Jan 2, 2011

.:Selamat Tahun Baru 2011:.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sudah merangkak ke tahun baru 2011. Selamat datang 2011..semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas dalam semua segi...tahun 2010 yang menyimpan banyak memori ..suka duka..banyak ibrah yang diperoleh sepanjang tahun lepas cukup terkesan di hati dan mematangkan fikiran...semoga 2011 akan menyimpan lebih banyak memori indah yang lebih bermakna dalam hidup ini.


Baru kini dapat meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu di blog usangku ini kerana kelmarin (1.1.11) adalah hari yang sungguh sibuk dan memenatkan!huhu Alhamdulillah,selamat tiba di bumi Perlis petang kelmarin setelah melalui perjalanan yang agak jauh...Baling-Taiping-Kangar.

Melangkah ke alam baru memulakan kehidupan di rumah sewa. Tinggal lagi setahun di bumi Perlis sebelum menamatkan pengajian di sini..insyaAllah...Agak excited dan teruja namun moga hari-hari yang bakal dilalui di sini mudah-mudahan berjalan lancar...

Kita hanya mampu merancang namun ketentuannya milik Tuhan. Semoga segala apa yang dirancang dan segala tekad dan azam tahun baru yang masih membara ini dapat direalisikan dengan jayanya. Berusaha menjadi lebih baik dan terbaik dalam semua segi...duniawi dan ukhrawi...insyaAllah...Ya Allah,redhailah hamba-Mu ini....ameen Ya Rabb~

0 comments: