Air mata itu banyak macam dan jenisnya...para ulama mengungkapkannya sebagai berikut:
air mata kebebasan: air mata kemenangan
air mata berpengaruh: air mata taubat
air mata kelembutan: air mata wanita
air mata cantik: air mata menepati janji
air mata kesedihan: air mata hiburan
air mata bahagia: air mata kejayaan
air mata keras: air mata penyakit
air mata pengungkapan: air mata penyesalan
air mata menipu: air mata buaya
air mata terang: air mata persaudaraan
Sekarang tilik kembali diri kita,jika pada satu tika air mata menitis di pipi,apakah asbabnya? Tidak salah menitiskan air mata & menangis...cuma...fikir2kn sendiri saat bila air mata patut dititiskan atau haruskah air mata kita dibiarkan mengalir disebabkan perkara yang tidak sepatutnya??...ermm renung2kan dan selamat beramal...;)
Anda perlu tahu...Perkara yang anda tidak perasan atau sengaja buat2 tak perasan....
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik,ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
Sekarang adakah anda perasan? Bersyukurlah menjadi sendiri kerana diri kita hanya satu...Dan yang satu itulah yang istimewa...maka berbahagialah menjadi insan yang istimewa....;) Syukuri nikmat kurnian-Nya...
Walau sesiapapun kita,kita ada diri kita. Terima diri kita seadanya...Sayangilah dirimu...kerana dirimu begitu berharga...
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1 : "Orang tua" Murid 2 : "Guru" Murid 3 : "Teman" Murid 4 : "Kaum kerabat" Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 :"Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali :"Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid 1 : "Gunung" Murid 2 : "Matahari" Murid 3 : "Bumi" Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 :: "Besi"
Murid 3 :"Gajah"
Imam Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?" Murid 1 : "Kapas" Murid 2 : "Angin" Murid 3 :"Debu" Murid 4 : "Daun-daun" Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Sayidina Ali bin Abi Thalib pernah menyuarakan kebimbangannya,
“Yang saya khuatir atas kamu 2 perkara, iaitu panjang angan-angan dan menurutkan hawa nafsu, ini kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, manakala menurutkan hawa nafsu itu menghalangi daripada kebenaran (Hak)”.
Ulama berpesan:
*Jangan mengikat hatimu kepada wanita, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. Apabila engkau taat kepadanya, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka.
*Jangan mengikat hatimu dengan harta kerana harta itu pinjaman, hari ini untukmu dan esok hari hak orang lain. Jika hatimu terikat pada harta, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah, takut miskin dan menurut kepada bisikan syaitan.
*Tinggalkan apa yang ragu-ragu dalam hatimu sebab hati seorang mukmin goncang dalam syubhat, lari daripada haram dan tenang dalam halal.
*Jangan membuat sesuatu hingga benar-benar mengerti bagaimana menjawab apabila ditanya oleh Allah kelak.
Pesanan Ulamak lagi, siapa yang mengurangi angan-angannya, maka Allah akan memuliakannya dengan 4 kemuliaan :
**Dikuatkan untuk taat, sebab seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran dan rajin melakukan taat, maka bertambah banyak amalnya…
**Kurang kerisauannya, sebab jika dia berasa tiadak lama lagi akan mati, maka dia tidak memikirkan apa yang dihadapi daripada kesukaran..
**Redha dengan kehidupan yang sederahana, sebab apabila berasa tidak lama lagi akan mati, maka tidak perlu mencari banyak dan sememangnya ditujukan untuk akhirat.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan mudah menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya...
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
BuMi PerMai, Kedah-Perlis-Sarawak-Kedah Penang (Alhamdulillah), Malaysia
-Blog khas untuk Muhasabah Diriku-
Keredhaan Ilahi cita-cita di hati...Bukanlah insan yang 'terbaik',namun insyaALLAH berusaha menjadi yang terbaik duniawi + ukhrawi...
Ya Rabb,pimpinlah daku untuk menjadi seorang muslimah,mukminah,mujahidah dan muslihah yang kuat mempertahankan akidah & agama-Mu...
Ya ALLAH..ampunilah dosa2ku juga dosa2 kedua orang tuaku..Moga2 syurga-Mu menjadi destinasi terakhir kami...insyaALLAH...ameen.
Moga memberi manfaat utk orang lain jua.=)
Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia, ingatlah Tuhan mu yang menjadikan siangmu, diwarnai dengan cabaran sebagai tarbiah dari-Nya dan menjadikan malam mu penuh dengan CINTA, KASIH dan SAYANG dari-Nya.. Alunkan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentah kalamullah, renungilah surat cinta dari-Nya, dengarkanlah kalimat indah bacaan Quran.. Moga kita menjadi pengemis cinta Ilahi.. Perindu SYAHID abadi.. InsyaAllah...
Jom Berkempen!!! ^_^
.: Jadilah Wanita yG SoleHaH:.
Wanita ibarat epal... Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah... Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak Susah dipetik... Sukar digapai... Kekadang epal itu risau kenapa dirinya masih belum dipetik Lantas ia merendahkan martabatnya Menggugurkan diri menyembah tanah sehingga tiada siapa yang berani memetiknya... Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu! Andai CINTA itu hadir,moga ianya lebih mendekatkan kita dengan ILAHI & menambahkan kecintaan kita pada-Nya...insyaAllah...ameen.
.: Ikan Peliharaanku :.
.:Renungan Bersama:.
.: Kalam Berbicara :.
...::Bingkisan Doa::...
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yg lembut, basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kpd perintah-Mu...
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna, hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar2 mantap...
Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yg jitu dan unggul, selamat dari segala bahaya dan petaka...
Kami mohon pada-Mu Ya Allah, kecukupan yg tak sampai kami meminta jasa org lain...
Berikanlah kami Ya Allah iman sebenarnya sehingga kami tidak lagi takut atau mengharapkan kpd org lain selain dari Engkau atau menyembah selain dari Engkau...
Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat-Mu ke atas kami dan keluarga kami serta sesiapa saja yg bersama-sama kami...
Janganlah Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau sekadar masa yg lebih pendek dari itu...
Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah permohonan kami. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad s.a.w, Nabi yg mulia, kpd keluarga baginda dan para sahabat baginda semuanya.
Ameen... Ya Rabbal 'alamiin.
.:Indahnya Berdoa’:.
Bila ALLAH cepat makbulkan doamu,
Maka dia menyayangimu.
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu.
Bila DIA tidak memakbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH dalam apa jua keadaan pun…kerana kasih ALLAH itu mendahului murka-Nya…
.: Topup Iman :.
.: 10 Muwassafat Tarbiyah :.
* Kuat tubuh badan *Akhlak yang mantap *Fikiran yang berpengetahuan *Mampu berusaha *Akidah yang sejahtera *Ibadah yang betul *Mampu melawan nafsu *Menjaga waktu * Tersusun dalam urusan *Berguna untuk orang lain
Saudaraku... janganlah engkau mudah berputus asa, kerana sifat itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat kita untuk menwujudkan kedamaian masih lagi tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. Bangkitlah dari lenamu wahai pemuda-pemudi pilihan Allah!