Dec 31, 2011

:')

Bisikan Hati
hanya Allah yang mengerti...


Jalan Allah, indah pada masanya...
Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN
tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN...

Yakinlah...

DIA sedang MENGATURKAN yang terbaik
dalam kehidupan kita...

(':


Lagu :
Ku Pinang Kau dengan Bismillah

My 1st tried making video.
i'm trying to be OSEM ( Ordinary Self, Extra-ordinary Muslim) ! ^_^

May Allah bless.

Nov 28, 2011


"Oh Allah,
don't let me ever turn away
from You,
no matter how many trials
and difficulties You test me with.

Let these difficulties
serve to make me stronger Muslim
and more sincere to U..."


28 Nov 2011
11.11 pm

Nov 7, 2011

Andai diberi kesempatan itu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah menginjakkan kaki ke bulan Nov. Sangat pantas masa berlalu, bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi dan mengalami perubahan fasa. Allahuakhbar! Allah Maha Besar yang mengatur segalanya...

Kini aku menghitung hari di bumi Perlis. Banyak ibrah yang telah kuperoleh selama hampir 5 tahun setengah disitu. Syukur! Satu kalimat yang mampu kututurkan atas segalanya. Yes, thanks for everything.....:)

Bulan Nov & Dis 2011 ini dijangkakan agak sibuk dengan pelbagai urusan yang kadangkala membuatkan jiwaku kadangkala stress! Astagfirullahal'azim...

All is about my life...^_^

9,10 & 14 Nov 2011 - exam ( final of the final exam!)
21- 23 Nov 2011 - KISSM
28 Nov -16 Dis 2011 - part time job ^^
15 Dis 2011 - interview SPP
1.1.2011 - posting! (?_?)

Rabbi Yassir wala tu'assir...ameen Ya Allah.


Tiada dapat ku bayangkan hidup tanpa cintaMu, Ya Allah...
dan sekiranya berpanjangan pun tiada cukup bagiku,
kerana setiap kali ku bernafas,
aku perlukan-Mu dan jantungku berdegup kembali..
Duhai Kekasihku, tiada dapat ku membantu,
Engkau terus menenggelamkan aku dalam cintaMu...
Pabila ku cuba bangkit, aku dilenyapkan oleh cinta...
Duhai Kekasih Agungku, Engkau terus menenggelamkan aku dalam cintaMu..
Engkaulah udara untukku terus bernafas...
Allah! Allah! Allah!

Amalan Wanita Solehah ('=


Bismillahirrahmanirrahim...

Mahu menjadi wanita solehah! Ya Allah,pimpinlah aku untuk menjadi wanita solehah yang bermanfaat untuk agama-Mu,insyaAllah di dunia & akhirat. Ameen Ya Allah...

Amalan Wanita S
olehah♥

1. Mendirikan solat/sembahyang. Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat se
bagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat ju
ga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg bol
eh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perb
uatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga am
anah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur!

Selamat beramal untuk mengejar title 'Wanita Solehah' di mata Allah!(':


"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah."

Nov 6, 2011

Salam Pengorbanan! (':

Salam 'Aidil Adha...(':

Alhamdulillah untuk saat ini! Seinfiniti syukur pada-Mu Ya Rabb kerana memberiku kekuatan untuk menempuh hari2ku...

jatuh bangunku segalanya ketentuan-Mu

sakitku, tangisku, hibaku, & tawaku segalanya dari-Mu

redha aku menerimanya

syukur pada-Mu Tuhan atas segalanya

kerana ia sentiasa mengingatkan aku pada-Mu

yang pasti ibrah terbesarnya adalah kecintaanku pada-Mu makin berganda2...(':


Allahu Rabbi...Allahu Ya Rahim...

Salam Aidil Adha. Salam Pengorbanan jiwa dan raga!

Semoga kesempatan yang diberi ini dapat mengorbankan karat-karat jahiliyyah yang masih menyelubungi diriku selama ini!

Semoga terus tsabat & istiqamah di jalan ini!

Semoga hati tetap utuh menjalani hidupku!

Semoga setiap nafasku & langkahan kakiku bermanfaat buat Islam!

Semoga menjadi muslimah,mukminah, muslihah &murobbiah yang lebih baik,lebih baik dan terbaik!

Semoga segalanya yang terindah menjadi milikku fi dunnia wal akhirah!

Semoga berkesudahan yang baik (husnul khatimah).

Ameen.Ameen.Ameeeen Ya Rabb!

insyaAllah,nothing impossible with Allah!(':

Oct 21, 2011

Always trust in Allah...(':

Sekuat manapun godaan yang kita hadapi
Sekuat apapun cubaan yang harus kita jalani
Sebesar apapun kegagalan yang harus kita rasai
Sejauh manapun hari-hari yang kita lalui
JANGAN pernah berhenti berharap dengan pertolongan Ilahi...

... kerana harapan adalah masa depan
kerana harapan adalah sumber kekuatan
kerana doa' adalah pintu kebaikan dan
kerana doa' adalah pintu orang beriman!

May ALLAH gives us helps ,answers,solutions and ways of being PATIENT.

Always trust in Allah...(':

Sep 26, 2011

Ini Hidup!(':

Kuala Perlis


Petang tadi ke K.Perlis. Tinjau-tinjau tempat untuk berprogram Oct nanti. Hari ini bumi Perlis ditimpa hujan. Cuaca sejuk sangat dan lembap. Tadi menyulusuri sepanjang jalan di K.Perlis menuju ke Sg. Bahru sangat best! Angin sangatlah kuat sehinggakan rasa mahu tercabut helmet ni.:P heh.

Masa pergi tu aku jd pembonceng je. Masa nak balik,my frenz dah lenguh2 tangan nak press motor,so akulah yg take over. Syoknya merempit!:P Ditakdirkan time balik tu,ada plak road block...ops! Apa lagi kenalah tahan dgn Encik Polis 2...huhu Aku cuba control cool...:D Owh rupa2nya penunggang motosikal je yg ditahan,kereta x plak. Takpe lah...dimintanya ic...then lesen? hah? Kelam kelibut cari lesen...Dan aku menunjukkan lesen aku yg masih lgi 'berkilat'..heheh ( baru dapat lesen la katakan...) dengan bangganya aku menunjukkan lesenku!:D Legaa..nilah 1st time pengalaman tunjukkan lesen kat Encik Polis!

Kuala Perlis(K.P). Aku sayang K.Perlis. K.P banyak menyimpan kenanganku. Banyaaaaak sgt! Hampir 5 tahun setengah di Perlis ni, K.P tempat aku ngn my frenz 'lepak2',release tension,stress,mcm2 lah...pendek kata K.P ni macam dah kenal aku dan tahu rahsia aku! Time aku happy,sedih,sakit hati,geram,marah. hatta berapa air mata aku menitis pun...K.Plah yang menjadi saksi dan peneman setia. (': Alhamdulillah...K.P adalah sebahagian alam milik-Nya. Aku suka K.P,aku sayang K.P , bermakna aku menyayangi dan mengagumi pemiliknya...Subhanallah!:')

Dan kini,aku dan kawan2 sedang menghitung hari.Menghitung hari untuk meninggalkan bumi Perlis ini. Dan hakikatnya, tak lama lagi aku bakal meninggalkan K.P dan itu bermakna aku akan meninggalkan semua kenangan2 itu di sini.....insyaAllah...

Aku menantikan saat di mana ingin aku katakan pada kenangan,"Selamat Tinggal Kenangan". Fuh...biarkan ia berlalu bersama angin K.Perlis. Saat itu, aku sudah berada di fasa baru dengan kehidupan yang lebih baik. insyaAllah...

Inilah K.Perlis...(':




Suatu ketika dulu...aku & mereka ^_^

Mungkin adakah lagi jodohku dengan K.Perlis?



Wallahu'alam.