alasan tak cukup
Untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku
Maka biar kupinta satu alasan tuk menjaga cinta ini...

Aku ingin kau mencintaiku kerana Allah...

Kerana Dia akan selalu ada untuk menjaga
Maka cintaku kan tetap utuh dan setia
Hingga kelak ku tak mampu lagi mencintaimu
cintaku akan berpaling pada-Nya...


insyaAllah dicintai dan mencintai kerana Allah...^_^
moga Allah redha~

Jul 12, 2011

.: Sebuah Pencarian :.



Puas sudah kumencari
Kucari kebahagiaan
Di sisi teman-teman
Namun kudapat hanya kelalaian...

Kumencari lagi
Di hati seorang kekasih
Namun kudapat hanya kekecewaan...

Dan kuterus mencari
Dalam meniti hari
Penuh kekosongan
Oh! Di mana lagi harus kumencari...

Kubawa hati ini
Yang sarat kerinduan
Rindu yang tiada haluan
Aku keliru sendiri...

Apa yang kucari?
Apa yang kuperlukan?
Aku masih tak bisa mengert...

Yang pasti
Kekosongan hati ini minta diisi...

Sejenak kutersedar
Aku mencari Cinta Agung
Buat jiwaku yang merindukan
Hakikat kebenaran
Cahaya yang membelah kegelapan
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan...

Kusedar
destinasi pencarianku di sini
Ku mencari-Mu Tuhan
Mengharap keredhaan
Mengharap kebahagiaan
Dari sinar cahaya iman
Moga ianya menjadi milikku abadi...


Moga Allah redha...
http://perindusyurga21.blogspot.com/

Jul 5, 2011

Semangat harus kuat!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 'ala kulli hal...

Syukur,syukur dan syukur kupanjatkan ke atas hadrat Ilahi atas segalanya...

"I received nothing i wanted,but i got everything i needed..." Again thanks God.

Seperti yang sudah dijangka,semester akhir pasti memberikan banyak cabaran lagi. Dan ianya tepat sekali,aku sentiasa diuji,diuji dan terus diuji oleh-Nya...

Innalillahi wainna ilaihiroji'un
" Daripada Allah kita datang,kepada Allah kita akan kembali"

Satu demi satu...kadangkala terasa keseorangan dan tidak mampu untuk mengharunginya,mujur ada ALLAH sentiasa menemani,tempat untuk mengadu...Dialah Yang Maha Setia ,Maha Mendengar dan Maha Penyayang...takkan pernah Dia tinggalkanku keseorangan...Alhamdulillah...
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (Surah Al-A'raf :55)

Pening memikirkan banyak perkara yang belum settle...

...insyaAllah,moga dipermudahkan...

Kini,paling penting semangat harus sentiasa kuat!

Kesihatan harus sentiasa terjaga...

Mohon perlindungan daripada Allah...

banyak2kan berdoa'...

harus sentiasa dekat dengan-Nya...

berbaik sangka dengan Allah...

moga diberikan jalan keluar yang terbaik...

" Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(Surah Asy-Syarh:6)


.:Moga Allah redha:.
http://perindusyurga21.blogspot.com/