Jan 28, 2012

My Life ( Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah wa syukurillah...

Hampir seminggu di bumi Bintulu...

Mendarat di airport Bintulu - 17hb Jan 2012 pada 1.45 pm ,seterusnya melapor diri di sekolah pada hari yang sama.

18hb Jan 2012 - sudah mula masuk ke kelas!

insyaALLAH sekolah pertamaku --> Sk Kg Jepak, Bintulu! :)

Alhamdulillah, hingga ke saat ini Allah permudahkan segalanya. Syukur atas nikmat-Mu ini. Ya Allah...

Sekolah ini memiliki bilangan murid seramai 1000 lebih dan guru 60 org lebih guru. Sekolah gred A yang ramau murid. Purata 1 kelas seramai 40 orang murid. Ramai bukan? Majoriti murid-muridnya adalah muslim berbangsa Melanau, Melanau Muslim. Juga terdapat anak-anak Iban di sekolah ini. Oleh itu, penggunaan bahasa adalah pelbagai! ( multi language). Jadi, cikgu@teacher perlu struggle lebih untuk survive di sini...^_^ insyaAllah.

Bangunan sekolah yang 'biasa-biasa' sahaja (insyaAllah akan diuploadkan gambar nanti), berada hanya 10 minit dari airport. Kawasan sekolah ini merupakan kawasan bandar walaupun nama sekolah adalah 'kampung' dan kos hidup di sini agak tinggi jikan dibandingkan dengan semenanjung. (Oleh itu, berjimat-cermat itu perlu! >.<)

Alhamdulillah, guru-guru dan warga sekolah yang baik-baik,sporting, ceria, mengambil berat dan komited dengan tugas-tugas mereka. Tetapi, di mana jua kamu berada be ware ye! ( peringatan untuk diri) Dulu-dulu di sarawak banyak buaya, tetapi sekarang di sini 'ramai' buaya.Tapi, di mana-mana pon ada 'buaya' kan? huhu insyaAllah,moga Allah melindungi...

Inna ma'al u'sri yusra...
Bersama kesulitan pasti ada kesenangan...

Alhamdulillah, setelah menjadi orang nomad berpindah randah dari satu rumah ke rumah (kuarters-> rumah sewa), akhirnya telah menemui rumah sewa. InsyaAllah yang terbaik. Tinggal meyewa bersama guru di sekolah ini juga. Thanks to K. Fida kerana sudi terima saya sebagai housmate akak!:') Housemate merangkap mentor. hehe

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Saya sudah pon mengikuti bulatan gembira di sini. Menemui sahabat-sahabat fillah yang sangatlah osem! Dan minggu pertama ni sini saya telah menyertai conferens riang bersama mereka di Miri.:D Alhamdulillah wa syukurillah.

Oh. Saya ada 'date' hari ini. Saya ada conferens riang hari ini. Conferens riang yang pertama di bumi Bintulu. Saya akan ke sana dengan menaiki bot penambang (1st time) dan akan ada sahabat fillah yang menanti saya di seberang.

Moga Allah permudahkan segala urusanku dan memberkati tiap saat nafasku dan langkahan kakiku. Amiin.

Ya Allah, redhailah hamba-Mu ini...



P/s: Banyak pengalaman berharga telah kupelajari. insyaAllah,moga diberi kelapangan waktu utk m'update.
Doakan saya kuat di sini!
:')

Pantai Merdeka Miri

panorama pagi
Subhanallah, Alhamdulillah,Allahuakhbar!


tanah/pasir
Tanah yang bulat-bulat itu dihasilkan oleh ketam.Subhanallah! Unik bukan?



Kami yang bertiga 'dipilih' oleh Allah ke bumi Sarawak...(Sibu-Selangau-Bintulu)
K.I.T.A
(Kuatkan Keimanan Tingkatkan Amal)
insyaAllah sahabat fillah till J
annah! :')
*mode: sedang merindui kalian! huhu




Ombak rindu. Sangat merindui keluarga di semenanjung.
"Ya Allah kutitipkan doa buat mereka insan yang kusayangi, smoga sentiasa dalam kesejahteraan diselimuti nikmat Iman dan Islam...Amin."


"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
(Surah ar-Ra'd: 28)

Jan 10, 2012

090112

Bismillahirrahmaanirrahim...

Alhamdulillah akhirnya...

P.O.S.T.I.N.G

benar penantian itu suatu penyeksaan
penantian selama sebulan lebih akhirnya terungkai

semua orang
berdebar-debar
dup dap dup dap
kecoh di fb
menantikan semakan penempatan

dan

AKU?
tenang
tiada perasaan
berdebar?
tidak!
Oh! cuma satu...
hanya mampu berdoa dalam hati
" Semoga ALLAH berikan yang terbaik"

insyaAllah...duniawi & ukhrawi....

tunggu punya tunggu
sampai ilang selera makan (huhu)
dan
akhirnya
11.59 pm - 9 Jan 2012
tgk ada banyak notification di fb
oh Tuhan!
Alhamdulillah dah boleh semak rupanya...:')

dan


errr...

-----


TAHNIAH!

Sila hubungi
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
(Sektor Rendah)
untuk maklumat lanjut tentang penempatan anda.

Tarikh Penempatan: 16 Januari 2012

----

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar!

akhirnya terjawab jua satu tanda tanya...huhu

Sarawak tu. Subhanallah,jauhnya...

Bisik hatiku,"mungkin Allah sedang memakbulkan salah satu doaku." Allah...

Yakin dengan hikmah Allah. Allah takkan memberikan sesuatu kepada hamba-Nya secara sia-sia. Pasti ada hikmah besar yang menanti...

Mode: tiada perasaan. berdebar-debar pun tidak. hati terasa sangat tenang.

Sudah sebelumnya aku pasrahkan segalanya kepada Dia. Biar Dia yang tentukan semuanya, kerana pilihan Allah sentiasa tepat!

Ya Allah, jagalah hamba-Mu ini. Permudahkan segala urusanku hari ini, esok dan hari-hari seterusnya...

"Rabbi yassir wala tu'assir"

*terus bersangka baik dengan Allah*

Allahuakhbar!

:')


"Jagalah Allah,pasti Allah akan jaga dirimu."

Jan 2, 2012

A new starting with happy ending...^__^

Assalamualaikum w.h.b.t..

Alhamdulillah, sudah menginjakkan kaki ke 2012.

Welcome 2012 and Good Bye 2011! =)

i'm so happy to see u 2012.

a new beginning and starting for a precious life!

Oh Allah, thanks for giving me again a chance to have a better life as a muslim!


Sungguh teruja memasuki tahun 2012 kerana segala-galanya bakal berubah! :D

Kehidupan saya bakal berubah.

Segala-gala di sekeliling saya juga bakal berubah! >.< (benarkah?)

Ya, sudah semestinya. Saya akan posting,insyaAllah. Masih dalam penantian. ( mendoakan yang terbaik! Ameen. ) InsyaAllah, bakal memulakan alam baru, fasa baru dalam hidup. No more student life! No more study time! No more lectures! No more bla bla bla...

but now, i will become a 'worker'. Fuh! U know what...?

Hingga ke hari ini boleh dikatakan sudah hampir sebulan tanam anggur di rumah. Wohoo..what's amazing experience i have gained! Such a wonderful moment spent a much much time with my family. But now, things slowly changing...:'(

Adik dah pun habis cuti setelah sebulan bercuti semester di rumah. Last year 1.1.2011 pegi hantar adik masuk kolej, dan hari ini genaplah setahun ...dah nak masuk semester baru. Don't be sad my sis! Allah always be with u...All the best!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, sedangkan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..."

Keterujaan memasuki tahun baru sangatlah berganda-ganda bila melihat anak-anak menakan begitu excited buat persediaan ke sekolah. Kalau boleh semua nak yang baru kan? Beg sekolah, kasut sekolah, baju sekolah ,pemadam,pembaris, pencil color and everything semua baru...hoho agaknya begitu la kot mind set budak-budak ni bila nk masuk darjah baru. Semua wajib baru! huhu adoila...

Paling teruja tengok anak menakan sorang ni. Sangat2lah excited maklumlah baru nak masuk pra sekolah. Ngee...Kalau ada title kanak-kanak paling excited nk masuk sekolah, comfirm Amani yang menang! >.< hee
Speechless la kalu nak explain pasal ni. hoho Boleh dikatakan sejak beli beg sekolah 'Princess', kotak pencil 'Angry Birds', pencil color, etc hari-hari bawa keluar,konon2nya testing bawa pegi sek! Adoilaa mau jemu melihatnya. Terujanya dia. Hari2 try pkai kasut sekolah lengkap ngn stokin...waaa mau tension dibuatnya sejak 2 3 hari stay kat umah dia ni...huuu Amani Oh Amani. Cakap pasal Amani sampai bila2 pun tak abes2.

And me? i'm still here. :)

berdoalah dan terus berdoa!

Azam tahun baru

-
-
-
-
impian

harapan

moga terlaksana.

:')

insyaAllah.

Allah Maha Mendengar. Bisikkan sahaja keinginanmu pada Dia. Usah bergantung pada sesiapa,kerana mereka juga berharap dari-Nya.

Pinta terus dari-Nya.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.

Kesilapan lalu jangan diulangi. Belajar dari pengalaman. Sungguh, tiada kebetulan dalam dunia ini melainkan TAKDIR yang ditetapkan oleh Allah!

Keep moving with a smiling heart! ^__^




insyaAllah...

my story--> A new starting with happy ending...^__^

Happy New Year 2012!!!