Mari kita renungi bahawa sebagai manusia biasa, kita memang tidak akan pernah sunyi dari melakukan dosa sama ada yang sengaja dilakukan tatkala nafsu menguasai minda dan jiwa, atau lebih-lebih lagi yang tidak disengajakan kerana sifat lalai dan lupa…Astagfirullahal’azim…
Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
( Surah az-Zumar, ayat 53 )
Oleh itu, kita seharusnya sentiasa bermuhasabah dan menilik diri. Kita,manusia biasa yang penuh cacat cela dan bukanlah sempurna. Bersama2lah kita berterusan mengharap kasih sayang dan rahmat-Nya, basahkan bibir mengucapkan istighfar, kembalilah kepada-Nya dengan taubat yang sebenar-benarnya. Taubatan nasuha~
Ayuh! Sama2lah kita berusaha memastikan hati sentiasa terarah kepada ketaatan dan terhindar dari godaan syaitan yang menyesatkan. Antaranya :
1) Melazimi istighfar dan taubat walau belum melakukan dosa yang berat.
Firman Allah SWT : Maksudnya : “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa.”
( Surah Ali Imran ayat 133 )
2) Melihat orang yang di atas dalam hal ehwal akhirat dan keagamaan, sebaliknya melihat kepada orang yang dibawah dalam perkara keduniaan. Dengan itu, kesyukuran atas setiap kurnia dan ujian daripada-Nya akan terus berpanjangan.
3) Menginsafi dengan hati yang tulus bahawa setiap kebaikan yang dilakukan adalah kerana rahmat Allah dan petunjuk-Nya, lantas ia menjadi pendorong untuk lebih merendah diri, tidak sombong, belas kasihan serta mendoakan mereka yang belum menerima hidayah Allah SWT .
4) Menginsafi bahawa setiap kejahatan atau kemungkaran yang dilakukan adalah kerana kealpaan dan kelalaian. Dengan itu usahakan mujahadah yang berterusan melawan bisikan syaitan.
5) Berkawanlah dengan teman yang soleh atau solehah yang sentiasa membawa sahabatnya dekat kepada Allah. Dan bukan sebaliknya. Kebaikan yang ada diterima, keburukan yang terlihat dinasihati penuh cinta. Sahabat yang baik kerana Allah bukan sekadar menyayangi sahabatnya yang lain kerana dunia, tetapi lebih dari itu kerana inginkan kebahagiaan di akhirat sana dapat dikecapi bersama-sama.
~wallahu'alam~









0 comments:
Post a Comment