Apr 13, 2009

:: Bina Insan Guru (BIG) ::

Alhamdulillah,selesai menjalani satu lagi program wajib IPGM,iaitu Program Bina Insan Guru (BIG) yang bertemakan khidmat masyarakat pada 12 April baru-baru ini. Program ini diadakan di Rumah Seri Kenangan,Kangar iaitu merupakan rumah orang-orang tua yang terletak di Kompleks Penyanyang Dr Siti Hasmah, Kangar Perlis.

BIG merupakan satu program yang wajib dihadiri oleh semua guru pelatih kerana ia termasuk dalam silibus BPG.Alhamdulillah,lega rasanya kerana BIG akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Banyak pengalaman menarik yang dapat dikongsi dengan perasaan yang bercampur baur…huk3

Kawasan hadapan Rumah Seri Kenangan

Sebaik melangkahkan kaki ke Rumah Seri Kenangan ini,tiba-tiba jauh di sudut hati terasa sayu yang syahdu yang teramat biarpun pada luarannya kawasan kompleks ini kelihatan cantik,bersih dan mendamaikan.Mengapa ya perasaan aneh ini tiba-tiba hadir? Dengan secebis kekuatan yang ada,aku gagahi kaki untuk melangkah dan terus melangkah…akhirnya…kutemui 1001 kisah hidup dan pengalaman…yang mencipta episod air mata…

Peluang yang diberi untuk beramah mesra bersama penghuni Rumah Seri Kenangan membongkar banyak kisah yang menghayat hati yang sarat dengan pengajaran berguna. Tiada cerita ceria yang dikongsi melainkan kisah duka ditinggalkan anak-anak yang tidak mengenang budi..serta terlalu sibuk mengejar harta duniawi...

Kelihatan guru-guru pelatih turut bersama-sama membuat senaman ringan bersama penghuni Rumah Seri Kenangan

Aktiviti sukaneka yang menceriakan melupakan seketika kegundahan di hati

Senyuman yang diberikan biarpun melebar ke telinga tetapi tidak dapat menutupi kegundahan dan kesuraman dalam hati. Hari-hari yang dilalui terasa penuh hambar.Masing-masing menghitung hari menanti giliran menyahut seruan Ilahi. Tiada kalam yang mampu terucap melihatkan riak-riak wajah lesu…

Keprihatinan beberapa orang guru pelatih wanita

Firman ALLAH s.w.t:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

( Surah al-Ahqaf :15)

Sayangilah ibu bapa kita. Jangan biarkan mereka menangis disebabkan kejahatan yang kita lakukan tetapi biarkan air mata mereka menitis disebabkan kebaikan yang kita lakukan. Ketahuilah bahawa air mata tersebut adalah air mata kegembiraan...

Al-Fatihah buat arwah mak juga buat ibu bapa kita yang telah dijemput Ilahi. Moga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman.

Alhamdulillah BIG berakhir dengan jayanya. 1001 pengalaman yang dikutip diharapkan memberi ibrah dalam hidupku agar menjadi hamba yang taat dan anak yang bertanggungjwab.InsyaALLAH.


0 comments: