Sep 16, 2011

i believe...(':


When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day


Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day


Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe


by Maher Zain& Irfan Makki.


Sep 12, 2011

Masalah Hati


Masalah Hati-Imam Ghazali


Imam Ghazali telah berpendapat tentang masalah hati yang berhubung dengan amal lahiriah ada 3 macam:

1) Hati yang penuh dengan taqwa, suci dari akhlak-akhlak yang tidak baik, maka hati yang begini bersinar pada akal dalam berfikir pada yang baik-baik dan menyebabkan pula terbuka sinar matahati, sehingga hati selalu melihat segala sesuatu yang baik-baik dan diredhai oleh Allah.

Apabila hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kpd Allah, dgn mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi.

Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:

"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)

2) Hati yang penuh dengan gelora hawa nafsu dan penyakit-penyakit hati di mana dengannya terbuka pintu hati untuk iblis dan syaitan tetepi tetutup untuk malaikat-malaikat Tuhan. Hati yang begini, kontak dengan akal. Maka akal pada waktu itu membantu hati utk bagaimana terlaksana hawanya dan nafsunya. Maka lapanglah dada dlm memanjang hawa nafsu. Maka kuatlah kekuasaan syaitan kerana jalannya telah terbuka dgn luas. Dhaiflah kekuatan iman, disbbkan asap yang gelap terhadap hati. Untuk ini maka Allah menggambarkan dalam firmanNya dlm Al-Quran:

"Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi."
(Al-Furqan: 43-44)

3) Hati yang terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan atau dgn kata lain antara malaikat dan syaitan. Hati yang begini adalah hati yang sering ragu disbbkan kadang-kadang timbul daya tarik kpd kejahatan, tetapi pada waktu itu datang pula daya tarik kpd kebaikan. Pada ketika itulah yang adalah kehendak Allah s.w.t sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran:

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf."
(Surah al-An'aam:125-126)


Peringatan buat diri: Hati-hati m'jaga hati jgn sampai kotori hati!(': Allahu Allah.

Aug 30, 2011

Salam Aidilfitri...(":



Alhamdulillah a'la kullihal...(':

Taqabballahu minna wa minkum

"Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu"

Salam Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin...



Aug 14, 2011

Hari INI...14.2.2011.

“hari ini, saat ini adalah milikku sepenuhnya kelmarin bukan lagi milikku dan esok belum tentu ianya milikku...”

hari ini, di pagi ini adalah hari aku
aku takkan menunggu petang kerana petang itu bel
um tentu lagi akan aku lalui
hari kelmarin yang penuh dengan warna-warna ceria dan duka juga tidak perlu aku pikirkan
begitu juga dengan hari esok yang aku sendiri tidak tahu lagi warnanya
hari ini, saat ini adalah waktu yang patut aku fikirkan.

hari ini aku akan hidup dengan p
enuh kebaikan,
tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan,
kedengkian dan kebencian
aku akan membuat sebanyak mungkin kebaikan,
akan ku manfaatkan setiap detik yang berlalu dengan kebaikan

hanya hari ini sahaja aku mampu berbuat baik
hanya hari ini sahaja aku mampu mengemaskan rumahku hanya hari ini saja aku ada waktu untuk siapkan semua kerjaku
hanya hari ini saja aku mampu gembirakan
semua orang
hanya hari ini saja aku hidup,
maka aku akan selesaikan segalanya hari ini hanya hari ini.
tidak esok atau tu
lat...


Kepada Encik Kelmarin
“Wahai Encik Kelmarin yang telah berlalu dan selesai,
tenggelam engkau seperti mataharimu.
aku takkan pernah menangisi pemergianmu dan kamu jugak tidak akan pernah
melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu.
Kau telah pergi meninggalkan aku
pergi dan tidak akan pernah kembali lagi..”

Kepada Encik Esok
“Wahai Encik Esok,
Engkau masih lagi dalam kekaburan
maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri untuk sebuah dugaan
aku jugak tidak akan mengejar sesuatu yang belum ada
kerana esok mungkin tiada sesuatu untukku…”

Jangan bersedih jika kelmarin berlalu dengan kedukaan
Jangan bersedih jika hari ini tidak seindah yang diharapkan
Jangan bersedih jika esok tidak akan kita temukan

“Terimalah semua yang telah Allah swt berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang yang bersyukur..” (Al-A'raf : 144)


Aug 12, 2011

'Sebuah Kemaafan'


Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukakan hati kita...Tetapi hanya dengan KEMAAFAN sahajalah kita akan dapat mengubat hati yang telah terluka...

Salam Ramadhan Kareem!

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita...


.:Kemaafan:.

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri

Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan semua bahagia
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!



Salam 1000 Kemaafan... (':



Aug 3, 2011

Ramadhan...



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,ketemu lagi Ramadhan kali ini.


Ramadhan menyaksikan sekali lagi pemergiaan seorang insan yang kusayangi dalam hidupku. Tanggal 1 Ramadhan...Al-Fatihah untuk arwah Tok. Semoga arwah berbahagia di sana dan di tempatkan di kalangan hamba2-Nya yang beriman. InsyaAllah,ameen.

Kesyahduan Ramadhan. Sayu. Tanggal 13 Ramadhan pada tiga tahun lepas arwah abah dijemput Ilahi. Tahun ini,arwah Tok. Tahun hadapan? Wallahu'alam. Kita yang hidup tetap perlukan hidup. Sediakan sebanyak mungkin 'bekalan' ke sana. Kadang-kala 'jemputan' itu tiada terduga,kita yang masih hidup hanya perlu sentiasa bersiap sedia. Sediakah kita andai jemputan datang tiba-tiba? Allah....

Hari ini dan saat ini,hidup terlalu sibuk dengan urusan duniawi. AR,segala mcm assignment...Allahuakhbar! Semoga masih ada masaku untuk-Mu Ya Allah...

Demam,selesema. Baru kini terasa nikmatnya sihat. Walau apa pun,jaga diri baik2 ye!:)
(Pesanan untuk diri sendiri).huhu~
Teringat pesan seorang nenek sewaktu pergi berurut minggu lepas...Tiba-tiba nenek 2 cakap," Jaga diri elok2...". Dalam maksud tu. Allah! Dalam hatiku," insyaAllah..." Semoga Allah menjagaku dan melindungi sebaiknya...kerana Dialah sebaik-baik Penjaga dan Pelindung...

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Topup semaksimum mungkin amal kebajikan. Usah dipersiakan masa yang masih tersisa. Semoga Allah memberkati setiap waktuku. Ameen.

Moga Allah redha.