Dec 11, 2009

.: NikMaT HiduP HaruS DisYukuRi :.

Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup tidak selalu bahagia,
Sedekahkanlah 1 senyuman walau di hati tidak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau diri terluka,
Berhentilah memberikan alasan walaupun ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi dengan godaan,
Dan berpeganglah pada ALLAH walau DIA tidak kelihatan.
Bukti kasih-Nya kita hidup di dunia ini.....

Andai hari ini milik kita
Gunalah sebaiknya kerana esok belum tentu untuk kita...

Andai hari ini kita rancangkan sesuatu untuk esok
Rancanglah sekemas mungkin
tetapi jangan lupa pun takdir yang menetukan segalanya...

Andai esok buat kita kecewa
Redhalah dengan ketentuan-Nya...
Sengaja DIA tentukan sedemikian
agar kita terus berhati-hati untuk lusa yang menjelma...

Semoga kita lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang tiba biarpun sudah berusaha....!

......Hidup ini indah jika segala-galanya kerana ALLAH.....

0 comments: