Redhalah dengan ketentuan-Nya...

......Hidup ini indah jika segala-galanya kerana ALLAH.....
~Pengemis Cinta Ilahi,Perindu Syahid Abadi~
......Hidup ini indah jika segala-galanya kerana ALLAH.....
....Bahagia Menjadi Wanita,Tidak Rugi Menjadi Jejaka....
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
Ramadan yang penuh bermakna kali ini…13 Ramadan bersamaan 3 September 2009, ayahanda tersayang dijemput Ilahi. Kudoakan agar ALLAH mencucuri rahmat ke atas arwah abah,dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan para solihin….moga roh abah tenang di sana dan bahagia di samping-Nya..ameen.
Sk Kampong Keda memiliki banyak keistimewaannya. Merupakan sekolah yang baru sahaja beroperasi pada tahun 2002,memiliki lanskap yang sangat menarik dan pemandangan yang sangat cantik.
Guru-guru di sini sangat peramah dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan memberikan tunjuk ajar kepada kami. Guru Besar sangat prihatin tentang kebajikan murid-murid dan guru-guru Penolong Kanan pula sangat komited dengan tanggungjawab masing-masing.Maka,ianya memberikan tanggapan yang positif buatku tentang profesion ini untuk terus bersemangat dan tegar dalam menjalankan tanggungjawab nanti.:) InsyaALLAH..
...perhimpunan pagi...
...laluan utama...
...pemandangan dari atas bangunan sekolah...
...satu sudut sekolah yang menarik...
...suasana dalam kelas ketika membuat observation(pengalaman yang sukar untuk dilupakan)...
Buat warga SK Kg Keda,terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama dan tunjuk ajar yang dihulurkan..Moga setiap usaha kita dinilai oleh ALLAH sebagai amal kebajikan...;) InsyaALLAH..
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Alhamdulillah..syukur kupanjatkan pada Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menungkilkan secebis bingkisan sekadar perkongsian bersama. Sudah lama tidak menjengah blog,rindu rasanya. Masalah internet yang berlaku di ipp menyebabkan terputus sudah hubungan. Namun,'hubungan' dengan-Nya tetap berjalan seperti biasa....alhamdulillah...
Kebelakangan ini pelbagai masalah yang berlaku secara mendadak dan bertimpa-timpa meruntun hatiku. Mungkin itu 'peringatan' daripada-Nya,menegur kealpaanku yang kadangkala aku sendiri tidak sedari. Alhamdulillah,itu tandanya Dia masih sayang dan amik peduli padaku. SYukur!
Dugaan demi dugaan yang menimpa sememangnya menguji kesabaranku. Saat itu barulah kusedar bahawa aku tidaklah sekuat mana. Sebenarnya dugaan-dugaan itulah yang mematangkan aku menjalani hidup.Hanya Dia setia menemaniku tika aku kegoyahan dan memerlukan tempat untuk mengadu kerana Dialah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Kesedihan yang mengisi ruang hati sedikit terubat tatkala terbaca bait-bait kata ini…..
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damai hatimu kerana
Masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan ALLAH tidak tahu derita hidupmu
Retaknya hatimu tapi mungkin itulah
Yang Dia mahukan kerana Dia tahu
Hati yang sebeginilan selalunya
Lebih lunak dan
Mudah untuk akrab dan dekat dengan-Nya….
Kudoakan agar ALLAH memberiku kekuatan yang cukup untuk menempuh liku-liku kehidupan ini.Moga kasih dan rahmat ALLAH sentiasa menemaniku,juga menemani insan-insan yang kusayangi selamanya.Ameen.
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yg lembut, basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kpd perintah-Mu...
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna, hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar2 mantap...
Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yg jitu dan unggul, selamat dari segala bahaya dan petaka...
Kami mohon pada-Mu Ya Allah, kecukupan yg tak sampai kami meminta jasa org lain...
Berikanlah kami Ya Allah iman sebenarnya sehingga kami tidak lagi takut atau mengharapkan kpd org lain selain dari Engkau atau menyembah selain dari Engkau...
Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat-Mu ke atas kami dan keluarga kami serta sesiapa saja yg bersama-sama kami...
Janganlah Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau sekadar masa yg lebih pendek dari itu...
Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah permohonan kami. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad s.a.w, Nabi yg mulia, kpd keluarga baginda dan para sahabat baginda semuanya.
Ameen... Ya Rabbal 'alamiin.
Bila ALLAH cepat makbulkan doamu,
Maka dia menyayangimu.
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu.
Bila DIA tidak memakbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH dalam apa jua keadaan pun…kerana kasih ALLAH itu mendahului murka-Nya…