Apr 14, 2012

Update!

Bismillahirrahmanirrahim...

MasyaAllah! Sudah 2 bulan tidak m'update blog. Fuh3,sangatlah bersawang....Alhamdulillah, hari Sabtu yg 'free' dengan apa jua kegiatan di luar, hanya lepak2 di rumah. Jadi,inilah masanya utk "m'bersihkan" blog...:) hehe

Diam. Lama menyepi pemilik blog ini. Menyepi bukan bermakna membawa diri, tapi menyibukkan diri dengan kerja-kerja yg lebih 'realiti' di luar sana. huhu Moga Allah redha.

Alhamdulillah, kini status sudah bertukar. Bukan lagi fulltime STUDENT,tetapi adalah PEKERJA. Sangatlah berbeza kedua-dua status ini. Kedua-dua alam ini sangat berbeza. Cara untuk survive juga berbeza sama sekali. Cara pembawaan diri juga berbeza kini. Apabila sudah berstatus BEKERJA, terasa diri ini makin dewasa. huhu "Aku sudah dewasa". Itulah hakikat yang harus diterima. Apabila kedewasaan makin meningkat, tanggungjawab juga turut bertambah2 berkadar terus dengan usia.

Alhamdulillah, sudah m'injakkan kaki ke angka 24 pada 23 Mac lepas. A million thanks atas ucapan & doa buat sahabat2 yg masih mengingati diri ini. Semoga apa jua doa yang dititipkan, kembali jua buat kalian,mudah-mudahan diperkenankan oleh-Nya.insyaAllah.

Bekerja & 'bekerja'.

Bekerja untuk mendidik anak bangsa demi mencari rezeki yang halal.insyaAllah,perlu sentiasa refresh niat, bukan sekadar nak cari rezeki...tapi paling penting mardhatillah. Redha Allah yang lebih utama. Moga Allah redha & memberkati usaha2 yg tidak seberapa dalam mendidik anak bangsa. Moga dibukakan pintu hati mereka & diterangi sinar cahaya untuk menerima segala ilmu yang baik dan bermanfaat. Mudah-mudahan usaha murni yang tidak seberapa itu dinilai oleh Allah sebagai amal kebajikan yang besar di sisi-Nya. Amin.

Hari -hari yang dilalui agak sibuk ..tapi tidaklah sibuk sangat sesibuk orang yg hebat2.huhu Masih ada masa untuk beristirehat,maka bukan sibuk sangat namanya...belajar untuk menguruskan masa dengan baik supaya dunia & akhirat dapat diseimbangkan.insyaAllah..

Banyak insinden yang berlalu,but, the moral of my story.. " Better mengadu pada Allah directly daripada mengadu or sharing pada manusia...kerana manusia ni selalu salah faham & lebih merumitkan lagi keadaan. Jadi, mengadulah terus pada Allah kerana Dia lebih mengerti apa yang berlaku dan berdoalah agar diberikan jalan keluar yang terbaik!" :')

It's so nice right? :')
P/s: Semoga terus diberi kekuatan m'hadapi hari-hari mendatang. insyaAllah.

0 comments: