InsyaALLAH,orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari Kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini". (Riwayat Abu Daud & Ahmad).
Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Myspace Islam Comments
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.
Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain."
Mengenai pahala membaca Al Quran, Ali bin Abi Thalib mengatakan bahawa, tiap-tiap orang yang membaca Al Quran dalam sembahyang, akan mendapat pahala 50 kebajikan untuk tiap-tiap huruf yang diucapkannya; membaca Al Quran di luar sembahyang dengan berwudhu', pahalanya 25 kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang diucapkannya; dan membaca Al Quran di luar sembahyang dengan tidak berwudhu, pahalanya 10 kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang diucapkannya.
InsyaALLAH saya selalu menasihatkan diri sendiri supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran dalam sehari-hari. Walau sebusy manapun,cuba luangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat. Sebaik-baiknya cuba letakkan target untuk membaca al-Quran,sehari 1 juzu'. InsyaALLAH banyak ganjaran pahala yang menanti jika kita ikhlas melakukannya kerana ALLAH.








0 comments:
Post a Comment