Sep 26, 2010

.: Hikmah :.


Hikmah


Pasti ini terasa begitu menyakitkan
Saat kau kehilangan sesuatu yang kau sayang
Bilakah tak tahu mungkin itu yang terbaik
Ada rahasia terindah yang diinginkanNya

Ku hanya ingin agar engkau bisa pahami
Memaknai yang terjadi dengan tulus hati
Meski kuakui tak mudah untuk terima
Segala yang tlah menjadi ketetapanNya

Leraikanlah gundah Tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu rencana dariNya

Sudahlah lupakan segala yang membuatmu merana
Hanya kan membuat dirimu dihantui gelisah
Biarkanlah semua kan berlalu dengan apa adanya
Karena dibalik yang terjadi pasti ada hikmahnya untuk kita

oleh: Tashiru.


Sesungguhnya hari kelmarin bagaikan mimpi yang telah berlalu dan telah habis waktunya...
sedangkan hari esok tinggalah harapan yang indah...
Adapun hari ini adalah realiti yang sebenarnya....
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya untuk kita......:)"

Sep 24, 2010

<<< Monolog>>>

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,setinggi2 syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yang dikurniakan dan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda........

Sesi muhasabah diri.

My roomate is not at room now. I'm alone. There are a lot of things that I'm thinking.....

Semester ini semester dugaan buatku. Terus terang aku katakan,serba tak kena. I'm not performed better in this semester. My practicum? Aku x buat sepenuh hati.There are something wrong with me.Yes!

"Hablumminallah....hablumminannas....."

Akhirnya aku tersedar,alhamdulillah disedarkan oleh-Nya....apa yang tidak kena itu ada kaitannya dengan di atas. Hubungan dengan Allah,juga hubungan sesama manusia. Aku akui,aku ada masalah dengan perhubungan itu....

" Hablumminallah",hubunganku dengan Allah. Kebelakangan ini terasa jauh dr-Nya....hati merasakan ibadah2 yang kulakukan selama ini tidak berapa berkualiti...astaqfirullahal'azim....moga Dia membantuku memperbaiki kekuranganku dalam mendekatkan diri kepada-Nya....insyaAllah....kekurangan perlu ditampung. Semoga aku terus kuat,terus bersemangat dan istiqamah.......

Masalahku kini,yang aku rasa perlu settle2 lagi..."hablumminannas",hubunganku sesama manusia. Ya Allah,bantulah hamba-Mu ini dalam memperbaiki segala kekurangan dan pulihkanlah ia kepada sediakala.......ameen Ya Rabb...

Maafkan aku di atas segala kekurangan. Sebagai manusia biasa aku tidak mampu untuk menjadi 'insan sempurna' dan memuaskan hati semua orang...Tatkala iman tengah goyah,syaitan memainkan peranan,dan pastinya ada hati2 yang terluka dengan sikapku,kata2ku,jelinganku,juga mungkin diamku tanpa disedari. Maaf atas segalanya........

Ya Allah,hamba mohon pulihkan ianya kembali...
Sinarilah hidup kami kembali dengan sinar keimanan,kebahagiaan dan kehebatan ukhwah itu...
Tunjukilah kami jalan yang lurus...
Pimpinlah kami ke jalan yang diredhai-Mu...
Semoga kami menjadi hamba yang bertakwa dan mukmin yang sejati.

Keadaan kesihatan belum pulih sepenuhnya. Sisa2 batuk masih ada. Keadaan emosi kurang stabil. Semalam bertungkus lumus menyiapkan assigment yang harus disubmit hari ini. Banyak perkara yang harus difikirkan,alhamdulillah,beberapa perkara telah settle berkat pertolongan Allah....

Moga dikurniakan kesihatan yang lebih baik ,hati yang lebih bersih dan fikiran yang lebih optimis! insyaAllah...

Nantikan keajaiban...

Doa mampu mengubah segalanya...

Yakin pada ALLAH!~

Please,pray for me! T__T

Sep 21, 2010

.: Layakkah AKU?:.

Aku manusia biasa
Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri
Dendam, marah, putus asa dan kecewa
Bukan itu yang aku impikan

Tapi aku ingat
Aku sememangnya tak layak
Untuk berkata dendam dan kecewa
Kenapa?

Aku kecewa
Untuk apa aku katakan aku kecewa?
Sedangkan usaha belum lagi aku lakukan
Imbas kembali detik kekasih Allah
Kembangkan syiar islam
Penuh onak dan duri
Dicaci dan dimaki sesuka hati
Tanpa rasa kecewa
Diajarkan jua umat manusia
Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa
Agar berbahagia dunia dan akhirat
Untuk itu
Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'?

Dendam
Untuk apa aku berdendam
Hanya dek hati terguris
Oleh kata-kata yang menyakitkan
Atau perbuatannya yang kalampauan
Oh! Rugilah aku
Sedangkan Rasulullah
Hanya memaafkan umatnya
Lagi mendoakan
Mulia sungguh budi pekertinya
Tanpa perasaan dendam
Kepada sesiapa
Oh! Siapakah aku
Untuk berdendam?

Marah?
Lupakah aku pada hadith Rasulullah?
Daripada Abu Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Bukanlah seorang yang kuat itu,ialah orang yang kuat bergusti (tenaganya),
Tetapi, orang yang kuat itu
ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
Tapi
Mengapa ia masih membelenggu diri
Bagaikan ada tali yang mengikatnya
Oh Tuhan
Syaitankah itu?
Ampuniku Ya Allah
Lindungilah diriku dari musuh-Mu

Oh Tuhanku
Aku hanya manusia biasa
Yang hina lagi dina
Yang penuh dosa kemaksiatan
Ampunilah aku
Permudahkanlah jalanMu
Bagiku juga umat manusia
Kejalan keredhaan-Mu...


rindu....^_^

Syukur!

Alhamdulillah....syukur atas perasaan rinduku ini...
kerana ia bukti bahawa...
aku masih punya HATI!
rindu...
selalu merindui mereka,mereka dan mereka...
alhamdulillah,syukur dan teramat syukur atas pinjaman-Mu ini...
kerana mereka,aku merasa bahagia...:)

Lepas gian naik bas. Muka excited dan x percaya Amani bila first time Chik bawa naik bas.Hehe (tunaikan janji!) Bawa Amani rasa penglaman naik bas time kluar jumpa kengkawan.:)

Amani & Sorfina Nur.
Sepupu yang time baik,baiiiik sgt.Kalu time gaduh? Aduh! Gaduh sampai gigit2.heee Budak2...^_^


Bilik bola.Bilik favourite budak2.^_^


Adik & kakak
Kakak marah bila cakap kenyih nampak gigi kapak!heee
Adik-beradik yang kadang2 macam anjing dengan kucing! ;)


K.Ngah( Nur Ain Farihah),Sorfina,Amani & K.Chik ( Aleeya Farhana)
Apabila sepupu sepapat berkumpul....:)
Besday Amani 3 Tahun


Baby Adam.^_^
Lucu tengok keletah Adam sekarang.Baru pandai berjalan.hee
Adam,besar nanti jadi anak yang soleh k! :)



eh! Tiada gambar Kimi( Muhammad Luqman).Seorang abang yang sangat berdikari dan pandai mengasuh adik2nya....

Anak-anakku menakanku sekalian!
Jadilah anak yang solah & solehah....:)


" Ya Allah,baguskanlah untukku agamaku,
kerana ia seluruh pengawas urusanku...
Perbaikilah duniaku kerana di sana adalah kehidupanku...
Sempurnakanlah akhiratku
kerana di sana tempat kembaliku...
Jadikan hidupku sebagai penambah kebaikan...
Jadikan matiku istirehat dari segala kejahatan...
Ameenn Ya Rabbal'alameen."


no title here!

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Saat ini aku terasa sangat ingin melakarkan sesuatu.Tentang apa yang berlaku,telah berlaku dan sedang berlaku.Aku,insan yang sentiasa diuji....dan aku yakin semua orang juga diuji,cuma cara ujia itu berbeza2....tidak semua terkecuali. Dan di saat ia menghimpit diriku,pernah kadangkala aku rasa aku tidak mampu untuk menghadapinya....dan hingga tiba suatu saat aku tersedar...sampai bila aku harus 'melarikan' diri? Dan aku telah mengambil keputusan untuk 'berhadapan' dengannya. Aku perlu menghadapinya. Semua itu ujian! Aku perlu berani,dan sentiasa berani. Aku ada ALLAH yang sentiasa menemani,sentiasa memerhatikanku dan sentiasa menolongku....di saat susah senang...alhamdulillah...

Dan DIA sentiasa menguji aku. Hingga saat ini,aku sentiasa diuji. Sampai bila? Mungkin sampai bila2....sampai hujung nyawa,hingga aku menutup mata? Aku hanya insan lemah. Hanya punya DIA. Tatkala aku terasa sangat 'letih' dan hilang arah,alhamdulillah Dia pinjamkan aku sahabat yang baik ..sebagai pendengar setia dan sentiasa memberi kata perangsang untuk menguatkan kembali jiwa yang sangat parah dan kecewa. Tidak dinamakan manusia andai tiada cacat cela. Ya Allah,kuatkanlah hamba-Mu ini....

La haulawala quwwata illabillah
"Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah".

Sungguh,sukar untuk bermujahadah! Ya Allah....melawan diri sendiri dan nafsu itu sangat sukar. Aku tidak mampu melawan,namun aku cuba mendidik diri.Doakan agar aku mampu menghadapinya. Biar sedikit namun istiqamah.InsyaALLAH.

Dalam penuh kesamaran mencari sebuah sinar,banyak kesilapan yang dilakukan. DIA "Pendidik" yang terbaik. Disakitkan hamba-Nya,kemudian disembuhkan kembali....saat itu terasa kemanisannnya. Kemanisan iman,kemanisan bersabar dan kemanisan bertawakal kepada-Nya....sungguh indah perasaan itu.Ya Allah,hamba-Mu teringin dan teramat teringin merasai kemanisan "SyurgaMU". Namun,jauh di sudut hatiku bermonolog pada diri,"layakkah insan kerdil sepertiku merasainya?" Sedih.

Banyak yang harus diperbaiki. Namun,aku buntu dan tidak tahu bagaimana harus aku melakukannya. (Mohon petunjuk-Mu Ya Allah)

Aku masih merangkak perlahan-lahan. Hanya ditemani DIA,kerana hanya DIA yang memahami. Alhamdulillah,subuh ini aku dapat merasai sesuatu...DIA seakan-akan memberiku sinar dan sebuah harapan baru. Aku yakin. Petunjuk itu sangat banyak. HATI sangat merasainya. Kerana hati itu tenang pada kebaikan dan resah kepada perkara yang tidak baik.(Tidak baik tidak bermakna jahat) Mungkin tidak baik di sisi Allah,DIA tidak suka,tidak baik untuk diri kita,agama,dunia dan akhirat....It's complited. Hanya DIA yang mengerti.

Aku yakin dan teramat yakin,Allah sedang merancang sesuatu. Semoga aku sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus,penuh sinar dan dikeluarkan dari 'kekusutan' ini. Semoga hati ini lebih tenang,lebih bersemangat untuk bertemu DIA,lebih bersih dari sangkaan buruk,lebih yakin dan sentiasa istiqamah.Sukar! Tapi aku yakin,insyaAllah aku mampu melakukannya...

".....dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.(Iaitu) orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan,mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
( Surah al-Baqarah : 155-156)

Semoga Allah redha.:)

.: 7 Perkara Agar DIRI Bermotivasi Di Waktu Pagi:.

Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.

Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.

Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?

Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

oleh Dr Shukri Abdullah.

:: InsyaAlllah,perlu sentiasa BERUSAHA memotivasikan diri.Sentiasa kekal optimis dan husnuzon....Moga ALLAH redha.....^_^

Sep 15, 2010

Be strong!!~~


Di saat rindu bertamu...kesedihan menyelubungi diri....
Duhai hati...janganlah bersedih...
Hilangkanlah kesedihan itu...
Pujuk diri dengan janji ar-Rahman...
Ketinggian seseorang itu kerana imannya...

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman."
( Surah Ali 'Imran :139)


Sep 12, 2010

.:rAyA:.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir & Batin ^_^

Update cerita raya!

Raya 2010 ni,x seperti tahun2 sebelumnya...alhamdulillah,cukup bermakna! :) Walaupun keadaan kesihatan yang kurang baek,namun program raya tetap diteruskan jgk...hee. Ari raya pertama cukup syahdu...sob3 mana tidaknya,bangun awal,bersmangat nk p sembahyang raya....tapi disbbkn temperature bdn y agak high segalanya terbantut...itulah,manusia hanya mampu merancang.....makanya,hari raya pertama hanya di rumah,langsung x ke mana.....huhu

Then,ari raya kedua.......:)
Hari raya kedua tahun ni cukup bermakna...hari raya ke-2 kira cm hari raya pertamalah.Pagi2 ziarah kubur arwah mak n abah...kelmarin (raya pertama) nak pegi,tapi x larat sgt...huhu Alhamdulillah,pokok y ditanam di kedua2 kubur arwah mak n abah tumbuh....subur lagi berbunga....( i really miss them! T__T ) Mudah2an arwah mak n abah dicucuri rahmat dan ditempat bersama golongan beriman...ameen. Al-Fatihah.........

Then,program raya diteruskan. Tahun ni dapat beraya bersama kengkawan Form3,..wat renion.Bayangkan hampir 7 tahun x jmp.....so miss them! Walaupun x sihat sep2nuhnya,batuk2 lagi namun aku gagahkan diri jgk pegi renion....hehe rugi la kalu terlepas kn.Ntah bila lg nk kumpul ramai2 cm ni.....walaupun akulah org yg terakhir tahu pasal renion ni( maklumlah xda fb...huk3),tapi alhamdulillah dpt jgk jmp kgkawan suma......

3 AS (2003) dalam kenangan.......:)

Bila dh lama x jmp,bnyaklah cerita yang dikongsi....Sembang punya sembang,rupa2nya ada y belajar satu negeri pun....huhu Dan,...ada yang dah kawen dan bertunang ^_^....pasni,dh ada phone no,contact2 la....makan nasik minyak jgn lupa jemput.......:))

Balik umah,dh petang. Sedeynya bila umah kosong....adik-beradik suma dah balik umh msg2.huk3 :( Tak puas rasa beraya ngn family tahun ni.huhu Rupa2nya,abang and my sis tggu aku balik....lama plak 2!huhu Aku plak x perasan hnset bnyak miscall.....waa...x puas la plak rasa beraya ngn family....x puas rs mngusik anak menakan...mklumlah raya 1st aku dmm...huhu sedey la plak rasa.....sob3 Pujuk diri,xpa2....nnt cover balik! Really miss them...T__T

Raya ke-3,p umah kak sulung! Pagi2 lagi dah call suruh p umah wat laksa.Huhu Memang teringin sangat nk makan laksa. Kali ni no excuse,family is alwayz no 1! ^_^

Raya ke-5,plan nak p beraya umah kengkawan plak.! InsyaALLAH....bila lagi kn? Time2 mcm ni la nk beraya sakan pon kn....nanti2 susah dah....(nanti2?:p) Sakannya raya...alhamdulillah,demam pun dah makin ok...tekak pun sama.....alhamdulillah,nikmatnya sihat...:) P beraya time x sihat rasa macam berada di awang-awangan.......makan ap2pun rasa x sedap....so,plz take care! Love yourself k! *_*

Alhamdulillah,syukur Tuhan atas nikmat ini.Nikmat ukhwah dan kasih sayang yang tidak putus2....Semoga Allah merahmati kita semua.......ameen.

P/s: Assigment belum siap lagi.Harus submit this Monday.InsyaAllah,moga Allah permudahkan segalanya.....^_^ Doakan!

Sep 9, 2010

:(

Alhamdulillah,kembali menulis. Juga agak lama tidak menjengok blog..sempena kedatangan Syawal (esok),blog juga perlu 'dibersihkan' dan dibuang sawang...huhu

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah....
Alhamdulillah....atas nikmat sihat ini. Actually,sudah beberapa hari terlantar di katil.Demam-selesema-batuk2! Pakej yang lengkap cukup membuatkan badanku lemah dan terlantar hampir 2 hari di rumah.huhu Rasa seakan-akan mati hidup semula...Subhanallah...

Balik dari berbuka puasa di rumah abang (7hb),selesema makin menjadi-jadi...dan badan tiba2 rasa membahang...ermm rupa2nya nak demam teruk...Sayangnya rasa,di akhir-akhir Ramadhan ,kesihatan pulak tidak mengizinkan...ibadah menjadi lintang pukang..huk3 :(

Semalam,berbuka hanya dengan 2 biji kurma.Tiada selera makan! Solat,then tido! Pukul 12 lebih,perut terasa lapar dan ke dapur untuk mencari makanan.Ya Allah,kepala terasa berpinar-pinar,nasib baiklah tidak pengsan.Disebabkan tidak tahan sangat,aku merebahkan diri di ruang tamu depan TV. Saat itu,barulah aku tersedar betapa nikmatnya sihat...nikmat yang kadangkala aku sendiri tidak hargai.Di saat nikmat itu diragut,barulah aku tersedar...betapa bersyukurnya aku dikurniakan nikmat sihat itu...

Keesokkan harinya,cuba gagahkan diri bangun awal. Aku cakap pada diri," xleh manjakan diri". Bangun kemas bilik,lipat baju ,sapu sampah...Adik hairan tgk aku..."Buang tabiat agaknya kakak aku ni?"..huk3

Badan masih lemah. Hari ini, sehari ja lagi berpuasa. Alang2,insyaAllah aku teruskan berpuasa...esok dah nak raya...

Bila sakit barulah tersedar selama ni Allah pinjamkan nikmat sihat
Manusia tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada
Bila sudah kehilangannya,barulah terasa kewujudannya sebelum ini...
Ingatlah,semua yang kita miliki kini hanyalah pinjaman
Pinjaman dari Allah s.w.t yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah,syukran Ya Allah...
Thanks for everything.....

Semoga aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur....ameen Ya Rabb...