Cuti punya cuti hampir 3 minggu kini tinggal lagi lebih kurang 3 hari cuti berbaki. Adess! Rasa malas ja balik maktab…who knows kt sana ‘macam-macam’ada…huhu Balik umah,tunjuk muka happy..tapi kalau kt cn…macam2 dugaan.Sabar je la!~
Cuti kali ni best sangat..dapat habiskan masa bersama family & kengkawan….alhamdulillah,aku masih punya mereka,yang bisa membahagiakan aku …dan itu tandanya i’m not alone!
Waktu cuti pastinya saat2 yang dinantikan adalah berjumpa dgn kwn2 (sahabat dunia akhirat…insyaALLAH), mencari kekuatan melalui kisah hidup dan pengalaman masing2…=) Berkongsi,bertukar-tukar pandangan dan mengambil ibrah disebalik apa yang berlakunya…dan bersama2 meraih redha Ilahi…insyaALLAH...
Di dunia ini setiap orang punya kisah hidup masing2. Juga ,setiap orang akan diuji dengan pelbagai dugaan,yang kadangkala kita sendiri beranggapan tidak mampu untuk berhadapan dengannya. Namun,pernahkah kita terfikir bahawa setiap masalah itu pasti ada jalan keluarnya.Cepat atau lambat…
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mndapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya...." (Surah al-Baqarah:286)
Allah tidak akan membebankan seseorang hamba-Nya sesuai dengan kesanggupannya…
SABAR,SABAR dan terus berSABAR. Inilah kunci sebuah kekuatan.
Ujian itu menguatkan seseorang. Kekuatan dari segi jiwa dan rohani. Percayalah! Allah tidak akan adakan sesuatu itu secara sia2. Pasti ada hikmanya. Jelas atau tersembunyi,mohonlah pada Allah di setiap langkahan kaki agar tidak terkeluar dari landasan kebenaran.
Ujian itu adalah salah satu cara peningkatan iman seseorang. Pernahkah kita berdoa untuk meminta ditingkatkan tahap keimanan kita? Mungkin ujian itu hadir untuk menopup kembali iman kita yang kadangkala hampir goyah sehinggakan hampir melayang kerana ianya hanya senipis kuling bawang!
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut : 2-3)
Tuhanku...
bersama-Mu tidak ada jalan buntu
dengan-Mu berat terasa ringan
dengan-Mu Tuhan aku punya harapan
Engkau yang memungkinkan kemustahilan
Engkaulah jua yang menciptakan keajaiban...
Berbalik kepada tajuk asal, “Kembalikan mood.”
Sebenarnya rasa berat hati sangat nak balik maktab!huhu xda mood...=( Balik kali ni terus berpraktikum,dan tempohnya 2 bulan! Dan praktikum kali ini bertukar partner,bertukar sekolah,dan environmentnya juga pasti berbeza…Kelas,murid-murid,GB,guru-guru,pensyarah pembimbing,guru pembimbing……
“Ya ALLAH,permudahkanlah urusan hamba-Mu ini…Kurniakanlah yang terbaik buat hamba dunia dan akhirat. Peliharalah hamba-Mu dari segala keburukan dan fitnah kerana Engkaulah sebaik-baik Penjaga…ameen Ya Rabbal’alameen.”
InsyaALLAH...sekarang pujuk diri..pujuk hati..set your mind...Think positive and be optimist! Moga dipermudahkan segala urusan.Refreshkan niat,ikhlaskan hati kerana ALLAH dalam melakukan apa jua urusan...
Sesungguhnya hidup & matiku hanya untuk ALLAH...segala2nya adalah untuk ALLAH...demi mencari redha ILAHi...insyaALLAH...
Seperit manapun esok,senyumlah...
Kerana senyuman itu penawar kepahitan...
Semoga ALLAH permudahkan urusan kita esok,dan seterusnya....=)
0 comments:
Post a Comment