Jun 25, 2010

...Buat Wanita & Diriku...

Mampukah aku menjadi seperti Khatijah?
Agung cintanya kepada ALLAH dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih ALLAH
Susah dan senang rela bersama.....

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong taktala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahndanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga.....

Ketika aku marah
Inginku intip sepihan sabar
dari catatan hidup Siti Hajar
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman....
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

::Mampukah insan BIASA sepertiku menjadi HEBAT seperti mereka? Ayuh muslimah sekalian! Sama2 kita perbaiki diri....jaga peribadi,pelihara maruah diri! Jaga diri,jaga hati,jaga iman,jaga amal!~

Semoga ALLAH redha.......

...:: Pada-Mu Kubersujud ::...


.:Pada-Mu Kubersujud:.

Ku menatap dalam kelam,

tiada yang bisa ku lihat,
selain hanya namaMu,
Ya Allah...

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku,
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta,
Kau beri ku bahagia,
jadikan aku selamanya,
hamba-Mu yang selalu bertaqwa

Ampuniku Ya Allah,
yang sering melupakan-Mu,
saat Kau limpahkan kurnia-Mu,
dalam sunyi aku bersujud....

.Afgan.


Buatlah sesuka hatimu....

Bismillahirrahmanirrahim...

Jari -jemari bergerak,mengetuk kekunci keyboard...melakarkan coretan hati....


Apabila tiada lagi kalam yang mampu terkeluar di bibir,di benak hati hanya inilah yang terungkap..."Buatlah sesuka hatimu....."

Bukan tidak sayang apabila membiarkan dia berterusan 'kesesatan' begitu,namun apalah daya yang mampu dilakukan jika segala usaha telah dilakukan. Puas menasihati dengan cara yang penuh berhikmah agar tidak menyakiti,diberi 'hint' agar dia sedar apa yang sedang dilakukannya adalah salah....namun apabila segala usaha itu tidak berhasil....apa lagi yang harus dilakukan? bagaimana?

Hanya doa' yang mampu dititipkan.Selebih berserah kepada Allah kerana dia yang memegang hati2 kita....Allahu'rabbi....

Selalu sangat kita tak sedar apa yang sedang kita lakukan adalah salah.Kadang2 orang yang sayangkan kita yang akan menegur dan menyedarkan kita...Seringkali berlaku. Mungkin juga pada saya sendiri. Terima kasih kepada yang sudi menegur... Alhamdulillah,teguran itu sebenarnya dari Allah....kerana sebagai manusia biasa kita acapkali terlupa dan terleka....

Pernah tak berlaku pada diri kalian,rasa malu melihat perbuatan orang lain? Sedangkan orang itu tiada rasa apa2..mungkin dia tidak sedar apa yang sedang dilakukannya adalah sesuatu yang memalukan! Saya sering mengalami situasi sebegini. Kadangkala saya menangis sendiri kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan bagi menyedarkan insan tersebut. Saya yang merasai 'malu' itu sedangkan insan itu tidak kisah langsung.....Mungkin dia tidak kisah melakukan sedemikian dan membiarkan orang memperlakukannya sedemikian....

Saya terfikir,pernah dia terfikir apa yang dilakukannya adalah salah? Hina di mata orang,hina di mata masyarakat....tapi kenapa dia masih membiarkan dirinya berada di 'bawah' dan menjatuhkan maruah sendiri?

Sedarlah wahai insan...juga diriku...tiliklah diri masing2...kembali kepada Allah....

Saya sedar,saya bukanlah orang yang terbaik untuk menasihati orang....siapalah saya....tapi tolonglah sedar...sometimes kita tak sedar apa yang kita lakukan salah. Tapi,bila ada seseorang yang cuba menasihati kita,itu tandanya kita ada buat sesuatu,mungkin yang 'tidak manis' dipandang orang....dan apa lagi....wallahu'alam.....

Ambil masa,tilik diri,muhasabah diri.Tiada yang sempurna. Berusahalah memperbaiki kelemahan diri....

Buat insan yang sedang leka dengan keindahan dunia dan sedang hanyut dibuai mimpi indah...sedarlah...kembalilah ke dunia yang nyata....

Dalam hadis Rasulullah s.a.w : "Jika engkau tidak malu,buatlah sesuka hatimu."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Tiada lagi yang mampu kuucapkan.

Semoga 'hidayah' Allah sampai kepadamu.




Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita...
....ameen Ya Rabb....


Buka lembaran baru…


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum…salam terindah ,salam sejahtera,salam sehangat mentari waktu dhuha,salam penghormatan dan sesuci persahabatan yang tiada pudar…salam buat sekalian alam…

Alhamdulillah…kembali mengupdate blog. Mungkin ada yang perasan dan (mungkin ramai yang x perasan) blog ini sudah bertukar wajah…pemilik blog dengan berbesar hati ingin memberi nafas baru kepada blog ini,seakan ‘mood’ pemilik blog juga mahu berubah…kembali dengan lembaran baru sebuah kehidupan…semoga hati ini lebih tenang.....

InsyaAllah,semester 6 bakal bermula. Pejam celik pejam celik,rupa2nya sudah menginjak ke semester 6 dan menunjukkan akan berakhirnya tahun 3 pengajian tak lama lagi. Cepatkan masa berlalu? Dah berapa lama di bumi Perlis ini? Owh! Sudah 4 tahun….4 tahun…bukan sekejap….

Sudah 4 tahun berlalu…macam2 yang berlaku. Pahit,manis,masam,kelat…macam2 dirasai asam garam kehidupan. 1001 rasa,1001 pengalaman…semuanya masih utuh,masih kekal di ingatan…dan di hati!

Pengalaman mematangkan. Setiap orang pernah buat salah,tiada manusia yang sempurna. Sepanjang tempoh ini,jatuh bangun perkara biasa.Lumrah alam. Paling penting,belajar dari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Yang berlalu,biarkan ia berlalu…akan datang? Bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan,dan moga2 sentiasa lebih kuat,sabar dan matang menghadapi hari2 mendatang.

Setinggi manapun burung itu terbang akhirnya ia akan pulang ke sarang. Begitu juga manusia biasa macam kita,walau sehebat mana kita,segah mana kita sekalipun,akhirnya akan pulang kepada sang pencipta. Ingatlah,kita akan kembali kepada Allah…Oleh itu,sentiasalah refresh niat,perbetulkan niat kita hidup di muka bumi ini hanya kerana Allah…dan dalam melakukan apa jua perkerjaan juga kerana mencari redha Allah…dalam apa jua situasi,kembalilah kepada Allah,Tuhan yang menguasai seluruh alam…

Cuti bakal berakhir.Semester baru bakal bermula. Moga lebih bersemangat menghadapi hari esok. InsyaALLAH…semester baru,buka lembaran baru…buang yang keruh,ambil yang jernih. Yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan. Think positive! Husnuzon! Semoga Allah mengurniakan yang terbaik,dunia dan akhirat…


Harta yang paling untung SABAR,
Teman yang paling akrab AMAL,
Pengawal yang paling waspada DIAM,
Bahasa yang paling indah SENYUM,
Orang yang paling MANIS adalah
orang yang
menghulurkan senyuman dengan IKHLAS
kerana selain sedekah,

senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati
dan senyuman itu tidak menyakitkan

tetapi menjadi penawar hati yang sakit....




Semoga Allah redha….


:: belajar untuk tersenyum...=)



Jun 24, 2010

.: Warkah untuk HAWA:.

Khas buat semua wanita yang disayangi lillahita'la...moga beroleh sesuatu dari "Warkah Untuk Hawa" ini...

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.



Sayangilah dirimu kerana dirimu begitu berharga...

Jaga diri,jaga hati,jaga iman,jaga amal!~