Feb 4, 2011

Ayuh Muhasabah!!! Mengapa Malas Beribadah?

Apakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al-Quran atau solat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail? Sedangkan jam sudah diset untuk mengejutkan kita, alarm handphone juga sudah disetting tetapi ketika berdering kita tetap terlelap dalam tidur, hanya kedengaran seperti dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar, setelah itu menarik selimut untuk meneruskan tidur. Sedangkan biasanya dengan mudah boleh bangun.

Apa yang terjadi dengan diri kita?

Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat Al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan solat, terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan sebagai hari malang atau tiada mood. Dan makin malang lagi kita dengan sengaja melanggar titah perintah Allah swt.

Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya penyakit, kalau sudah ada simptom-simptom segera berjumpa doktor dan memakan ubat agar segera sembuh. Begitu pula dengan ruhiyah kita, kalau sudah ada gejala ‘bermalasan’ dan penurunan anjakan ruhiyah maka segera kita muhasabah diri kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga dari hal-hal yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama/filem yang melalaikan meski cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak dijaga dari melihat hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandung maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam, mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku-buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat email-email yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah swt kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita digunakan untuk mendengar gosip atau muzik-muzik melalaikan bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik-muzik itu, dangdutlah, bollywoodlah, lagu cintanlah, lagu sayulah dan semacam lagi. Akhirnya malamnya telinga kita tidak mampu kedengaran dering jam bahkan suara adzan, telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga rasa bosan mendengar nasihat. Na’udzubillah.

Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana mulut itu pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka, Na’udzubillah. Kerana mulut boleh menjadi sarana gibah, fitnah, caci-maki, dan sebagainya. Mulut kita jika tidak dapat dikawal, ia seumpama air mengata-ngata perilaku orang lain. Kita kenal pun tidak dengan si pulan tu, tetapi mulut kita syoknya mengatakan mereka. Mulut kita juga rasa berat nak berzikir, tak terkeluar dari mulut. Mengapa ya?

Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita jaga. Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang menjadi komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan dan tidak boleh dipakai untuk bercermin lagi kerana sudah diselaputi. Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Dibolehkan jika kita bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya, perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan di dalam satu majlis, hati-hati!

Mari kita tengok diri kita, evaluasi diri kita, jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain dari kemaksiatan maka segeralah kita bertaubat dan istighfar diri, tidak ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa sayang kalau tidak boleh tadarus Al-Quran meski hanya terlepas satu hari. Merasa sayang pula jika tidak boleh merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih merasa sayang, maka jagalah diri kita, dan Insya Allah, Allah akan menjaga kita agar senantiasa boleh dekat dengan-Nya.


P/s: Masih belum terlambat...It's never late to change.....

Dipetik dari Laman ISMA.

Feb 3, 2011

.: Amalan :.


1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan – Riwayat Tirmidzi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH S.W.T akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat farhdu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi S.A.W membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru diambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian memakai pakaian terbaik dan wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin 'Affan R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya- Riwayat Tirmidzi

11. Nabi S.A.W tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, baginda makan dan sebaliknya baginda tinggalkan- Riwayat Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi S.A.W makan dengan menggunakan 3 jari(ibu jari telunjuk dan tengah)-Riwayat Muslim. Jarang sekali baginda makan dengan menggunakan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.

13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walaupun sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH S.W.T seperti yang dihadapi oleh para Nabi.

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

15. Perbaharui wuduk setiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat.
Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya- Riwayat Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

17. Nabi S.A.W sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.

19. Nabi S.A.W tidak makan sambil bersandar- Riwayat Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi mengelakkan dirinya terlalu kenyang dan memudahkan penghadaman.

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali setiap selesai solat subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH S.W.T akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

21. Nabi S.A.W sering beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya). Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

22. Setelah bersolat Nabi S.A.W memohon ampun ( astagfirullahal'aziim) tiga kali-Riwayat Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi S.A.W adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

23. Sesiapa yang menamalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, ALLAH S.W.T akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

24. Apabila Nabi S.A.W tidur, ia mendahulukan baring mengiring sebelah kanan – Riwayat Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH S.W.T segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.

26. Tika Nabi S.A.W tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu ke seluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Riwayat Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH S.W.T.

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi S.A.W menyarankan, cukup dengan membersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi S.A.W berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Riwayat Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafa'at (pertolongan) daripada baginda S.A.W.

32. Adakalanya Nabi S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Riwayat Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

34. Setelah bersolat Nabi S.A.W memohon ampun (astagfirullahal'aziim) tiga kali – Riwayat Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi S.A.W. adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi S.A.W memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – Riwayat Bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali setiap selepas menunaikan solat asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi S.A.W bersin, beliau meletakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana dibimbangi terpercik) – Riwayat Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.

39. Sabda Nabi S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Riwayat Abu Naim

40. Nabi S.A.W tidak pernah menolak hadiah. Hadith: Nabi selalu terima hadiah dan amat menghargainya – Riwayat Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH S.W.T akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya – Muttafaq 'Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) – Muttafaq 'Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tidak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi S.A.W sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH S.W.T– Riwayat Abu Dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH S.W.T akan hajatnya.

47.Memberi salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi S.A.W (apabila mendatangi rumah sahabat) memberi salam hingga 3 kali – Riwayat Bukhari. Jika salamnya tidak berjawab, baginda beredar.

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah- Riwayat Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH S.W.T sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

Dipetik dari www.murabbi.net.

Story : Ujian Menjadi Cikgu

Jom Rehat Minda...:D


Cikgu Zoo


Cikgu zuraini seorang guru baru yang sangat periang orangnya. Dia memulakan kelas pada hari pertamanya,

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua" kataCikgu Zuraini. Murid-murid menjawab seperti biasa.

?Okey, panggil sy Cikgu Zu, urmm.. siapa dapat teka apa nama penuh sy?? soal Cikgu Zu dengan penuh riang.

Tiba seorang murid menjawab ? Zoo Melaka kot...eh2 tak..Zoo Negara kot.. Cikgu Zu(zoo) #$%^%&**!!!



Geografi

Dengan tiba-tiba Cikgu Mai masuk ke kelas dan seraya berkata "Hari ini saya nak uji pengetahuan kamu"

Cikgu Mai: Kamu Zul, kenapa kamu cakap bumi ini bulat?, soal Cikgu Mai

Zul: Eh, mana ada saya cakap

Cikgu Mai: erk???



Diantara

Cikgu Zuraini sekali lagi masuk ke kelas yang sama pada hari ke-2.

Cikgu Zuraini: Alam cakerawala mempunyai pelbagai lapisan.Saya nak tanya kamu, apa yang ada diantara langit dan bumi?

Pelajar: urmm...Dan kot?



Lepas ni?

Ustazah Sarah : Lepas ni, kita sendiri rancang kemana kita, syurga atau neraka.

Pelajar 1: Ustazah ada ke org nak masuk neraka?

Ustazah Sarah: Siapa nak masuk neraka angkat tangan?

Tiada siapa yang angkat.


Ustazah Sarah: Siapa yang nak masuk syurga?

Terdapat seorng pelajar yang tidak mengangkat tangan.

Ustzah Sarah: Hey kamu! Kenapa kamu tak angkat tangan syurga atau neraka? Kamu nak pergi mana?

Pelajar tersebut: Ayah tak beri keluar rumah lepas ni.




2x5..5x2...

Akibat seorang pelajar lewat. Cikgu Farid mendenda semua pelajarnya berdiri di luar kelas.

Pelajar lewat: Cikgu, tak adil la cikgu buat macamni.

Cikgu Farid: Ah.. siapa suruh kamu lewat!!

Pelajar lewat: Tapi saya selalu nampak Cikgu datang lewat, kenapa cikgu-cikgu yang lain tak kena berdiri diluar sekolah?

Lalu Cikgu Farid mengambil pembaris yang agak panjang.




Salah translate

Pada hari pertama persekolahan Teacher Fara masuk ke kelas 1 Adil. Beliau memulakan kelas seperti biasa. Semasa di akhir waktu,

Teacher Fara:
Okey class.. ada apa-apa soalan?

Pelajar: Teacher maksud sex tu ape? (sambil tersengeh-sengeh)

Bagi mengelak pelajar tersebut terpengaruh dengan perkara-perkara negatif,maka Teacher Fara memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi
katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan
pembentukan bayi dalam kandungan.

Pelajar: Sambil menangis. Teacher, panjangnya jawapan. Tak sempat saya nak tulis kt buku ni.

NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ....
SEX :........... ......... ......... .....



Bijak atau Belit?

Cikgu Farid memanggil semua pelajar ke padang bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Cikgu Farid:
Okey.. Semua baring dan buat seperti mengayuh basikal. Kayuh laju-laju seperti kamu menuruni bukit.

Tiba-tiba ada pelajar membuat kayuhan yang perlahan.

Cikgu Farid: Hey Ramesh kenapa kamu perlahan, saya cakap laju seperti turun bukit.

Ramesh: Basikal saya naik bukit la cikgu.(dengan penuh yakin)


Life...

In the Name of Allah...

Alhamdulillah,setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi di atas nikmatnya yang tidak terhitung terutamanya nikmat Islam dan Iman,nikmat kesihatan tubuh badan,nikmat keamanan dan pelbagai nikmat lagi yang pastinya tidak mampu untuk diperkatakan. Alhamdulillah!

Saat ini huru-hara sedang melanda Mesir namun rakyat Malaysia di sini hidup dalam keadaan bersenang-lenang penuh leka. Astagfirullahal'azim...ampunkan dosa2 kami Ya Allah di atas kelalaian kami walaupun sejenak. Tiada apa yang mampu kulakukan sekadar hanya mampu mendoakan keselamatan sahabat handai dan saudara semuslim di sana...Semoga Allah melindungi mereka semua...

Lama tidak menulis di blog. Walaupun sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina dan berada di kampung halaman,namun masih tidak berkesempatan untuk mengupdate blog. Sepanjang tempoh 'penyepian' ini,hakikatnya banyak insiden yang berlaku dalam hidupku. Pastinya setiap yang berlaku terkandung 1001 hikmah dan ibrah yang cukup bermakna....

Student's Life
Minggu-minggu terakhir di IPG sentiasa sibuk dihambat masa yang kadangkala terasa tidak mencukupi. Padahal setiap individu dikurniakan 24 jam sehari,tidak lebih dan kurang. Apabila menilik diri,jelaslah di sini pengurusan waktu yang agak bercelaru kebelakangan ini menyebabkan tubuh badan terasa letih dan tidak cukup rehat. Di tambah pula dengan keadaan kesihatan yang kurang baik,hari-hari yang dilalui sepanjang tempoh tersebut terasa agak sukar.
Memandangkan tahun ini merupakan tahun akhir (insyaAllah),suatu kajian tindakan perlu dilakukan untuk menyiapkan thesis. Kuliah-kuliah tentang Action Research agak padat. Boleh dikatakan pagi,petang ,siang dan malam menghadiri kuliah ini. Semoga kajian tindakan yang bakal dilaksanakan berjalan lancar dan Allah mempermudahkan jalannya...insyaAllah...

Habis saja cuti ini maka bermulalah episod baru dalam hidupku bergelar guru praktikum selama 3 bulan. Praktikum kali ini merupakan praktikum yang terakhir dan paling lama...dan sekolah juga paling jauh....huhu cabaran sebagai pendidik..belum bergelar guru sudah perlu berhadapan dengan banyak dugaan,agaknya kehidupan sebagai guru sebenar nanti lebih mencabar....



Posting
Kerisauan tentang posting akak2 dan abg2 senior juga sudah terjawab. Dan akhirnya mereka akan berposting dan melaporkan diri di sekolah pertama masing masing....Perak,Johor,Sabah,Sarawak...& ...(terasa gerun di hati).huhu Selamat menjalani kehidupan baru bergelar pendidik....dan Selamat Berposting.....:) Ikhlaskan hati dalam berkhidmat, niatkan segalanya sebagai ibadah dan semoga Allah meredhainya...

My friend
There is a lot things happened to me and a lot things to remember. Baru sebulan tinggal menyewa di luar bersama kawan2,dugaan menyapa kami. My classmate@housemate@roomate baru sahaja selamat menjalani pembedahan kecil disebabkan apendiks. Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar...syukur di panjatkan kepada Allah...moga Wani cepat2 sembuh dan diberikan kesihatan yang lebih baik selepas ini...insyaAllah,kesihatan semua juga...:)

Life must go on...
Hidup perlu diteruskan. Sebagai musafir di dunia ini banyak dugaan yang harus dihadapi sebelum tiba di destinasi yang abadi. Semoga setiap perit-jerih,susah payah,titisan2 peluh dan air mata yang menitik di sepanjang perjalanan ini dihitung oleh Allah untuk melayakkn diri menjadi penghuni di syurga-Nya...Ya Allah,redhailah hamba-Mu ini....