Apr 30, 2009
Jangan!!!~
Jangan,jangan dan jangan
Jangan sengaja lewatkan solat,
Perbuatan ini Allah tidak suka,
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar),
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing,
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh,
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal,
kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan,
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah,
tanpa niat untuk membuat kebaikan,
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan,
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan,
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa,
kerana mati boleh datang,
bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan,
Nanti rosak persahabatan kita,
hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita,
Nanti kita sombong apabila berjaya,
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah,
Sedekah itu memanjangkan umur,
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa,
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik,
dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan,
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia,
Akhirat itu lebih utama dan
hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN,
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya...
Wallahu'alam.
~Sekadar perkongsian bersama~

Apr 29, 2009
++ Tangan dan Mata ++
Satu hari mata menangis,teresak-esak...
Air mata pun...membasahi pipi..
Tangan pun mula bergerak ...
Mengesat air mata yg turun...
dan mengusap mata yg kemerahan..
Menenangkan mata...
Mata bertanya pada tangan..
Kenapa tangan sangat baik pada mata?
Padahal mata, sangat jauh dengan tangan...?
Tangan terdiam....
Tangan pun berkata...
Mata... sepanjang tangan bergerak...
Matalah yg banyak membantu tangan...
Tanpa mata.... tangan tak dapat nak bergerak dengan sempurna....
..Tangan akan sedih kalau mata sedih....
Tangan tak nak lihat mata sedih....
Bila mata tertutup,tangan tak akan boleh bergerak...
Kekuatan tangan datangnya dari mata,..
yang saling memerlukan antara satu sama lain...
Jika mata tiada, niscaya tangan tercari-cari di dalam gelap..
dengan bantuan mata...
Tangan dapat bergerak & berkerja dengan lebih baik...
Tangan sangat bersyukur...menghargai kehadiran mata yg membantu... ,..pada tangan..mata sangat penting, untuk tangan terus maju dan pantas menuju kehadapan... Mata menangis... terharu dengan penjelasan tangan...
Mata berkata...
Mata berjanji tak akan nangis lagi.....
Melainkan jika tangan meninggalkan mata sendirian...

.:Begitulah ertinya persahabatan yang terjalin antara 'tangan dan mata'...Sangatlah bererti...walaupun berjauhan namun persahabatan masih terjalin dengan utuhnya..betapa mulianya erti sebuah persahabatan..saling menghulurkan bantuan walaupun tanpa dipinta...sahabat yang beriman ibarat mentari yang sentiasa menyinari kita ke jalan-Nya... :.
Kadang kala kita tidak bisa menjadi sahabat yang baik untuk sebuah persahabatan,namun cubalah lakukan yang terbaik untuk menjadi sahabat yang baik walaupun kadangkala terasa 'kepahitan dalam kemanisan' persahabatan.
Kepercayaan,kejujuran dan keihlasan sangat penting dalam sebuah 'perhubungan'. So,be a good friend!...^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)