Mar 14, 2010

~ Alhamdulillah~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...Syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana minggu yang sungguh bz ini berjaya jua kutempuhi...alhamdulillah....:) Sebenarnya lega sangat sebab semua assignment telah berjaya disiapkan dan telah disubmitt tepat pada masanya....setelah bertungkus-lumus,berhempas-pulas dan bersengkang mata menyiapkannya dalam tempoh seminggu terakhir ni sebelum bercuti...

Sebenarnya bz x bz jgk. Istilah 'bz' ni mungkin disebabkan dalam seminggu macam2 aktiviti dan program yang diadakan (termasuklah taklimat praktikum,sukaneka,permainan bola target...dll),sehinggakan tiada masa langsung untuk 'berfoya2' (?) dan bersantai di blog sendiri...huk3 Meluangkan masa bersama insan tersayang apatah lagi...^_^

Paling menyeronokkan minggu yang sungguh meletihkan mental dan fizikal ini berakhir dengan cuti seminggu! Yeeyy!~ Dan inilah masanya utk topup balik waktu2 bz tersebut,balik bercuti di rumah(bersama insan2 tersaYang)...bahagia rasanya....;)

Selepas bercuti,kami bakal menjalani Praktikum selama 4 minggu (1 bulan), buat pertama kalinya....berdebar2 rasanya...(^.^) InsyaALLAH,moga2 dipermudahkan segalanya....ameen.

Buat rakan2 IPG Kampus Perlis, Selamat Bercuti.....Have a Nice HolidaY....^_^



.: 5 Syarat Nak Buat Maksiat :.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengerutkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

:: Bertaubatlah selagi ada waktu...Sesungguhnya pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka buat hamba2-Nya yg ingin bertaubat dan menyesali dosa2 mereka...Astagqfirullahal'azim....Ya ALLAH,ampunilah dosa2 hamba-Mu ini......ameen Ya Rabbal'alameen....

Mar 7, 2010

.: I Love My BloG ^_^ :.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar…

Alhamdulillah,setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi ruang dan waktu untukku meluangkan masa menjengok blog dan melakarkan secebis cetusan rasa di sini. Setelah berpenat lelah seharian,berkejar-kejaran ke sana ke mari,menatap blog kesayanganku bisa memberi 1001 ketenangan dan menghiburkan hati sendiri. Tatkala perasaan bosan hadir setelah puas mengadap assignment, singgah sebentar di sini ambil memberi makan ikan2 peliharaanku sangat menggembirakan.Terhibur hatiku…^_^ Rasa seperti berada di rumah sendiri,rumah impianku,rumah yang penuh kedamaian dan ketenangan,walaupun serba kekurangan namun memiliki sinar bahagia dan cahaya keimanan. “Baiti Jannati”… InsyaALLAH~


Alhamdulillah,berbekalkan niat murni untuk menjadikan blog ini sebagai medium untuk meraih redha Ilahi,maka terhasillah perindusyurga21.blogspot.com. Kujadikan blog ini sebagai medium untuk perkongsian bersama.Perkongsian ilmu yang bermanfaat ke arah meraih redha Ilahi. Sesungguhnya “keredhaan Ilahi cita-cita diheartyku”. InsyaALLAH…


Mohon maaf atas serba kekurangan.Di samping bertujuan mengingatkan diri sendiri yang sentiasa leka dan alpa,mudah-mudahan pengisian di dalam teratak usang ini juga bisa menyentuh mana-mana hati dan lebih mendekatkan diri kita dengan Pencipta Yang Maha Esa. Kuhadiahkan blog ini buat diriku sendiri,juga buat kedua arwah ibu bapaku yang telah bersemadi di negeri abadi.(al-Fatihah) Mudah-mudahan kewujudan blog ini beserta pengisiannya dapat memberi pahala kebajikan yang sentiasa mengalir buat diriku,juga buat kedua insan yang kusayangi.Ameen Ya Rabbal’alameen…


Hanya ini yang mampu kulakukan selain bingkisan doa yang tidak putus-putus kukalungkan buatmu,mak dan abah.( teramat rindu!) Moga diri kalian aman bahagia di sana. Ditempatkan di kedudukan yang mulia di sisi-Nya.InsyaALLAH… Ya ALLAH,…dengan penuh harapan kupohon pada-Mu Tuhan agar pertemukan kami di destinasi terakhir yang terindah….syurgaMu.

Ameeen. (^.^)

http://perindusyurga21.blogspot.com/
...Menulis kerana ALLAh....Keredhaan Ilahi Cita-cita Di hati....

Mar 6, 2010

...:Lelaki Cakap Wanita "LEMAH" :...

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut
besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan...

Kerana lembut ,wanita tidak gemar perbalahan
Kecuali jika terpaksa, lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima
Dalam diam wanita gigih melaksanakan kewajipan...

Dalam diam wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani,di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari...

Lelaki yang mengaku kuat ,celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat,di kerusi malas longlai terlentang
Isteri yang dikatakan lemah,bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah,bersantai di hadapan TV tidak bergerak...

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak...

Dalam diam wanita yang dianggap lemah,terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu...

Sebelum solat Magrib untuk sujud
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat...

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan...

Lelaki terpelajar celik hati,ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan....

.: Buat semua WaNiTa,berbahagialah menjadi wanita...^_^

~Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W...~

Mar 4, 2010

.: FITRAH menjadi FITNAH :.


Bismillahirrahmanirrahim...
Salam alaik~

Buat pertama kalinya,kita akan berbicara tentang topik hangat : c.i.n.t.a. Topik yang agak sinonim dengan remaja zaman sekarang namun agak sensitif untuk dibincangkan. InsyaALLAH,mudah2an kita mendapat' something' daripada bingkisan ini..Juga,moga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa mengiringi setiap langkah kita...

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct.


Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang
kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak.

Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau
diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekaluta
n dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hamba-NYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.

Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tind
akan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.

Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.

Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim.Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu
syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.

Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan.

Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH! Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw:

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan.

Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya- Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain.

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.

Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya buat dengan rasa cinta terhadap hamba-NYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya,cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat.Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga- tempat pertama yang melahirkan cinta!

Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!



Dipetik daripada sebuah blog untuk perkongsian bersama. May Him bless us alwayz...:)

Mar 2, 2010

.: 20 Muhasabah Harian :.

Adakah kita....

  1. Beristighfar/bertasbih setiap hari
  2. Berzikir mengingati Allah
  3. Sembahyang 5 waktu
  4. Berpuasa sunat
  5. Mengerjakan solat-solat sunat
  6. Berselawat kepada Rasulullah
  7. Bersyukur di atas nikmat Allah
  8. Bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan
  9. Memaafkan kesalahan orang lain
  10. Menghubung silaturrahim
  11. Memberi nasihat yang baik kepada manusia
  12. Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri
  13. Menziarahi orang sakit/miskin
  14. Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar
  15. Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar
  16. Mencegah kemungkaran bila melihatnya
  17. Sentiasa berfikir dan bertindak ke arah kebaikan
  18. Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya
  19. Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia
  20. Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah

~Sama2lah kita renung2kan dan selamat beramal.....=)

~My Life~

Subhanallah,Alhamdulillah,ALLAHuakhbar...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk menjenguk blog ini. Dalam keadaan yang agak BUSY (perkataan yg agak sensitif :P) kebelakangan ini,rindu rasanya hati ini untuk menulis dan mencoretkan sepatah 2 kata...(^.^)

Kebelakangan ini agak 'sibuk' dengan pelbagai tugasan dan pastinya 2 minggu terakhir ini (sebelum bercuti),hari-hari yang bakal dilalui sangat pack dan padat sekali. Banyak tugasan dan assignment yang perlu disubmit sebelum cuti ...

Ditambah pula dengan tugasan2 sampingan yang berupa amanah yang perlu dilaksanakan,antaranya menganjurkan acara Sukaneka "Rush Hour" 2010 yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti. Kumpulan kami telah terpilih dan dipertanggungjawabkan untuk mengendali kan sukaneka tersebut.Semestinya tugasan seorang s/u adalah menyediakan surat-menyurat dan seangakatan dengannya...huhu~

Pada minggu ini juga,Kejohanan Sukan Tahunan (KOT) bakal berlangsung. iaitu pada 4 Mac ini.InsyaALLAH,pada awal2 lagi saya telah berazam dan memasang niat (^_~) untuk menikmati hari2 tersebut walaupun pada dasarnya jauh di sudut hati semangat kesukanan itu hanya senipis kulit bawang ..huk3

Dalam apa jua situasi,pengurusan masa sangatlah penting bagi memastikan segala2nya dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. InsyaALLAH,lakukan yang terbaik dan sentiasa yakin pada ALLAH ...=)

Ya ALLAH,permudahkanlah segala urusanku dan berkatilah setiap pekerjaanku...ameen.

p/s : Sambung wat keja...huhu ^_^