Bismillahirrahmanirrahim.....
Saat ini aku terasa sangat ingin melakarkan sesuatu.Tentang apa yang berlaku,telah berlaku dan sedang berlaku.Aku,insan yang sentiasa diuji....dan aku yakin semua orang juga diuji,cuma cara ujia itu berbeza2....tidak semua terkecuali. Dan di saat ia menghimpit diriku,pernah kadangkala aku rasa aku tidak mampu untuk menghadapinya....dan hingga tiba suatu saat aku tersedar...sampai bila aku harus 'melarikan' diri? Dan aku telah mengambil keputusan untuk 'berhadapan' dengannya. Aku perlu menghadapinya. Semua itu ujian! Aku perlu berani,dan sentiasa berani. Aku ada ALLAH yang sentiasa menemani,sentiasa memerhatikanku dan sentiasa menolongku....di saat susah senang...alhamdulillah...
Dan DIA sentiasa menguji aku. Hingga saat ini,aku sentiasa diuji. Sampai bila? Mungkin sampai bila2....sampai hujung nyawa,hingga aku menutup mata? Aku hanya insan lemah. Hanya punya DIA. Tatkala aku terasa sangat 'letih' dan hilang arah,alhamdulillah Dia pinjamkan aku sahabat yang baik ..sebagai pendengar setia dan sentiasa memberi kata perangsang untuk menguatkan kembali jiwa yang sangat parah dan kecewa. Tidak dinamakan manusia andai tiada cacat cela. Ya Allah,kuatkanlah hamba-Mu ini....
"Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah".
Sungguh,sukar untuk bermujahadah! Ya Allah....melawan diri sendiri dan nafsu itu sangat sukar. Aku tidak mampu melawan,namun aku cuba mendidik diri.Doakan agar aku mampu menghadapinya. Biar sedikit namun istiqamah.InsyaALLAH.
Dalam penuh kesamaran mencari sebuah sinar,banyak kesilapan yang dilakukan. DIA "Pendidik" yang terbaik. Disakitkan hamba-Nya,kemudian disembuhkan kembali....saat itu terasa kemanisannnya. Kemanisan iman,kemanisan bersabar dan kemanisan bertawakal kepada-Nya....sungguh indah perasaan itu.Ya Allah,hamba-Mu teringin dan teramat teringin merasai kemanisan "SyurgaMU". Namun,jauh di sudut hatiku bermonolog pada diri,"layakkah insan kerdil sepertiku merasainya?" Sedih.
Banyak yang harus diperbaiki. Namun,aku buntu dan tidak tahu bagaimana harus aku melakukannya. (Mohon petunjuk-Mu Ya Allah)
Aku masih merangkak perlahan-lahan. Hanya ditemani DIA,kerana hanya DIA yang memahami. Alhamdulillah,subuh ini aku dapat merasai sesuatu...DIA seakan-akan memberiku sinar dan sebuah harapan baru. Aku yakin. Petunjuk itu sangat banyak. HATI sangat merasainya. Kerana hati itu tenang pada kebaikan dan resah kepada perkara yang tidak baik.(Tidak baik tidak bermakna jahat) Mungkin tidak baik di sisi Allah,DIA tidak suka,tidak baik untuk diri kita,agama,dunia dan akhirat....It's complited. Hanya DIA yang mengerti.
Aku yakin dan teramat yakin,Allah sedang merancang sesuatu. Semoga aku sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus,penuh sinar dan dikeluarkan dari 'kekusutan' ini. Semoga hati ini lebih tenang,lebih bersemangat untuk bertemu DIA,lebih bersih dari sangkaan buruk,lebih yakin dan sentiasa istiqamah.Sukar! Tapi aku yakin,insyaAllah aku mampu melakukannya...
( Surah al-Baqarah : 155-156)
Semoga Allah redha.:)
0 comments:
Post a Comment