May 28, 2010

.: Saya dan Kehidupan :.

Alhamdulillah...baru selesai final exam untuk sem ini (27 Mei)...itu tandanya bakal berakhirnya Semester 5 ini...Masa pantas berlalu tanpa kita sedari...Hari-hari yang dilalui mematangkan diri...terima kasih ALLAH kerana memberikanku peluang merasai nikmat 'kematangan' ini...:)


Hari-hari sebelum exam: tertekan dan agak stress hidup dalam 'mood exam'. Tiap saat memikirkan study,study,study...prioriti tika itu adalah study,study dan study...sehinggakan mengabaikan perkara lain yang menyesakkan dada...Banyak perkara yang perlu difikirkan dan diselesaikan,namun keutamaan semestinya diberikan kepada study!...Saat itu juga,terfikir di hati..." alangkah bahagianya kalu dah habis exam...boleh wat itu...boleh wat ini..."..heee Tak sabar untuk merasai saat itu..........

Dan alhamdulillah...saat itu sudah tiba...:) Perasaan? Alhamdulillah...terasa agak lapang dada...exam semester ini dan berakhir...satu bentuk ujian berjaya dilalui,namun hakikatnya masih banyak "ujian" yang masih menanti...Masih banyak perkara yang tertangguh dan perlu diselesaikan segera...Seumpama "hutang-hutang" yang perlu dilangsaikan segera agar ketenangan hati itu makin bertambah....Percayalah...Ketenangan itu ada dalam diri...terpulang pada kita bagaimana kita untuk menikmatinya...

Saat ini,masih memikirkan apa yang ingin dilakukan untuk mengisi masa lapang yang terluang.....Ujian itu hadir hadir pelbagai bentuk,antaranya kita diuji dengan nikmat masa yang panjang....Bagaimana harus kita menggunakannnya? Dalam erti kata yang lain,bagaimana harus kita manfaatkannya??...Seperti yang diperkatakan sebelum ini,ujian itu tidak akan terhenti di situ dan ia sentiasa menghambat dan mendekati diri kita,sama ada sedar atau tidak.....Ujian itu bukan sekadar menguji kefahaman kita menjawab soalan peperiksaan,tetapi realiti yang harus kita ketahui ujian itu sentiasa hadir dan mendekati kita dalam kehidupan seharian. Ujian hidup itu hadir untuk menguatkan kita menghadapi hari-hari mendatang....

"Enjoy!!!~Yeaayy!!!~Yesss!!" Itu adalah antara kata-kata yang sering kita dengar di saat berakhirnya sesuatu peperiksaan. Jarang sekali terdengar kalimah "alhamdulillah" terucap di bibir untuk melahirkan rasa kesyukuran apabila berakhir suatu ujian. Itulah dunia. Penuh dengan keseronokan! Berseronok itu boleh,digalakkan untuk menggembirakan hati namun haruslah berpada-pada dan tidak melanggar syariat....Islam tidak menghalang umatnya untuk berseronok,tetapi harus mengikut batas-batas yang ditetapkan oleh syarak.Jangan sampai kita berseronok sehingga lupa akan dunia dan lagha! Nauzubillah....bersederhanalah dalam segala hal...itulah yang terbaik....:) Plan terdekat...pg jalan2 dan makan2 kt K.perlis...(tuntut janji! hehe) insyaALLAH...

Perasaan saya...saat ini...sangat merindui family di rumah..Rasa macam nak terbang dan balik ke rumah! Menghabiskan masa di rumah adalah satu nikmat yang tak terhingga....Terasa hilang segala masalah dan bebanan hidup.....Dan sangat merindui kawan2 dan sahabat2 lama...Tak sabar sangat nak jumpa hangpa suma taw! ;) Cuti kali ni banyak kenduri kahwin dan insyaALLAH,kita jumpa nanti k...kita bercerita puas2....heee Kahwin? Nikah? Topik yang tak habis2 diperkatakan.......apa kata anda? Saya? No komen! huhu


Gambar kenangan di kenduri kawen Ekin...

Ikutkan hati rasa cam nak cabut balik umah dah..tapi memikirkan banyak hal tak settle lagi,niat tu dibatalkan..huhu Minggu ni akan diadakan taklimat praktikum,siapkan portfolio, konvokesyen.....macam2 hal...tapi,pujuk hati dan cakap pada diri....jgn risau...ALLAH dah merancang yang terbaik...hargai saat2 ini...dan nikmatilah saati ini...bahagiakan diri,gembirakan hati dan paling penting hidup dalam ketenangan........:)

Bercakap tentang bahagia,teringat dendangan lagu nasyid Hakikat Bahagia oleh UNIC. Jom,kita hayati.......


.: Hakikat Bahagia :.

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa

Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah Bila berkuasa amanah Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki

Bahagia melihat orang bahagia....Semoga berbahagia selalu....

0 comments: