Feb 14, 2010

Kita Hanya Mampu Merancang....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih…

Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan ALLAH. Nikmat terbesar,iaitu nikmat Iman dan Islam,nikmat kesihatan dan pelbagai nikmat lagi yang tidak terhitung. Alhamdulillah…

14 Februari 2010,..

Hari bersejarah bagi rakan sekelas,Suriya Akia (kawan sekelas yang pertama sekali mendirikan rumah tangga ) Alhamdulillah,selamat diijabkabulkan dan melangsungkan majlis perkahwinannya pada hari ini…Suka tgk wajah berseri-seri Suriya...=)

Dengan kehendak ALLAH,rancangan kami untuk bersama-sama ke walimah Suriya tidak dapat dilaksanakan.Pada asalnya,kami merancang iaitu sahabatku Siti Atiyah akan drive dan mengambil semua sahabat2 ( m.ndak,hani,fazilah dan aku sendiri) dan kami akan sama-sama ke rumah Suriya. Last2 minute tiba-tiba Tyah anta mesej….

“ Slm,mntk maaf banyak2..Ak xleh p..Tba2 tok ak pnt..Keadaan tok ak agak nazak. Sory……”

Tergamam aku seketika. Cuba berfikiran rasional dan mengatur plan baru. Lantas aku menelefon M.Ndak dan berjanji dengannya untuk menjemputnya di Pekan Baling terus kami sama-sama ke rumah Tyah dan menziarahi toknya yang sedang sakit.Tidak sedap hati rasanya membiarkan Tyah keseorangan di saat2 dia memerlukan kekuatan...Aku dapat merasainya...aku tahu...(kerana aku juga pernah mengalami pengalaman yang sama). Sabar banyak2 Tyah! Kudoakan yang terbaik wat nendamu...

Setelah itu,barulah kami ke walimah Suriya.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ..Walaupun planning asal tidak menjadi,namun aku yakin pasti ada hikmahnya.

Untuk trip yang terbaru ini,akulah yang menjadi 'leader' walaupun aku sendiri x tahu di mana rumah pengantin.hu3 Hampir tersesat kami berempat dek kerana 'leader' yang tidak bertauliah..ngeh3 Malu bertanya sesat jalan..so kami telah membuang perasaan malu untuk bertanyakan kepada orang di manakah letaknya lokasi rumah pengantin tersebut...

Dan akhirnya,setelah mengharung perjalanan yang penuh cabaran ini ( cheewah),alhamdulillah akhirnya kami tiba di rumah Suriya...Last but not least..hu3

Sempat juga bertemu dengan sahabat-sahabat lama,Naseem,Jannah,Aminah,Amirah,Pudin dan Muiz..Walaupun tidak lama sekadar bersalam-salaman,insyaALLAH mudah-mudahan ukhwah kita tetap terpelihara selamanya…=)

Kita hanya mampu merancang,namun ketetapannya tetap milik Tuhan.Redhailah apa jua ketentuan-Nya kerana sengaja Dia tentukan sedemikian agar kita terus berhati-hati untuk hari-hari mendatang yang bakal menjelma,JIKA esok masih ada…hargailah apa yang wujud di sekeliling kita agar kita merasai erti SyuKur…

Buat Suriya binti Akia,

Selamat Pengantin Baru...

Semoga berbahagia hingga ke syurga
Semoga menjadi isteri yang solehah buat suami tercinta
Dan menjadi ibu mithali buat anak2 yang soleh & solehah
Barakallahu lakuma...=)




P/s :Harap2 lepas ni dpt mkn nasi mnyak lagi...hu3 Agknya turn sapa la plak lps ni? ^_~

2 comments:

Surau Al-Ghafur said...

kita merancang Allah menentukan..redha dengan segala yg telah dirancang olehNya =)

Nur Hawa said...

erm...turn tuan empunya blog laaa...:)