May 2, 2010

...::Merenung, Menilai dan Menginsafi::...

Dengan Nama ALLLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Di saat bersendirian macam2 benda terfikir. Bermuhasabah diri merenung kembali hari-hari dan saat-saat yang telah dilalui. Rentetan daripada artikel “ Kita Yang Bernama Manusia”,seringkali aku terfikir dosa-dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sama ada sengaja atau tidak,astagfirullahala’zim….Yang dinamakan manusia tidak akan pernah lari dari membuat silap dosa.

Tiba-tiba aku terfikir,,…dosa dengan ibu bapa? Jika direnung2,bagaimana dengan dosa kita dgn ibu bapa kita??..Pernah kalian terfikir.....

Persoalan itu membuatku merenung dan mengimbas kembali saat2 aku bersama ‘mereka’, arwah mak & abah. Allah begitu menyayangi keduanya,dan telah menjemput mereka awal….especially mak, saat mak menghembuskan nafas yang terakhir waktu itu aku baru 7 tahun@ darjah 1. Sangat mentah dan kebudak2an. Adik waktu tu baru 3 tahun. Allah begitu sayangkan mak...Terfikir aku,banyakkah dosaku dengan mak? Mungkin disebabkan kedegilan dan kenakalanku…Ya ALLAH,..tak tergambar…mungkin aku masih kecil saat itu,…namun,aku berdoa dan sentiasa berdoa moga diampunkan segala dosa2ku dengan arwah mak...insyaAllah...

Jika dihitung-hitung saat ini genap 8 bulan abah pergi mengadap Ilahi. Arwah abah,hidup bersamanya lebih 20 tahun ( saat abah dijemput Ilahi aku berusia 21 tahun ) dan pastinya banyak kenangan bersama,namun sebagai manusia biasa pastinya ada juga dosaku pada abah. Astagfirullahal’azim…Moga abah sentiasa meredhai dan merestui anaknya ini sepanjang hayatnya….

Ingatlah, “Syurga itu di telapak kaki ibu”. Bagi yang masih memiliki ibu,hargailah ibu kalian seadanya dan bahagiakanlah mereka selagi diberi kesempatan…Bagi wanita,setelah berumah tangga,'keberatan' harus diberikan kepada insan bergelar suami,namun bagi kaum lelaki,your mother is always no. 1! Redha ibu bapa adalah redha ALLAH...maka,jadilah anak yang baik@soleh@solehah...:)

Ya ALLAH,ampunilah dosa2ku dengan kedua ibu bapaku,dan pada-Mu Tuhan kumohon agar diampunkan segala dosa2 mereka….Ampunilah dosa-dosa kami…kerana Engkaulah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani...

Dalam kita berusaha menjaga hati,namun masih ada insan yang terluka. Sikap kita yang kadangkala kurang menyenangkan telah menyakiti hati insan lain terutamanya insan yang hampir dengan kita. Kadang-kadang tiada niat di hati untuk berbuat demikian,namun disebabkan perasaan yang tidak dapat dikawal,ditambah dengan hasutan syaitan yang bermaharajalela apabila perasaan marah menguasai diri,maka kita telah menyakiti.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya...

Dalam kerendahan hati ,kupohon agar maafkan diriku di atas segala khilaf dan kekurangan...Hidup terlalu singkat. Aku takut,aku tidak punya kesempatan itu untuk memohon kemaafan...maafkanlah diriku atas serba kekurangan....

Buat yang mengenali diri ini, kupinta pada kalian tolonglah ingatkan saya.....

Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah Al-Quran
tika dunia penuh hib
uran
tika hari penuh kelapangan.

Tolong ingatkan saya
di mana silamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah kerana-Nya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepada-Nya jiwa diserahkan
segala-segala Dialah tumpuan.

Tolonglah ingatkan saya....

....::Indahnya hidup ini jika segala-galanya kerana ALLAH::...

~Mencari dan terus mencari CinTa IlaHi~



0 comments: