Sep 30, 2009

** Sh@ring is C@ring**

Satu posting yang menarik untuk dikongsi...sangat bermakna.Posting yang 'dicopy' dari 1 blog. Hatiku tertarik untuk turut memuatkannya di blog usangku ini.Hope "pemilik blog" x kisah posting ini dikongsi bersama sahabat2 yang lain....

SYAWAL

Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya….

Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:
“Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.

Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya, maka jawab syawal: “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.

Guru itupun berkata: “ Itulah makna Cinta ”.

Lalu Syawal pun bertanya apa makna perkawinan. Guru pun menjawab: “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pokok yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”.

Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal dengan membawa pohon yng tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Syawal: “Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya.. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan …. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya dan menjadikanya indah”.

Lalu sang guru berkata: “ Itulah makna Perkahwinan ”.

Begitu banyak pilihan didepan kita seperti pohon pohon beserta rantingnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke depan, yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.

"Disakitkan-NYA kite sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cinta-NYA, disusahkan sedikit agar insaf namun segera di senangkan semula, itulah belaian-NYA. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasih-NYA.Dipangil- pangil kepada-NYA, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambanya, tapi si hamba tidak peduli langsung!!"~ Renung2kan.

Sep 16, 2009

..: Selamat Hari Raya Aidilfitri:..

Buat semua insan yang mengenali diriku....juga kepada muslimin dan muslimat sekalian....




**Al-Fatihah Buat Arwah Abah**

Ramadan yang penuh bermakna kali ini…13 Ramadan bersamaan 3 September 2009, ayahanda tersayang dijemput Ilahi. Kudoakan agar ALLAH mencucuri rahmat ke atas arwah abah,dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan para solihin….moga roh abah tenang di sana dan bahagia di samping-Nya..ameen.



Aug 29, 2009

** Salam Ramadhan **

.: Harapan Ramadhan :.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua muslimin & muslimat....moga Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding sebelumnya...;) InsyaALLAH...




Aug 20, 2009

**Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)**

Alhamdulillah,hari ini (20 Ogos 2009) merupakan hari terakhirku menjalani PBS di SK Kampong Keda,setelah lima hari berada di sini bermula 16 Ogos. Alhamdulillah,setakat ini semua maklumat dan bahan2 yang diperlukan telah berjaya diperoleh...Cuma tinggal untuk digoreng secukup rasa sahaja..hu3

Sk Kampong Keda memiliki banyak keistimewaannya. Merupakan sekolah yang baru sahaja beroperasi pada tahun 2002,memiliki lanskap yang sangat menarik dan pemandangan yang sangat cantik.

Guru-guru di sini sangat peramah dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan memberikan tunjuk ajar kepada kami. Guru Besar sangat prihatin tentang kebajikan murid-murid dan guru-guru Penolong Kanan pula sangat komited dengan tanggungjawab masing-masing.Maka,ianya memberikan tanggapan yang positif buatku tentang profesion ini untuk terus bersemangat dan tegar dalam menjalankan tanggungjawab nanti.:) InsyaALLAH..

...perhimpunan pagi...

...laluan utama...

...pemandangan dari atas bangunan sekolah...

...satu sudut sekolah yang menarik...

...suasana dalam kelas ketika membuat observation(pengalaman yang sukar untuk dilupakan)...

Buat warga SK Kg Keda,terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama dan tunjuk ajar yang dihulurkan..Moga setiap usaha kita dinilai oleh ALLAH sebagai amal kebajikan...;) InsyaALLAH..


Aug 14, 2009

Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaALLAH next week suma PISMP sem 4 IPGM Kampus Perlis akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu. Paling menyeronokkan PBS kali ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah pilihan masing2 dan semestinya sekolah2 di kampung halaman masing2...;)

Kepada semua sahabat2 yang terlibat,selama menjalani PBS...mudah2an segala2nya berjalan dengan lancar dan task yang diberi dapat disiapkan sebaik mungkin...

Sekolah pilihanku untuk PBS semester ni x jauh dari rumah. Sekolah Kebangsaan Kg.Keda menjadi pilihan...terletak di atas bukit dan memiliki lanskap yang sangat menarik. Dipendekkan cerita,kalau duduk di sekolah nampaklah bumbung rumah....hu3

Seminggu PBS di rumah,ditambah dengan cuti seminggu lagi...ini bermakna saya akan berada di rumah selama 2 minggu....bestnya!!...he3 ( jangan jeles kpd y berada di jauh & tidak boleh balik umah 2..=P )

Dan insyaALLAH sempat berpuasa dan berbuka puasa bersama keluarga tercinta....;)

Daripada saya,Selamat Menjalani PBS...Selamat Bercuti... & Selamat Berpuasa...Akhir kalam semoga kita berjumpa lagi biiznillah....wallahu'alam.



Aug 13, 2009

**Bina Insan Guru (BIG) siri 4**

Alhamdulillah selesai sudah BIG siri 4 yang diadakan pada 7-9 Ogos lalu. Program Keluarga Angkat ini diadakan di Kg.Banggol Saga,Baling memang best dan meninggalkan 1001 kenangan.:)


BIG siri 4 dalam kenangan...

Datuk Dr. Mashitah Ibrahim merasmikan Majlis Penyerahan Anak Angkat...

Tinggal selama hampir 3 hari 2 malam di rumah keluarga angkat dapat menimba banyak pengalaman baru yang menyeronokkan. Sepanjang program ini berlangsung,banyak peristiwa telah berlaku dan meninggalkan 1001 nostalgia tidak kira sama ada bersama keluarga angkat,kawan-kawan mahupun penduduk kampung itu sendiri. Yang pastinya "Ukhwah terjalin dan kasih sayang terbentuk"...;)

Keluarga Pak Su Din yang hidup dengan penuh kesederhanaan sebenarnya membuka mataku dan menyentuh jiwaku. Seronok sekali tinggal di kampung yang penuh ketenangan dan kedamaian. Bangun pagi2 terasa kesejukan airnya...buka sahaja pintu dapat menghirup udara segar yang bebas dari pencemaran. Dan suasana pohon2 yang menghijau di luar rumah memberikan satu kedamaian pada hati..Benarlah kata orang tinggal di kampung di memang mendamaikan..

Ibu ayam bersama 13 ekor anaknya yang baru sahaja menjengah dunia lebih kurang seminggu yang lalu...comel2 belaka..hu3

Yang menariknya di Baling ni (promote sket), waktu sekarang ni musim buah-buahan. Macam-macam buah ada...rambutan,durian,ramabai,dokong,manggis...Sampaikan x larat nak makan..hu3 yang best lagi berpeluang amik sendiri buah2 tersebut..buah2an yang
segar dari pokok...best! Masa nak balik keluarga angkat masing2 sediakan bekal lagi! Memang murah betul rezeki budak2 IPGM ni...hu3 alhamdulillah..

ESoknya macam2 aktiviti yang dibuat.Bagi budak2 perempuan ni,biasa la kembali ke dapur.hu3 Tolong ibu-ibu menyediakan makanan untuk makan tengah hari. Bagi bebudak lelaki plak,tolong bapa2 dan pak cik2 gotong-royong di kawasan perkuburan. Masing2 menunjukkan skill....hu3 semuanya rajin2...bagus2..

Menariknya lagi makanan tengah hari kami untuk 2 hari berturut-turut disediakan oleh penduduk sendiri. Gulai ikan masin + nanas,kerabu pucuk paku+kerang,gulai daging batang pisang (masakan special Baling),ikan keli yang dibakar masak tempoyak,ulam-ulaman dan sambal belacan menyeliurkan...memang menyelerakan!

Sempat belajar wat kerabu...hu3

Pada sebelah petang ada acara sukaneka...untuk kanak-kanak dan penduduk kampung sendiri. Kerjasama daripada penduduk kampung sangat baik..semuanya spo
rting2...dan alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar...

Antara aktiviti yang dijalanka
n sepanjang program BIG....

Senaman pagi bersama penduduk kampung..
Belon beracun..
Music chair..

Demo memancing botol oleh Mak Nyah...hehe

pertandingan futsal berkain pelikat antara ipgm vs penduduk kg Banggol Saga...Terbukti penduduk2 kampung ini memang mantap kerana IPGM tertewas 1-0...huhu

...dan banyak lagi...

Wajah ceria seorang peserta menerima hadiah...comelnya adik ni;)

Alhamdulillah Program BIG Keluarga ANgkat siri 4 ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya...Segala penat lelah dalam usaha menjayakan program ini berbaloi sekali .Sesungguhnya pengalaman berkampung di Kg. Banggol Saga ,Baling sangat manis dan menyimpan 1001 kenaangan yang pastinya akan tersemat di sanubari.Moga silaturrahim yang terjalin bersama keluarga angkat tidak terhenti di sini sahaja bahkan sehingga ke akhir hayat...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Mohon ampun dan maaf atas segala silap dan keterlanjuran kata...

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.