Janji ALLAH di dalam kitab suci al-Quran yang kupegang kemas. ‘Jika kamu menolong agama ALLAH,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’ InsyaALLAH,yakin dengan pertolongan ALLAH dalam apa jua tindakan dan keadaan.
Apr 27, 2009
'Mohon Secebis Kekuatan'
“Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Janji ALLAH di dalam kitab suci al-Quran yang kupegang kemas. ‘Jika kamu menolong agama ALLAH,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’ InsyaALLAH,yakin dengan pertolongan ALLAH dalam apa jua tindakan dan keadaan.
“ Hai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong (agama) ALLAH,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (47:7)
Janji ALLAH di dalam kitab suci al-Quran yang kupegang kemas. ‘Jika kamu menolong agama ALLAH,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’ InsyaALLAH,yakin dengan pertolongan ALLAH dalam apa jua tindakan dan keadaan.
"…Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal..." (9:129)
ALLAHlah sebaik-baik pengharapan,dan tidak ada yang lain melainkan Dia. Berbekalkan keyakinan dan pengharapan yang tidak terhingga pada-Nya membuatkan ,aku masih tegar di sini. Alhamdulillah,masih lagi bersama-sama akhwat fillah meneruskan perjuangan murni. Iman kadang-kala turun naik,aku gagahi jua. Aku kuatkan tekad dan semangat.
Seringkali dosa seharian menggoncang iman yang tidak sehebat mana.Manusia biasa sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Setelah tersedar,bertaubat. Jika tiada siapa yang mengingati,kadang-kala mengulangi kesilapan yang sama. Astagfirullah hal’azim…ampunkan dosa-dosaku Ya ALLAH…
Kadang-kala aku terduduk menangis sendirian kerana terlalu tidak berdaya menanggung perlbagai bebanan dan cobaan yang diberikan. Aku tidaklah sekuat mana. Hanya air mata bukti kelemahan diri. Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa lemahnya hamba-Nya ini. Ya ALLAH,kurniakan aku secebis kekuatan untuk aku teruskan perjuangan ini…
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...” (2:286)
Aku sedar,ujian demi ujian diberikan bukti Allah kasih padaku. Masakan tidak Dia memberikan aku pelbagai ujian kalau Dia tidak sayang padaku. Ujian yang diberikan bukti bahawa Allah masih kisah padaku,tanda bukti bahawa aku masih dalam perhatian Allah. Ujian yang diberikan untuk mengingatkan aku pada-Nya kerana mungkin aku terlalai pada tika itu.
Alhamdulillah,setiap demi saat syukran di atas segalanya.Ucaplah “Alhamdulillah” ketika menerima nikmat menandakan kita mensyukuri nikmat yang diberikan dan ucapalah “Alhamdulillah” ketika menimpa musibah tanda hati kita redha menerima ujiannya…begitulah sikap hamba yang sentiasa bersyukur dan insyaALLAH mudah-mudahan dikasihi Allah. Mudah-mudahan aku termasuk dalam golongan tersebut.
“ Berangkatlah kamu,baik dalam keadaan merasa ringan atau merasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan ALLAH.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (9:41)
Amanah yang diberikan jangan disia-siakan. InsyaALLAH,lakukan yang terbaik demi ALLAH. Bukan pencapaian yang dinilai di sisi ALLAH,tetapi sejauh mana usaha hamba-Nya …Berusahalah sedayamu..biar rebah jangan berubah…
Ya ALLAH,bantulah hamba-Mu dalam berbuat. Hamba-Mu amat memerlukan-Mu dalam apa jua keadaan…permudahkanlah urusanku Ya ALLAH…mudah-mudahan ganjaran syurga menantiku di sana…amin.
perindu syurga-Mu~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment