Sep 26, 2011

Ini Hidup!(':

Kuala Perlis


Petang tadi ke K.Perlis. Tinjau-tinjau tempat untuk berprogram Oct nanti. Hari ini bumi Perlis ditimpa hujan. Cuaca sejuk sangat dan lembap. Tadi menyulusuri sepanjang jalan di K.Perlis menuju ke Sg. Bahru sangat best! Angin sangatlah kuat sehinggakan rasa mahu tercabut helmet ni.:P heh.

Masa pergi tu aku jd pembonceng je. Masa nak balik,my frenz dah lenguh2 tangan nak press motor,so akulah yg take over. Syoknya merempit!:P Ditakdirkan time balik tu,ada plak road block...ops! Apa lagi kenalah tahan dgn Encik Polis 2...huhu Aku cuba control cool...:D Owh rupa2nya penunggang motosikal je yg ditahan,kereta x plak. Takpe lah...dimintanya ic...then lesen? hah? Kelam kelibut cari lesen...Dan aku menunjukkan lesen aku yg masih lgi 'berkilat'..heheh ( baru dapat lesen la katakan...) dengan bangganya aku menunjukkan lesenku!:D Legaa..nilah 1st time pengalaman tunjukkan lesen kat Encik Polis!

Kuala Perlis(K.P). Aku sayang K.Perlis. K.P banyak menyimpan kenanganku. Banyaaaaak sgt! Hampir 5 tahun setengah di Perlis ni, K.P tempat aku ngn my frenz 'lepak2',release tension,stress,mcm2 lah...pendek kata K.P ni macam dah kenal aku dan tahu rahsia aku! Time aku happy,sedih,sakit hati,geram,marah. hatta berapa air mata aku menitis pun...K.Plah yang menjadi saksi dan peneman setia. (': Alhamdulillah...K.P adalah sebahagian alam milik-Nya. Aku suka K.P,aku sayang K.P , bermakna aku menyayangi dan mengagumi pemiliknya...Subhanallah!:')

Dan kini,aku dan kawan2 sedang menghitung hari.Menghitung hari untuk meninggalkan bumi Perlis ini. Dan hakikatnya, tak lama lagi aku bakal meninggalkan K.P dan itu bermakna aku akan meninggalkan semua kenangan2 itu di sini.....insyaAllah...

Aku menantikan saat di mana ingin aku katakan pada kenangan,"Selamat Tinggal Kenangan". Fuh...biarkan ia berlalu bersama angin K.Perlis. Saat itu, aku sudah berada di fasa baru dengan kehidupan yang lebih baik. insyaAllah...

Inilah K.Perlis...(':




Suatu ketika dulu...aku & mereka ^_^

Mungkin adakah lagi jodohku dengan K.Perlis?



Wallahu'alam.

0 comments: