...Hiduplah Untuk Memberi Sebanyak-banyaknya... ..duhai diri,,andai kau tahu di sebalik setiap pemberian itu terselit kemanisan, pasti kau takkan mengharapkan apa2 dari makhluk..kerana nilainya bukan disisi makhluk tapi amat besar maknanya disisi pencipta..ALLAH...
:: Berehat seketika untuk mencari ketenangan...InsyaALLAH,akan kembali dengan semangat baru dan nafas baru...
“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”
“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.
“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
Pengajaran : Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Namun,berusaha agar kita tidak perlu meminta maaf iaitu elakkan daripada menyakiti hati orang lain (adalah lebih terpuji). Luka disebabkan benda tajam boleh diubati,tetapi luka disebabkan dosa...amat BERBISA..! Renung2kan...
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Ditelan mati emak,diluah mati bapak. Begitulah situasi yang kadangkala terpaksa kita hadapi. Sukar untuk memuaskan hati semua orang,especially orang-orang yang rapat dan baik dengan kita. Lagi2 hati2 insan yang banyak berbudi dengan kita...Jika kita berbuat begini si A terasa hati,jika kita berbuat begitu si B pula yang terasa..jadi bagaimanakah harus kita? ..atau..bagaimanakah harus aku?
Begitulah kehidupan.Apabila kawan-kawan meminta tolong,selagi mampu,selagi terdaya pasti pertolongan kuhulurkan sebaik mungkin. Kadang2 kita diperlukan oleh lebih daripada 1 orang pada satu masa sedangkan kita hanya punya satu jasad....Misalnya nak minta tolong apa2 hatta minta tolong teman ke mana2...Jadi, melalui pengalaman sendiri,the 1st person is my priority. hu3 Mungkin ada yang terasa hati dengan tindakan sebegini ( insan yang x dpt kupenuhi permintaannya). Sebenarnya,bukan aku tidak peduli itu semua,tapi aku SANGAT ambil peduli untuk menjaga hati kalian...maafkan diriku...
Kadang-kadang dalam berkata2 ada individu2 lain yang terguris hatinya.Padahal,tidak bermaksud langsung untuk menyakiti...especially insan2 yang terdekat...Dalam hati kecil terdetik berniat untuk menegur..tapi mungkin x kena cara dan kurang berhikmah,maka ada juga hati yang terguris...Inilah antara sisi2 kelemahan yang harus kuperbaiki....maafkan diriku....
Lagi...memaniskan muka dan senyum.Satu lagi masalah yang kuhadapi.hu3 Mungkin orang akan cakap,"sombongnya...."~huk3 Bukan niat di hati nak sombong2 dgn orang...tapi ..kadang2 bila orang senyum,bukan x nak balas...sebenarnya mataku rabun...tp 'berlagak' xnk pakai spek {bukan malas,tp rimas...=P}..hu3 so,x nmpaklah bila org senyum...tp...insyaALLAH,kalau perasan pastiku balas senyuman ikhlas kalian biarpun senyumanku x semanis senyuman kalian...:) Menjelaskan sama dengan memahamkan orang. Sukar untuk menjelaskan perasaan kita pada orang. Tapi,mahukah orang amik peduli perasaan kita? Penting sangatkah perasaan kita pada mereka?Sometimes,they look we are happy on 'what' happened,but deep into our heart? Who knows...The reality is...Apabila kita tersenyum,x bermakna hati kita turut tersenyum dan mengiakan apa yang berlaku...( so berhati2,mgkin tnpa sedari kita menyakiti hati org lain....hu3 nau'zubillahi minzalik).Sukarkan memuaskan hati semua orang? Bagaimana dengan hati kita..? erm...^_^ (thinking)..
Buat sahabat2 yang kukasihi, Maafkan diriku andai diri ini bukanlah sahabat yang terbaik untuk kalian..Kucuba untuk menjadi sahabat yang terbaik namun aku gagal...aku sering menghampakan diri kalian...Maafkan aku...Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari hidupku dan mewarnai hidupku sehari2...tanpa kalian siapalah aku...
Paling penting...jagalah ALLAH nescaya ALLAH menjagamu....:)
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.
Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........
Sumber : iluvislam.com p/s: Khas untuk diri sendiri jua...Moga2 menjadi muslimah sejati,muslimah acuan al-Quran...InsyaALLAH...ayuh! Sama2 kita berusaha....(^_^)
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih…
Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan ALLAH. Nikmat terbesar,iaitu nikmat Iman dan Islam,nikmat kesihatan dan pelbagai nikmat lagi yang tidak terhitung. Alhamdulillah…
14 Februari 2010,..
Hari bersejarah bagi rakan sekelas,Suriya Akia (kawan sekelas yang pertama sekali mendirikan rumah tangga ) Alhamdulillah,selamat diijabkabulkan dan melangsungkan majlis perkahwinannya pada hari ini…Suka tgk wajah berseri-seri Suriya...=)
Dengan kehendak ALLAH,rancangan kami untuk bersama-sama ke walimah Suriya tidak dapat dilaksanakan.Pada asalnya,kami merancang iaitu sahabatku Siti Atiyah akan drive dan mengambil semua sahabat2 ( m.ndak,hani,fazilah dan aku sendiri) dan kami akan sama-sama ke rumah Suriya. Last2 minute tiba-tiba Tyah anta mesej….
“ Slm,mntk maaf banyak2..Ak xleh p..Tba2 tok ak pnt..Keadaan tok ak agak nazak. Sory……”
Tergamam aku seketika. Cuba berfikiran rasional dan mengatur plan baru. Lantas aku menelefon M.Ndak dan berjanji dengannya untuk menjemputnya di Pekan Baling terus kami sama-sama ke rumah Tyah dan menziarahi toknya yang sedang sakit.Tidak sedap hati rasanya membiarkan Tyah keseorangan di saat2 dia memerlukan kekuatan...Aku dapat merasainya...aku tahu...(kerana aku juga pernah mengalami pengalaman yang sama). Sabar banyak2 Tyah! Kudoakan yang terbaik wat nendamu...
Setelah itu,barulah kami ke walimah Suriya.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ..Walaupun planning asal tidak menjadi,namun aku yakin pasti ada hikmahnya.
Untuk trip yang terbaru ini,akulah yang menjadi 'leader' walaupun aku sendiri x tahu di mana rumah pengantin.hu3 Hampir tersesat kami berempat dek kerana 'leader' yang tidak bertauliah..ngeh3 Malu bertanya sesat jalan..so kami telah membuang perasaan malu untuk bertanyakan kepada orang di manakah letaknya lokasi rumah pengantin tersebut...
Dan akhirnya,setelah mengharung perjalanan yang penuh cabaran ini ( cheewah),alhamdulillah akhirnya kami tiba di rumah Suriya...Last but not least..hu3
Sempat juga bertemu dengan sahabat-sahabat lama,Naseem,Jannah,Aminah,Amirah,Pudin dan Muiz..Walaupun tidak lama sekadar bersalam-salaman,insyaALLAH mudah-mudahan ukhwah kita tetap terpelihara selamanya…=)
Kita hanya mampu merancang,namun ketetapannya tetap milik Tuhan.Redhailah apa jua ketentuan-Nya kerana sengaja Dia tentukan sedemikian agar kita terus berhati-hati untuk hari-hari mendatang yang bakal menjelma,JIKA esok masih ada…hargailah apa yang wujud di sekeliling kita agar kita merasai erti SyuKur…
Buat Suriya binti Akia,
Selamat Pengantin Baru...
Semoga berbahagia hingga ke syurga Semoga menjadi isteri yang solehah buat suami tercinta Dan menjadi ibu mithali buat anak2 yang soleh & solehah Barakallahu lakuma...=)
P/s :Harap2 lepas ni dpt mkn nasi mnyak lagi...hu3 Agknya turn sapa la plak lps ni? ^_~
Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.
Sesungguhnya memperbaiki diri bukan satu kerja yang mudah apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa seseorang itu adalah jiwa yang suci lagi murni jika terdetik untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agaknya bagaimana muhasabah diri itu berlaku?
Muhasabah diri adalah sama dengan menghitung diri.Tiap-tiap hari MUHASABAH DIRI mesti berlaku. Kita menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Apa yang penting kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita akan rasa bahawa kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga yang merasakan kita ini baik dan berperibadi mulia. Inilah bahayanya. Seterusnya kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi kerana berasa cukup dengan kebaikan yang telah dilakukan sebelum ini.
Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Kita mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak terjangka dan ada yang sudah kita jangka. Yang kita jangka seperti , selepas solat Subuh,kita membaca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu "BONUS' dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan. Di situlah kita menabur kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu ..Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir atau mengungkit-ungkit kebaikan yang telah kita lakukan !
Manakala perkara kejahatan pula adalah kita tak payah susah-susah pikir atau merancang sesuatu kejahatan .. Siapa yang beranggapan seperti itu bermaksud hatinya kotor! Nauzubillah...
Sebagai muslim sejati,kita perlu sentiasa merenung dan memikirkan kembali dosa-dosa dan kejahatan yang telah kita lakukan. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan bertaubat untuk tidak kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang sama.Mohonlah keampunan daripada ALLAH sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih.
Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa kita. Mudah-mudahan kita diberikan hati yang suci nan bersih serta jiwa yang penuh dengan ketenangan dan sentiasa berada di jalan yang diredhai-Nya.....ameen.
Saat ini tika ini
Hatiku terlalu sedih dan pilu
Fikiranku buntu dan bercelaru
Yang kudambakan hanya ketenangan dari-Mu
Oh Tuhan
Seandainya kegelisahan ini bisa meragut jiwaku
Bisa menjatuhkan semangat juangku
Bisa menjadikan aku insan yang lemah
Izinkan diriku menadah tangan pada-Mu
Agar dilenyapkan perasaan ini
Supaya diberikan cahaya ketenangan
Secebis kekuatan juga sedikit ketabahan
Mudah-mudahan kegelisahanku ini terubat
Y a ALLAH
Ujian-Mu bersilih ganti
Tiada tempat untuk ku mengadu
Melainkan pada-Mu yang satu
Kasihanilah hamba-Mu ini Ya Rabb….
Ya ALLAH
Ujian-Mu cukup indah buatku
Melaluinya aku belajar erti sabar
Tarbiyah-Mu itu memberikan kekuatan buatku
Untuk terus tegar dalam langkahan kaki ini
Melangkah dan terus melangkah
Walaupun tampak bersendiri namun hakikatnya tidak bersendirian
Kuyakin pada janji-Mu
Ganjaran syurga buat insan yang bersabar
Kerana itu aku masih lagi mampu bertahan....
BuMi PerMai, Kedah-Perlis-Sarawak-Kedah Penang (Alhamdulillah), Malaysia
-Blog khas untuk Muhasabah Diriku-
Keredhaan Ilahi cita-cita di hati...Bukanlah insan yang 'terbaik',namun insyaALLAH berusaha menjadi yang terbaik duniawi + ukhrawi...
Ya Rabb,pimpinlah daku untuk menjadi seorang muslimah,mukminah,mujahidah dan muslihah yang kuat mempertahankan akidah & agama-Mu...
Ya ALLAH..ampunilah dosa2ku juga dosa2 kedua orang tuaku..Moga2 syurga-Mu menjadi destinasi terakhir kami...insyaALLAH...ameen.
Moga memberi manfaat utk orang lain jua.=)
Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia, ingatlah Tuhan mu yang menjadikan siangmu, diwarnai dengan cabaran sebagai tarbiah dari-Nya dan menjadikan malam mu penuh dengan CINTA, KASIH dan SAYANG dari-Nya.. Alunkan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentah kalamullah, renungilah surat cinta dari-Nya, dengarkanlah kalimat indah bacaan Quran.. Moga kita menjadi pengemis cinta Ilahi.. Perindu SYAHID abadi.. InsyaAllah...
Jom Berkempen!!! ^_^
.: Jadilah Wanita yG SoleHaH:.
Wanita ibarat epal... Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah... Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak Susah dipetik... Sukar digapai... Kekadang epal itu risau kenapa dirinya masih belum dipetik Lantas ia merendahkan martabatnya Menggugurkan diri menyembah tanah sehingga tiada siapa yang berani memetiknya... Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu! Andai CINTA itu hadir,moga ianya lebih mendekatkan kita dengan ILAHI & menambahkan kecintaan kita pada-Nya...insyaAllah...ameen.
.: Ikan Peliharaanku :.
.:Renungan Bersama:.
.: Kalam Berbicara :.
...::Bingkisan Doa::...
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yg lembut, basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kpd perintah-Mu...
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna, hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar2 mantap...
Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yg jitu dan unggul, selamat dari segala bahaya dan petaka...
Kami mohon pada-Mu Ya Allah, kecukupan yg tak sampai kami meminta jasa org lain...
Berikanlah kami Ya Allah iman sebenarnya sehingga kami tidak lagi takut atau mengharapkan kpd org lain selain dari Engkau atau menyembah selain dari Engkau...
Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat-Mu ke atas kami dan keluarga kami serta sesiapa saja yg bersama-sama kami...
Janganlah Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau sekadar masa yg lebih pendek dari itu...
Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah permohonan kami. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad s.a.w, Nabi yg mulia, kpd keluarga baginda dan para sahabat baginda semuanya.
Ameen... Ya Rabbal 'alamiin.
.:Indahnya Berdoa’:.
Bila ALLAH cepat makbulkan doamu,
Maka dia menyayangimu.
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu.
Bila DIA tidak memakbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH dalam apa jua keadaan pun…kerana kasih ALLAH itu mendahului murka-Nya…
.: Topup Iman :.
.: 10 Muwassafat Tarbiyah :.
* Kuat tubuh badan *Akhlak yang mantap *Fikiran yang berpengetahuan *Mampu berusaha *Akidah yang sejahtera *Ibadah yang betul *Mampu melawan nafsu *Menjaga waktu * Tersusun dalam urusan *Berguna untuk orang lain
Saudaraku... janganlah engkau mudah berputus asa, kerana sifat itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat kita untuk menwujudkan kedamaian masih lagi tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. Bangkitlah dari lenamu wahai pemuda-pemudi pilihan Allah!