
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum…salam terindah ,salam sejahtera,salam sehangat mentari waktu dhuha,salam penghormatan dan sesuci persahabatan yang tiada pudar…salam buat sekalian alam…
Alhamdulillah…kembali mengupdate blog. Mungkin ada yang perasan dan (mungkin ramai yang x perasan) blog ini sudah bertukar wajah…pemilik blog dengan berbesar hati ingin memberi nafas baru kepada blog ini,seakan ‘mood’ pemilik blog juga mahu berubah…kembali dengan lembaran baru sebuah kehidupan…semoga hati ini lebih tenang.....
InsyaAllah,semester 6 bakal bermula. Pejam celik pejam celik,rupa2nya sudah menginjak ke semester 6 dan menunjukkan akan berakhirnya tahun 3 pengajian tak lama lagi. Cepatkan masa berlalu? Dah berapa lama di bumi Perlis ini? Owh! Sudah 4 tahun….4 tahun…bukan sekejap….
Sudah 4 tahun berlalu…macam2 yang berlaku. Pahit,manis,masam,kelat…macam2 dirasai asam garam kehidupan. 1001 rasa,1001 pengalaman…semuanya masih utuh,masih kekal di ingatan…dan di hati!
Pengalaman mematangkan. Setiap orang pernah buat salah,tiada manusia yang sempurna. Sepanjang tempoh ini,jatuh bangun perkara biasa.Lumrah alam. Paling penting,belajar dari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Yang berlalu,biarkan ia berlalu…akan datang? Bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan,dan moga2 sentiasa lebih kuat,sabar dan matang menghadapi hari2 mendatang.
Setinggi manapun burung itu terbang akhirnya ia akan pulang ke sarang. Begitu juga manusia biasa macam kita,walau sehebat mana kita,segah mana kita sekalipun,akhirnya akan pulang kepada sang pencipta. Ingatlah,kita akan kembali kepada Allah…Oleh itu,sentiasalah refresh niat,perbetulkan niat kita hidup di muka bumi ini hanya kerana Allah…dan dalam melakukan apa jua perkerjaan juga kerana mencari redha Allah…dalam apa jua situasi,kembalilah kepada Allah,Tuhan yang menguasai seluruh alam…
Cuti bakal berakhir.Semester baru bakal bermula. Moga lebih bersemangat menghadapi hari esok. InsyaALLAH…semester baru,buka lembaran baru…buang yang keruh,ambil yang jernih. Yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan. Think positive! Husnuzon! Semoga Allah mengurniakan yang terbaik,dunia dan akhirat…
Harta yang paling untung SABAR,
Teman yang paling akrab AMAL,
Pengawal yang paling waspada DIAM,
Bahasa yang paling indah SENYUM,
Orang yang paling MANIS adalah
orang yang menghulurkan senyuman dengan IKHLAS
kerana selain sedekah,
senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati
dan senyuman itu tidak menyakitkan
tetapi menjadi penawar hati yang sakit....

Semoga Allah redha….
:: belajar untuk tersenyum...=)
0 comments:
Post a Comment