Mar 19, 2011

.: Tips Untuk Sentiasa Dekat dengan ALLAH :.

Bismillahirrahmanirrahim...

Mahu sentiasa dekat dengan Allah? Jom sama2 baca & hayati....

  1. Fahamilah maksud setiap bacaan dalam solat terutama permulaan doa ifititah,Al-Fatihah, maksud bacaan dalam rukun dan sujud dll...inginkan lagi nikmatNya hendaklah solat hajat khusus kpd Allah utk istiqamahkan iman kita.
  2. Zikirlah sentiasa dgn m'gunakan tasbih tika setiap kali hendak tidur sama ada siang @ malam
  3. Bacaan Al Mathurat setiap kali selepas solat subuh dan asar jangan tinggal walau sehari
  4. Sentiasa menghafal sekurang-kurangnya 1 ayat Al Quran dan maknanya
  5. Niatkan tiap-tiap satu perkara ada matlamat yang jelas
  6. Jaga solat lima waktu sehari semalam walau sesibuk manapun
  7. Jika ada masalah, mintalah solat hajat dan istikarah dahulu dgn Allah barulah b'bicara dengan manusia
  8. Ingatlah akan setiap amanat Rasulullah S.A.W dalam khutbah Jumaat baginda yang terakhir
  9. Lebihkan sayang iman anda dari apa yang mata dan hati anda mahu, InsyaAllah semuanya akan cukup belaka
  10. Senyum sentiasa walau dimanapun anda berada, InsyaAllah dengan izinNya anda akan sentiasa dilihat sebagai orang-orang yang soleh/ solehah
  11. Jaga wudhu' dgn niatkan setiap anggota wudhu' menggunakan doa yang diajarkan oleh Imam Al-Ghazali.
  12. Sentiasa dekati orang-orang yang soleh/ah supaya jiwa anda sentiasa diingatkan tentang Allah
  13. Anda sendiri fikirkan apa yang anda mahu dalam hidup ini untuk dibekalkan ke akhirat.Ok!
InsyaALLAH,sama2 kita renungkan & selamat beramal!:)


0 comments: