Apr 22, 2009

..Perginya Takkan Kembali..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tanggal 17 April 2009 kuterima berita pemergian pensyarah tersayang,Puan Puteh binti Othman ke rahmatullah buat selama-lamanya..Pagi itu sebaik kaki melangkah keluar dari pintu bilik,kedengaran riuh di luar. Rupa-rupanya classmateku yang masing-masing kelihatan bingung.

Kutanyakan kepada rakanku apa yang berlaku? Jawahnya," Puan Puteh meninggal...."

"Innalillah...." ,bagaikan nak tercabut jantungku mendengar jawapan itu.Untuk kepastian berulang-ulang kali kutanya soalan yang sama,namun jawapannya tetap sama....:(

Al-Fatihah untuk allahyarhamah...moga rohnya dicucuri ALLAH dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....amin.

Pemergiannya disebabkan serangan jantung.Dan paling mengharukan, ALLAH menjemputnya pada hari Jumaat...subhanallah...

Bagaikan tidak percaya..tetapi itulah hakikatnya..masih kedengaran terngiang-ngiang suaranya di dalam kelas. Suaranya lain dari yang lain...aku suka mendengarnya...sifatnya penuh keibuan membuatkan semua orang respect padanya..kesabaran dan keiltizaman yang tinggi mampu mengawal studentsnya yang nakal...aku suka Puan Puteh...dalam diam aku memang mengaguminya...

Ya ALLAH...aku sedar KAU begitu menyayanginya...kerana itu KAU menjemputnya awal tanpa memberikan kesempatan aku untuk mengenalinya dengan lebih rapat...aku yakin ada 1001 hikmah tersembunyi di atas pemergiaan pensyarah yang dihormati ini,bukan sahaja padaku juga pada seisi warga IPGM Kampus Perlis,juga pada orang-orang di sekitarnya..aku yakin..

Kematian tidak mengira usia.Bila-bila masa sahaja kita akan dijemput menghadap Ilahi.Cukupkah amal kebajikan yang kita lakukan untuk menampung kehidupan yang kekal abadi di sana? Tepuk dada,tanyalah iman...

Kudoakan agar ALLAH mencucuri rahmat ke atas arwah Puan Puteh dan menempatkannya di kedudukan yang mulia di sana...Mudah-mudahan segala ilmu yang dicurahkan oleh beliau dapat menampung amal kebajikannya di sana .AMiN.



0 comments: