“Yang saya khuatir atas kamu 2 perkara, iaitu panjang angan-angan dan menurutkan hawa nafsu, ini kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, manakala menurutkan hawa nafsu itu menghalangi daripada kebenaran (Hak)”.
*Jangan mengikat hatimu kepada wanita, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. Apabila engkau taat kepadanya, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka.
*Jangan mengikat hatimu dengan harta kerana harta itu pinjaman, hari ini untukmu dan esok hari hak orang lain. Jika hatimu terikat pada harta, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah, takut miskin dan menurut kepada bisikan syaitan.
*Tinggalkan apa yang ragu-ragu dalam hatimu sebab hati seorang mukmin goncang dalam syubhat, lari daripada haram dan tenang dalam halal.
*Jangan membuat sesuatu hingga benar-benar mengerti bagaimana menjawab apabila ditanya oleh Allah kelak.
Pesanan Ulamak lagi, siapa yang mengurangi angan-angannya, maka Allah akan memuliakannya dengan 4 kemuliaan :
**Dikuatkan untuk taat, sebab seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran dan rajin melakukan taat, maka bertambah banyak amalnya…
**Kurang kerisauannya, sebab jika dia berasa tiadak lama lagi akan mati, maka dia tidak memikirkan apa yang dihadapi daripada kesukaran..
**Redha dengan kehidupan yang sederahana, sebab apabila berasa tidak lama lagi akan mati, maka tidak perlu mencari banyak dan sememangnya ditujukan untuk akhirat.
**Allah akan menerangkan hatinya…
Wallahu'lam.
0 comments:
Post a Comment