Jul 13, 2009

,,,Hensetku Hilang Lagi,,,

13 Julai,...for the second time,hensetku hilang lagi! huk3 Hensetku dicuri....ermm siapalah makhluk yang tangan panjang 2...xtahu ke pasal dosa pahala??,, Suka2 hati ja amik barang orang....alahai..

Salah siapa? Akukah yang terlalu pemurah atau bagaimana??hu3 Henset yang lepas,hilang waktu bulan Ramdhan tahun lepas.Baru sangat! ermm..tgk,pencuri ni x kira masa! Bulan baik,bulan mulia pun boleh lagi mencuri,inikan pula hari2 biasa...huhu Murahlah rezeki pencuri 2 ari ni, sbbnya henset Keon (my classmate) pun kn curi jgk! hu3 Kesian Keon,smpai nangis2..hu3 nasib baik aku x nangis skali..,,hu3

Duhai hati,sabarlah...tabahkan hati x berbelah bagi.=> Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni. Mungkin satu peringatan dari Dia. erm...i'll try to think positiVe...

Ya ALLAH...apa yang berlaku ini? Please show me the truth...mungkin ada kaitannya dengan mimpi2 aku kebelakangan ini...mungkin ini salah satu petunjuk..Ya ALLAH,please help me...Sedarkan aku..

Ya Tuhanku,gantikan yang hilang,tumbuhkan yang telah patah...

Moga apa yang berlaku tersimpan 1001 hikmah & ibrah yang bermakna buatku....
PuT TrusT in ALLAH!~


...Al-KiSaH...

Satu kisah yang menarik untuk dikongsi....kita baca & hayati sama2 k..=)

“…Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang…”

AL-KISAHNYA...


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya.

Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku,dia makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Dasar pencuri besar....

Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ?? Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.


Pengajaran daripada cerita....

* Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas...

* jangan membuat keputusan secara membuta tuli,nanti kita akan menyesal kemudian...penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya....


Jul 4, 2009

.: Antara SABAR dan Mengeluh:.

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.


"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abu Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaran mu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Jul 1, 2009

**TAHNIAH!!!**

Sekalung tahniah buat sahabat-sahabat yang meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester lepas...Kekalkan prestasi cemerlang!!

Bagi yang kurang memuaskan,teruskan berusaha,berusaha dan berusaha....never give up!

Special dedicated to my beloved classmetes,PISMP MT/Bi, tahniah...Alahmadulillah,mostly berjaya dengan cemerlang....dan dapat meneruskn pengajian...;) dan paling penting tiada yang fail atau kena repeat paper...hehe

Congratulation!!!

For this semester,chayok3! Make sure sem ni budak2 Maths sem 4 lebih 'glamour' n 'gempak' dengan result yang lebih mantap menutupi segala 'kontroversi'...hu3 (+_+)





Jun 29, 2009

..:Berilah MaaF:..

Jangan mencari cari kesalahan orang lain.Ia bisa memenuhi ingatan kita dengan kekeliruan dan mengobarkan kebencian pada orang. Dengan demikian, ia akan mengaburkan pandangan kita untuk kemajuan diri. Lebih teruk lagi ia menjadi beban yang berat bagi diri kita...

Bebaskan diri dari bebanan-bebanan tersebut.Lepaskan,maka diri kita akan menjadi ringan untuk melangkah.Diri kita mungkin tak bisa menghapus luka yang sudah tertoreh namun kita harus sedia berikan maaf.Meskipun tak diminta, namun tetap berikan maaf...Jadilah pemaaf.Belajar untuk memaafkan...

Yang terpenting,kita harus meminta maaf pada diri anda sendiri karena telah memberatkan hidup kita dengan hal-hal yang tak perlu. Bila sudah, maafkanlah. Rasakan betapa ringannya hati kita. Rasakan bagai belon gas yang terlepas di udara.

Selama kita menyimpan maaf maka kita menyediakan ruang kosong yang memungkinkan kita terbang melepaskan diri dari belenggu bumi...

"Tidaklah ALLAH menambahkan kepada hamba-Nya yang memberi pintu maaf kecuali darjat kemuliaan."

(HR Al-Bukhari dan Muslim)

To all my friends and who knows me,sorry for everything...Maafkan atas segala kesilapan dan kekurangan.Mungkin diri ini banyak melakukan dosa dan menyakiti kalian secara langsung atau tanpa disedari,...kususun sepuluh jari memohon seribu kemaafan...Moga2 dengan kemaafan yang kalian hulurkan, kehidupan ini lebih diberkati oleh-Nya.May Him bless us alwayz..(^_^)