May 16, 2009

.:SeLaMaT HaRi GuRu:.

Selamat Hari Guru...
Happy Teacher's Day...
buat guru-guruku...
Jasamu dikenang...
Pengorbananmu disanjung tinggi...
Terima kasih Guru2ku...

Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diamnya ada bijaksana,...

Buat diriku & sahabat2ku yang bakal2 bergelar guru(hehe)...
Berbahagialah menjadi guru...
Selamat Hari Guru...

p/s: Jutaan terima kasih buat sahabat2 yang masih mengingati diriku sbg bakal pendidik...=) yang menghantar pesanan sms menyampaikan ucapan Hari Guru buatku...syukran...May ALLAH bless us alwayz....Jazakillah...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



May 15, 2009

...Layar Keinsafan...

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

.:10 Cara Membina Motivasi Diri:.

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik. =)

4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Sumber: motivasi minda; Membina Jati Diri Gemilang (Dr.HM Tuah)

..:Salam Perjuangan:..

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam study buat semua sahabat-sahabat especially PISMP Matematik yang kini sedang giat mengulangkaji pelajaran,giat membaca nota serta giat membuat latihan Math,teruskan usaha anda ...nak success...sama2lah kita...

  • Rajin2 study (Study Hard & Smart ^_^)
  • Buat banyak2 latihan (esp Math)
  • Study,study& study...
  • Study group -discuss kalau ada mana2 part yg x phm..( jmpa lecturer @ tanya org2 yang pndai..hu3)
  • Banyak2kan berdoa
  • Buat yang terbaik time exam
  • Tawakal
Insya-ALLAH,yakin kita boleh jawab dengan baik time exam nanti. Put trust in ALLAH...
Good Luck!
All the Best!!!

'Masuk dewan dengan senyuman,keluar pun dengan senyuman....^_^ '
InsyaALLAH...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

May 9, 2009

.:Aku Tanpa Cinta-Mu:.

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandangan-Mu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cinta-Mu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cinta-Mu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandangan-Mu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasih-Mu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cinta-Mu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Album :

Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

Sayu rasa hati apabila mendengar lagu ni..huhu..'aku tanpa cinta-Mu'..Apalah gunanya hidupku tanpa-Nya..

"Katakanlah,'Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,dan matiku hanyalah untuk ALLAH,Tuhan Semesta alam,"... ( Al-An'am: 162)

Hayati bait-bait lirik membuatku hati kecilku tersentuh...Ya ALLAH...mana mungkin aku teruskan hidup tanpa-Mu ...tak mungkin..Ya ALLAH...ampunkan dosa-dosaku,di atas segala kesalahan dan kelalaianku...Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih...


~Pengemis Cinta Ilahi,Perindu Syahid Abadi~

May 8, 2009

..::..Jagalah Allah.. Allah Menjagamu..::.


"Jagalah Allah, niscaya Allah menjagamu.. Jagalah Allah, niscaya engkau mendapatiNya bersamamu.. Jika engkau ingin meminta, mintalah kepada Allah.. Jika engkau hendak memohon pertolongan, pohonlah kepada Allah.."
(Hadith riwayat al-Tirmidzi)


~GooD LuCK!!!~

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester
Buat Sahabat-sahabat Semua
Di IPGM Kampus Perlis
Khususnya Buat Sahabat-sahabat
PISMP Matematik Semester 3
~Selamat Maju Jaya~

Juga buat sahabat-sahabat di luar sana
Good Luck!!!
Bitaufik Wanajah...^_^