Jun 23, 2010

Kembalikan mood**

Cuti punya cuti hampir 3 minggu kini tinggal lagi lebih kurang 3 hari cuti berbaki. Adess! Rasa malas ja balik maktab…who knows kt sana ‘macam-macam’ada…huhu Balik umah,tunjuk muka happy..tapi kalau kt cn…macam2 dugaan.Sabar je la!~

Cuti kali ni best sangat..dapat habiskan masa bersama family & kengkawan….alhamdulillah,aku masih punya mereka,yang bisa membahagiakan aku …dan itu tandanya i’m not alone!

Waktu cuti pastinya saat2 yang dinantikan adalah berjumpa dgn kwn2 (sahabat dunia akhirat…insyaALLAH), mencari kekuatan melalui kisah hidup dan pengalaman masing2…=) Berkongsi,bertukar-tukar pandangan dan mengambil ibrah disebalik apa yang berlakunya…dan bersama2 meraih redha Ilahi…insyaALLAH...

Di dunia ini setiap orang punya kisah hidup masing2. Juga ,setiap orang akan diuji dengan pelbagai dugaan,yang kadangkala kita sendiri beranggapan tidak mampu untuk berhadapan dengannya. Namun,pernahkah kita terfikir bahawa setiap masalah itu pasti ada jalan keluarnya.Cepat atau lambat…

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mndapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya...." (Surah al-Baqarah:286)

Allah tidak akan membebankan seseorang hamba-Nya sesuai dengan kesanggupannya…

SABAR,SABAR dan terus berSABAR. Inilah kunci sebuah kekuatan.

Ujian itu menguatkan seseorang. Kekuatan dari segi jiwa dan rohani. Percayalah! Allah tidak akan adakan sesuatu itu secara sia2. Pasti ada hikmanya. Jelas atau tersembunyi,mohonlah pada Allah di setiap langkahan kaki agar tidak terkeluar dari landasan kebenaran.

Ujian itu adalah salah satu cara peningkatan iman seseorang. Pernahkah kita berdoa untuk meminta ditingkatkan tahap keimanan kita? Mungkin ujian itu hadir untuk menopup kembali iman kita yang kadangkala hampir goyah sehinggakan hampir melayang kerana ianya hanya senipis kuling bawang!

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut : 2-3)

Tuhanku...

bersama-Mu tidak ada jalan buntu

dengan-Mu berat terasa ringan

dengan-Mu Tuhan aku punya harapan

Engkau yang memungkinkan kemustahilan

Engkaulah jua yang menciptakan keajaiban...



Berbalik kepada tajuk asal, “Kembalikan mood.”


Sebenarnya rasa berat hati sangat nak balik maktab!huhu xda mood...=( Balik kali ni terus berpraktikum,dan tempohnya 2 bulan! Dan praktikum kali ini bertukar partner,bertukar sekolah,dan environmentnya juga pasti berbeza…Kelas,murid-murid,GB,guru-guru,pensyarah pembimbing,guru pembimbing……

“Ya ALLAH,permudahkanlah urusan hamba-Mu ini…Kurniakanlah yang terbaik buat hamba dunia dan akhirat. Peliharalah hamba-Mu dari segala keburukan dan fitnah kerana Engkaulah sebaik-baik Penjaga…ameen Ya Rabbal’alameen.”

InsyaALLAH...sekarang pujuk diri..pujuk hati..set your mind...Think positive and be optimist! Moga dipermudahkan segala urusan.Refreshkan niat,ikhlaskan hati kerana ALLAH dalam melakukan apa jua urusan...

Sesungguhnya hidup & matiku hanya untuk ALLAH...segala2nya adalah untuk ALLAH...demi mencari redha ILAHi...insyaALLAH...

Seperit manapun esok,senyumlah...

Kerana senyuman itu penawar kepahitan...

Semoga ALLAH permudahkan urusan kita esok,dan seterusnya....=)


Jun 19, 2010

Ayuh! Sama2 Mengejar MARDHATILLAH....=)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...bulan Rejab datang lagi...( 14 Jun bersamaan 1 Rejab). Ini bermakna Ramadhan bakal menyapa kita tidak lama lagi...insyaALLAH,mudah-mudahan diberi kesempatan,dipanjang usia untuk sama2 meraikan Ramadhan yang dirindui...ameen.

Dalam bulan Islam,tiga bulan yang istimewa...bulan yang dinanti-nantikan untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala agar meraih redha ALLAH....REJAB,SYAABAN & RAMADHAN...alhamdulillah...syukur kepadanya kerana kita masih diberi kesempatan utuk menghirup oksigen di bulan Rejab ini...=)



.:Keistimewaan Rejab:.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab
akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."



Maka,tunggu apa lagi? Ayuh! Kita sama-sama mengejar redha ALLAH...mungkin ini Rejab yang terakhir??..Hargai saat ini kerana esok belum tentu utk kita....Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba2 ALLAH yang beriman...ameen.

Bersama-sama menuju mardhatillah...

Keredhaan Ilahi cita-cita d'hearty....=)



Jun 11, 2010

Alhamdulillah..akhirnya rindu itu terubat jua…=)


Saat yang ternanti-nanti telah tiba...
Alhamdulillah....akhirnya....
Ketemu juga dengan sahabat yang dirindui...
Sahabat seperjuangan di bangku sekolah dahuluALLAH menemukan kita kembali..
Umpama 'reunion' kecil kami kembali bersua muka
di sebuah kenduri kahwin! ^_^
Tyah,Wan,Fazilah,Husna,Wani,CheKam...=)
(agak sedey coz x suma yang ada...huk3)

Lama tak ketemu...
Bertanya khabar...perkembangan terkini...masing2...
berkongsi cerita...bergelak tawa....(hihi)
macam2 cerita ada...hehe

Latest!Congratulation CheKam! Wah3 berseri2 muka orang yang baru jadi tunangan orang...hee
So sweet..cincin bersinar2 kt jari manis....semanis wajah sahabatku yang kiut miut itu...;)
CheKAm! Cepat2 kahwin ek. Moga berbahagia selalu hendaknya....

Alhamdulillh,lagi good news...dengarnya Ekin yang selamat diijabkabulkan beberapa bulan yang lepas telah pun berbadan dua...tahniah...=)

Tidak lupa juga tahniah wat akak2 senior yang dengar2nya baru sahaja menjadi tunangan orang...Tahniah diucapkan sekali lagi...

InsyaALLAH,buat sahahat2ku yang lain...sabar menanti giliran anda!hehe Especially kpd yang berstatus "not single",cepat2lah....;) Makan nasi minyak nanti jangan lupa panggil dah la ye!



Doakan yang terbaik...insyaALLAH...



Bertemu dan berpisah kerana ALLAH....



Illaliqa' ma'assalamah....^_^



Jun 9, 2010

Bebaskan Palestine!!!!!




Isu Palestine berkisar soal akidah dan keimanan.Kewajipan membebaskannya terpikul di bahu setiap muslim.

Palestine merupakan :
  • Kota suci bagi para nabi sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
  • Bumi ini adalah warisan para nabi yang diamanahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan para muslimin
  • Kota yang menjadi bukti Rasulullah diisrakkan dan dimikrajkan ke langit
  • Kiblat pertama dan masjid suci yang ketiga
  • Tanah waqaf bagi kaum muslimin
  • Peristiwa akhir zaman akan berlaku di sini.

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

P/s : Sajak yang pernah dimainkan di radio IKIM. Sama2lah kita hayati bait-bait sajak ini agar kita berasa lebih bersyukur di atas nikmat kesenangan dan keamanan yang telah ALLAH berikan kepada kita. Mudah-mudahan sajak di atas dapat menimbulkan bibit-bibit keinsafan di dalam diri kita bahawa betapa jauhnya nilai kita dengan nilai yang ada pada diri rakyat Palestine.

Sesungguhnya jalan ke Syurga itu bukanlah mudah....

Bersyukurlah sentiasa...ingatlah selalu...bahawa kita hidup untuk akhirat!

Ya ALLAH,hancurkanlah Yahudi laknatullah!!!!

Jun 8, 2010

.: Nilai Sebuah Persahabatan:.


Apakah nilai sebuah persahabatan?
Adakah sekadar pisang yang dibeli di pasar
Makan isi, kulit dibuang
Sudah busuk tidak dipandang
Atau sekadar baju yang dibeli di gedung membeli-belah
Pakai bertukar-tukar mengikut emosi
Sudah lusuh dibuang saja
Atau mungkinkah seperti mutiara di dasar lautan
Terselindung di dalam tiram
Mencari yang baik susah sekali
Tapi apabila dijumpai, dijual untuk kepentingan sendiri

Jadi, adakah sesuatu di dunia ini setanding dengan nilai sebuah persahabatan?
Persahabatan datang dari hati yang ikhlas
Atas dasar kepercayaan
Atas dasar pengorbanan
Hati yang ikhlas menerima seadanya
Hati yang bisa memaafkan segala-galanya
Kawan boleh ditemui di pasar, di pasaraya, di dasar lautan
Tetapi sahabat
Hanya boleh ditemui di lubuk hati
Bila hati kita tenang bersamanya
Maka dialah sahabat kita...

Tiada apa di dunia ini dapat dibandingkan dengan nilai sebuah persahabatan
Sebuah persahabatan yang diredhai kekal selamanya
Takkan terpisah oleh jarak beribu batu
Takkan terputus oleh masa berkurun
Takkan ternoda oleh bisikan syaitan
Membuktikan sucinya sebuah persahabatan...

~Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.~